backup og meta

Kemurungan Melampau

Definisi

Apa itu kemurungan yang melampau?

Kehilangan orang yang disayangi adalah salah satu perkara yang paling menyedihkan dan, malangnya ia merupakan pengalaman biasa yang dihadapi oleh semua orang. Kebanyakan orang yang mengalami kesedihan dan kemurungan menghadapi tempoh kesedihan, kaku, malah juga rasa bersalah serta kemarahan. Secara beransur-ansur perasaan ini akan reda, dan mereka boleh menerima kenyataan serta memandang ke hadapan.

Bagi sesetengah individu, perasaan kehilangan membuatkan mereka lemah dan tidak bertambah baik walaupun ia telah lama berlalu. Ini dikenali sebagai kemurungan yang melampau, kadang-kadang dipanggil gangguan perasaan kehilangan kompleks yang berterusan. Dalam kemurungan yang melampau, emosi yang menyakitkan akan kekal sangat lama dan begitu teruk sehingga anda menghadapi kesulitan untuk menerima kehilangan dan meneruskan kehidupan anda sendiri.

Individu yang berlainan mengalami fasa pengalaman yang menyedihkan yang berbeza. Turutan dan masa fasa-fasa ini mungkin berbeza dalam setiap individu:

  • Menerima realiti kehilangan anda
  • Membenarkan diri anda mendapat kesakitan akibat kehilangan yang dialami
  • Menyesuaikan diri dengan realiti baru di mana orang yang anda kehilangan itu tidak lagi hadir
  • Mempunyai hubungan lain

Perbezaan ini adalah normal. Tetapi jika anda tidak dapat bergerak melalui satu atau lebih tahap ini selepas banyak masa telah berlalu, anda mungkin mengalami kemurungan yang melampau. Jika ya, dapatkan rawatan. Ia boleh membantu anda memahami akan kehilangan anda dan mengembalikan penerimaan dan keamanan.

Apakah kebarangkalian kemurungan yang melampau?

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kemurungan yang melampau?

Simptom- simptom yang biasa berlaku adalah:

  • Kesedihan dan kesakitan yang melampau memikirkan orang tersayang
  • Fokus pada yang lain tetapi kematian orang yang anda sayangi
  • Tumpuan yang melampau pada peringatan orang yang disayangi atau penghindaran peringatan secara berlebihan
  • Kerinduan dan kesedihan yang berterusan untuk orang yang telah ditinggalkan
  • Masalah untuk menerima kematian 
  • Kaku atau menyendiri
  • Pahit untuk menerima kehilangan
  • Berasa hidup tidak bermakna atau tiada tujuan
  • Kesengsaraan dan pergolakan
  • Hilang kepercayaan terhadap orang lain
  • Tidak dapat menikmati kehidupan atau mengenang pengalaman manis dengan orang tersayang

Semasa beberapa bulan pertama selepas kehilangan orang tersayang, banyak petanda dan gejala kesedihan normal yang sama seperti kemurungan yang melampau. Walau bagaimanapun, simptom kesedihan yang normal akan pulih beransur-ansur, sementara individu yang mengalami kemurungan yang rumit akan menjadi lebih buruk. Kemurungan yang berlebih-lebihan akan membuatkan anda lebih sukar untuk sembuh dan bangkit. 

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca kemurungan yang melampau?

Kemurungan yang melampau biasanya berlaku disebabkan oleh kematian seseorang yang anda sayangi. Sekiranya orang yang terdekat dengan anda atau orang yang memberi kesan pada hidup anda mati secara tiba-tiba, anda mungkin menghadapi masalah untuk menerima kehilangan tersebut. Anda mungkin akan mengalami kesedihan selama bertahun-tahun. Hubungan anda dengan rakan, keluarga, serta rakan sekerja mungkin terjejas. Anda mungkin sepenuhnya mengasingkan diri dari kehidupan peribadi dan profesional anda.

Kemurungan yang melampau tidak mempunyai punca biologi yang dikenal pasti. Seperti depresi, masalah kemurungan melampau mungkin berlaku kerana:

  • Genetik
  • Bahan kimia badan
  • Personaliti
  • Keadaan persekitaran

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kemurungan yang melampau?

Terdapat banyak faktor risiko seperti:

  • Kematian yang tidak dijangka atau disebabkan oleh keganasan, seperti kematian akibat kemalangan kereta, atau pembunuhan atau bunuh diri
  • Kematian anak
  • Hubungan rapat atau bergantung kepada si mati
  • Kekurangan sokongan serta kawan
  • Sejarah kemurungan atau isu kesihatan mental yang lain
  • Pengalaman trauma semasa kanak-kanak, seperti penderaan atau pengabaian
  • Kurang daya tahan atau penyesuaian terhadap perubahan kehidupan
  • Lain-lain tekanan hidup yang berat

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kemurungan yang melampau didiagnosis?

Proses kesedihan yang biasa boleh menjadi kemurungan yang melampau apabila gejala anda tidak menunjukkan tanda-tanda penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Bersedih adalah satu proses yang sangat individu untuk setiap orang, dan untuk menentukan kesedihan biasa menjadi kemurungan melampau adalah sukar. Pada masa ini tidak ada konsensus di kalangan pakar kesihatan mental mengenai berapa banyak masa yang mesti dilalui sebelum kemurungan yang melampau dapat didiagnosis.

