backup og meta

Berhenti Merasa Kasihan pada Diri Sendiri

Berhenti Merasa Kasihan pada Diri Sendiri

Merasa kasihan pada diri sendiri adalah salah satu perkara yang paling tidak berguna dan membinasakan kepada sesiapa pun. Ia lebih daripada sekadar keadaan fikiran apabila jiwa anda sentiasa terkesan dengan perasaan tersebut dan membazirkan setiap tenaga untuknya.

Adalah mudah untuk berasa sedih apabila perkara yang ada rancangkan tidak menjadi, tetapi memisahkan diri dari realiti dan membandingkan keadaan anda dengan orang lain adalah perkara yang berbeza sama sekali. Percaya atau tidak, rasa kasihan pada diri sendiri adalah ketagihan. Ia memberikan mangsa keseronokan dan kelegaan palsu. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat dan ini adalah saranan kami.

Apa itu rasa kasihan pada diri sendiri?

Sebelum memahami bagaimana untuk menghilangkan rasa kasihan pada diri sendiri, kita mesti belajar bagaimana untuk mengenal pasti hal ini, apa sebenarnya rasa kasihan pada diri sendiri. Simptom yang dialami pelakunya termasuklah:

  • Rasa sedih, tertekan dan kecewa atas kejadian hidup. Merasa begitu sukar untuk menerima keadaan yang tak anda inginkan dalam hidup anda.
  • Mengidamkan simpati orang lain, perhatian dan juga drama. Ini datang dari proses pemikiran yang melampau dan perasaan ingin disokong dan dimanjakan.
  • Lebih suka hidup di masa lalu berbanding masa kini atau masa hadapan. Anda tidak boleh melupakan semua kesilapan yang pernah anda buat. Peristiwa sesal lalu memerangkap anda pada fikiran lampau.
  • Anda mempunyai sedikit atau tiada keyakinan diri sama sekali. Oleh itu, anda cenderung untuk mendapatkan rasa simpati dan sokongan orang lain agar merasa lebih baik, atau ingin mendengar bahawa anda adalah kuat tetapi tidak pun sebenarnya.
  • Anda berfikir bahawa anda tidak layak untuk apa pun, mahupun kasih sayang. Menyebabkan anda suka mengasingkan diri dari orang-orang yang anda sayangi dan hargai.
  • Anda sentiasa ingin menyalahkan sesuatu. Merasa kasihan bermakna anda akan kekal menganggap diri sebagai mangsa manakala kesalahan adalah pada nasib, kehidupan atau pada orang lain. Anda sebenarnya ingin menyelamatkan diri daripada sebarang janji tidak ditepati atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan.

Bagaimana untuk mengatasi rasa kasihan pada diri sendiri?

Merasa sedih atas keadaan diri adalah perkara biasa yang berlaku kepada setiap manusia. Ia membantu anda mengetahui bahawa kita semua mempunyai kelemahan tetapi kita boleh mendapatkan pengajaran daripada sebarang pengalaman kegagalan.

Jadi bagaimana untuk mengubah perasaan ini ke atah kebaikan dan membawa diri anda keluar darinya. Terdapat beberapa saranan yang boleh membantu anda melalui fasa ini.

  • Mengambil haiwan peliharaan jika boleh kerana kajian menunjukkan bahawa pemeliharaan binatang boleh mengurangkan kemurungan dan membawa anda keluar daripada rasa kasihan pada diri.
  • Duduk di bawah cahaya matahari untuk menyerap vitamin D. Ia terbukti berkesan terhadap perubahan mood dan kemurungan dengan meningkatkan tenaga sistem kesihatan anda secara keseluruhan.
  • Menyimpan diari atau jurnal dalam apa jua bentuk. Cuba untuk menyenaraikan 3 perkara yang anda hargai setiap hari. Perkara seperti secawan minuman koko panas yang sempurna, senyuman yang indah dari orang yang tidak dikenali di sekolah atau hadiah yang anda berikan kepada orang kurang daripada anda. Anda akan mula menyedari hidup anda tidaklah begitu teruk.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Everything You Need To Know About Overcoming Self-Pity In 3 Minutes

https://lonerwolf.com/overcoming-self-pity/ accessed 16 April, 2017

Break Away From Self-Pity By Doing This

https://www.google.com.vn/amp/s/www.psychologytoday.com/blog/liking-the-child-you-love/201603/break-away-self-pity-doing%3Fampaccessed 16 April, 2017

Self-Pity: 11 Tell-Tale Signs That You’re A Self-Inflicted Victim

https://lonerwolf.com/self-pity/ accessed 16 April, 2017

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kemelut Kanye Dan Kim K, Tanda Orang Bipolar Tak Boleh Kahwin? Ini Pendapat Ahli Psikologi

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan