Tidak dapat dinafikan, memiliki haiwan peliharaan boleh membangkitkan banyak faedah baik dari segi fizikal mahupun emosi kepada seisi keluarga. Membela haiwan peliharaan dapat membantu anak anda untuk belajar ilmu berharga mengenai bagaimana untuk menjaga makhluk hidup. Selain itu, melalui sikap mengambil berat terhadap haiwan juga, anak anda akan belajar tentang tanggungjawab dan kebergantungan. Sesetengah haiwan peliharaan juga amat membantu dalam mengelakkan kesunyian dan memperbaiki masalah emosi seperti masalah autisme yang dialami oleh kanak-kanak. Jadi, mari kita lihat haiwan peliharaan yang mana selamat dipilih untuk anak anda dan seisi keluarga.
1. Ikan
Jika anda baru ingin bermula memberikan anak membela haiwan peliharaan, ikan adalah pilihan yang baik untuk seorang kanak-kanak. Dengan melihat ikan berenang di sekeliling akuarium atau kolam dapat membantu mengurangkan stres dan memberikan anak anda pengajaran mengenai jenis-jenis ikan. Walau bagaimanapun, anda perlu mencari ikan yang mudah untuk dibela seperti ikan Betta, supaya anak kecil anda boleh bersama-sama membantu anda menjaga ikan tersebut tanpa membuat kacau-bilau. Ikan Betta juga dianggap sebagai spesies ikan yang mudah membiak kerana ia seekor ikan yang suka memencil dan hanya memerlukan sedikit air bertakung. Anda juga tidak perlu menyediakan aerator, penapis, pemanas, atau bahan kimia untuk menjaga mereka.
2. Rodent
Rodent adalah pilihan yang baik untuk kanak-kanak yang berumur melebihi 5 tahun. Roden adalah lebih kecil, mudah dijaga, mampu milik, dan tidak memerlukan perhatian yang banyak. Antara contoh rodent termasuklah hamster, tikus belanda, dan gerbil. Disebabkan kebanyakan rodent hanya memerlukan ruang tinggal yang kecil, jadi, jika rumah anda tidak cukup luas, rodent adalah pilihan haiwan peliharaan yang sesuai. Kajian juga menunjukkan bahawa hamster boleh menjadi haiwan peliharaan yang bagus kerana kelincahan, kebijakan, dan kemesraan mereka kepada tuannya.
3. Anjing
Anjing, terutamanya anak anjing kecil, tentunya menjadi pilihan haiwan peliharaan buat kanak-kanak yang bukan beragama Islam. Akan tetapi, jika anda ingin memilih anjing untuk diberikan kepada anak anda, anda perlu berhati-hati kerana bukan semua baka anjing adalah sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu, anda juga perlu mengajar anak anda untuk memastikan anjing tersebut mempunyai cukup makan, tempat untuk bermain, melakukan rutin latihan seperti dibawa keluar bersiar-siar, menjalani pemeriksaan kesihatan dan imunisasi serta mendapat perhatian dan kasih-sayang yang secukupnya. Berikut adalah senarai beberapa baka anjing yang mesra kanak-kanak:
−Labradors
−Golden retrievers
−Pugs
−Cocker spaniels
−Anjing Australian sheep
4. Kucing
Anak kucing semestinya menjadi pilihan kanak-kanak tidak kira bangsa, sejak dahulu lagi. Tiada siapa boleh menafikan akan kecomelan dan kegebuan anak kucing. Tidak seperti anjing, kucing adalah lebih berdikari jadi mereka tidak berapa memerlukan perhatian keterlaluan daripada tuannya. Ini kerana kebanyakan kucing menghabiskan banyak masa mereka untuk tidur. Akan tetapi, kucing memerlukan rutin pemeriksaan ke veterinar dan imunisasi tahunan. Jika keluarga anda mempunyai ruang rumah yang terhad, kucing adalah pilihan terbaik untuk mengajar anak anda berkawan dan mencintai haiwan. Baka kucing terbaik untuk dipelihara oleh kanak-kanak termasuklah:
−Kucing Abyssinian- merupakan baka kucing yang mesra dan gemar bergaul
−Baka American shorthair- kucing berbulu pendek yang mudah bergaul dengan haiwan lain, terutama anjing
−Baka Burmese- yang diketahui amat lembut dan manja
−Baka Birman- amat mudah untuk dijaga
Membesar dengan haiwan peliharaan akan mencipta momen yang menyeronokkan dan tidak mudah dilupakan oleh kanak-kanak. Haiwan peliharaan amat menyayangi tuan mereka. Jika anda berhasrat untuk memberikan anak anda haiwan peliharaan, ajarlah anak anda untuk menjaga kelakuan dan mengambil berat akan haiwan peliharaan mereka dengan baik. Memilih jenis haiwan peliharaan adalah keputusan seisi rumah. Fikitkan tentang keadaan tempat tinggal anda sebelum bersedia untuk membawa ‘ahli keluarga’ baru ke dalam rumah anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-ovulation]