Kemurungan yang melampau boleh dipertimbangkan apabila tahap kesedihan tidak berkurangan dalam beberapa bulan setelah kematian orang yang anda sayangi. Sesetengah profesional kesihatan mental mendiagnosis kemurungan yang melampau apabila kesedihan menjadi lebih teruk, berterusan dan melemahkan lebih dari enam bulan.

Terdapat banyak kesamaan antara kemurungan yang melampau dan depresi, tetapi terdapat juga perbezaan yang berbeza. Dalam sesetengah kes, kemurungan klinikal dan kemurungan yang melampau berlaku secara bersama-sama. Mendapatkan diagnosis yang betul adalah penting untuk menentukan rawatan yang sesuai.

Profesional kesihatan mental anda mungkin menganggap anda mengalami kemurungan yang melampau berdasarkan kriteria ini. Anda mengalami:

  • Kematian seseorang yang sangat rapat dengan anda
  • Kurangnya penambahbaikan dalam simptom anda dari masa ke semasa
  • Impak yang signifikan terhadap keupayaan anda untuk menjalani kehidupan seharian

Bagaimana pesakit kemurungan yang melampau dirawat?

Doktor atau pegawai kesihatan mental anda akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda berdasarkan gejala dan keadaan anda.

Psikoterapi

Kemurungan yang melampau kadangkala dirawat dengan kaedah kaunseling psikologi (psikoterapi) yang dipanggil terapi kemurungan yang melampau. Ia sama dengan teknik psikoterapi yang digunakan untuk Gangguan Tekanan Post-traumatic (PTSD). Pendekatan kaunseling lain juga mungkin berkesan.

Ketika terapi, anda perlu:  

  • Memahami topik seperti reaksi kesedihan, simptom kemurungan yang melampau, menyesuaikan diri dengan kehilangan dan mendefinisikan kembali matlamat hidup anda
  • Melaksanakan perbualan sambil membayangkan orang yang anda sayangi dan ulangi keadaan kematian untuk membantu anda menjadi kurang tertekan oleh imej dan pemikiran orang yang anda sayangi
  • Memahami dan memproses emosi
  • Meningkatkan kemahiran mengatasi masalah
  • Mengurangkan rasa bersalah

Ubat-ubatan

Terdapat sedikit kajian yang kukuh mengenai penggunaan ubat-ubatan psikiatri untuk merawat kemurungan yang melampau. Walau bagaimanapun, antidepresi mungkin dapat membantu orang yang mempunyai kemurungan klinikal serta kemurungan yang melampau.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kemurungan yang melampau?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kemurungan yang melampau:

  • Teruskan pelan rawatan anda. Menghadiri temujanji terapi seperti yang dijadualkan dan, jika perlu, ambil ubat seperti yang diarahkan.
  • Senaman secara berterusan. Senaman fizikal boleh membantu melegakan kemurungan, tekanan dan kebimbangan dan boleh mengalihkan minda anda kepada aktiviti yang sedang dijalankan.
  • Jaga diri sendiri. Dapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang sihat dan luangkan masa untuk berehat. Jangan beralih kepada alkohol atau ubat-ubatan yang tidak dibenarkan untuk mencari ketenangan.
  • Berhubung dengan komuniti yang seagama dengan anda. Sekiranya anda mengikut amalan atau tradisi agama, anda boleh mendapatkan keselesaan daripada upaca keagamaan atau bimbingan daripada pakar agama. 
  • Praktikan pengurusan tekanan. Ketahui cara mengatasi tekanan dengan lebih baik. Tekanan yang tidak dikendalikan dengan baik boleh menyebabkan kemurungan, makan berlebihan, atau pemikiran dan tingkah laku yang tidak sihat.
  • Kekal berhubung dengan orang yang anda senangi. Mereka boleh memberikan sokongan dan dorongan kepada anda. 
  • Membuat perancangan untuk meraikan tarikh istimewa atau majlis ulang tahun. Cuti, ulang tahun dan majlis-majlis khas boleh membantu anda melupakan sejenak kehilangan orang tersayang. Cari cara baru untuk meraikan orang yang anda sayangi dan orang sekeliling anda. 
  • Belajar kemahiran baru. Jika anda sangat bergantung kepada orang yang anda sayangi, sebagai contoh, untuk mengendalikan masakan atau kewangan, cuba lakukan tugas-tugas ini sendiri. Tanya keluarga, rakan atau profesional untuk panduan, jika perlu. Cari kelas – kelas yang dianjurkan dalam komuniti.
  • Sertai kumpulan sokongan. Anda mungkin tidak bersedia untuk menyertai kumpulan sokongan sejurus selepas kehilangan orang yang anda sayang, tetapi dari semasa ke semasa anda mungkin mendapati pengalaman yang dikongsikan menghiburkan malah anda boleh membentuk hubungan baru yang bermakna.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Complicated grief. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/complicated-grief/basics/definition/con-20032765. Accessed September 25, 2017.

Complicated Grief vs. Depression. https://www.healthline.com/health/depression/complicated-grief#overview1. Accessed September 25, 2017.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Muhd Ilham

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kemelut Kanye Dan Kim K, Tanda Orang Bipolar Tak Boleh Kahwin? Ini Pendapat Ahli Psikologi

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan