home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Mengajar Anak Anda Berkenaan Kematian?

Bagaimana Mengajar Anak Anda Berkenaan Kematian?

Ada kanak-kanak yang mungkin akan mengalami trauma dalam hidup mereka seawal usia lagi. Meskipun masih muda, mereka sebenarnya sudah mampu merasai emosi kesedihan. Kejadian mengejutkan seperti kematian ahli keluarga, saudara, rakan ataupun binatang peliharaan akan memberi kesan yang mendalam kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih berhati-hati apabila berbicara dengan anak berkenaan kematian seseorang yang mereka sayangi.

Pastikan emosi anda sendiri sedang stabil

Sebagai ibu bapa, anda sebenarnya perlu menjadi contoh yang baik kepada anak anda. Tunjukkan kepada mereka bagaimana anda menghadapi situasi kematian dengan baik. Jika emosi anda sendiri tidak stabil, anda tidak akan mampu mengajar anak anda untuk menghadapi situasi kematian seseorang yang mereka sayangi.

Cari masa yang paling sesuai untuk bercakap dengan anak anda

Anda perlu menunggu sehingga waktu yang paling sesuai untuk bercakap mengenai kematian seseorang yang mereka sayangi dengan anak anda. Apabila waktu itu tiba, anda perlu berterus terang dengan mereka mengenai perasaan anda dan biarkan mereka tahu bahawa anda turut bersimpati dengan mereka.

Guna perkataan yang paling sesuai mengikut usia anak anda

Tidak semua kanak-kanak boleh mengekspresikan perasaan mereka melalui kata-kata. Oleh itu, cari cara untuk berkomunikasi dengan anak anda yang paling bagus. Sebaiknya, anda perlu berterus terang dengan anak anda berkenaan punca kematian seseorang yang mereka sayangi dan berikan dorongan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan mereka.

Bantu anak anda ketika mereka sedang bersedih

Semua kanak-kanak berhak untuk berasa sedih, marah atau kecewa apabila seseorang yang mereka sayangi meninggal dunia. Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan anak anda tidak menyimpan sebarang perasaan dalam hati bagi memastikan fizikal dan mental mereka kekal sihat. Jika ibu bapa gagal melakukan ini, mereka mungkin akan mengalami depresi pada masa akan datang.

Jangan gunakan kiasan untuk menjaga hati anak anda

Ketika anak anda sedang bersedih, mereka mungkin akan mencari jalan keluar daripada kesedihan mereka itu. Ibu bapa sewajarnya tidak berkias dan mengatakan bahawa kematian itu adalah satu jalan keluar yang membahagiakan kerana ia mungkin akan menyebabkan anak anda ingin membunuh diri. Seharusnya, anda perlu menerangkan kepada mereka bahawa kematian itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan akan berlaku tanpa sebarang petanda dengan pelbagai punca. Jangan sesekali beritahu anak anda bahawa kematian itu adalah satu pilihan.

Jelaskan kepada mereka bahawa kematian itu adalah kekal

Anak anda perlu tahu bahawa jika berlaku kematian seseorang yang mereka sayangi, mereka tidak akan menjumpai individu tersebut lagi. Biarkan mereka tahu bahawa mati itu adalah kekal dan masa tidak boleh berundur kembali. Oleh itu, anda perlu memastikan anak anda menghargai hidup mereka sebaik mungkin, walaupun sedang dilanda pelbagai masalah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Helping Your Child Deal With Death. http://kidshealth.org/en/parents/death.html. Accessed March 20, 2017.

Saying Goodbye: Talking to Kids About Death. http://www.parents.com/toddlers-preschoolers/development/social/talking-to-kids-about-death/. Accessed March 20, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x