backup og meta

Mabuk Dan Memandu, Jom Fahami Kesan Alkohol Terhadap Individu

Mabuk Dan Memandu, Jom Fahami Kesan Alkohol Terhadap Individu

“I still can drive. Tengok, mana ada mabuk,” sambil jalan terhuyung-hayang. Situasi tentang individu mabuk seperti ini biasa dipaparkan dalam filem, drama mahupun kehidupan realiti. 

Ambil mudah

YES, betul kemalangan boleh berlaku tanpa mengira masa. Tetapi jika insiden berlaku atas kesilapan dan kecuaian pemandu itu sendiri sehingga nyawa individu lain melayang, ia bukanlah satu perkara atau isu yang boleh dipandang remeh.

Akibat sikap pentingkan diri pemandu mabuk (yang merasakan bahawa diri mereka tidak mabuk, padahal sudah meneguk berbotol-botol mahupun bergelas-gelas alkohol), banyak kes kemalangan  telah berlaku. Tambah menyediahkan lagi, ia melibatkan kehilangan nyawa individu awam yang tidak bersalah. 

Malahan, dalam kes terbaru yang berlaku pada pertengahan November lepas, seorang kakitangan bank CIMB maut dilanggar oleh individu mabuk yang memandu kereta. Akibat kecuaian yang dilakukan, pemandu itu dalam tahanan polis, tetapi adakah ia dapat mengembalikan nyawa individu yang tidak bersalah itu?

Bahayanya memandu ketika mabuk

Individu yang mabuk dan memandu dengan kepekatan alkohol dalam darah (blood alcohol concentration (BAC)) sebanyak 0.10 atau lebih daripada jumlah itu adalah tujuh kali lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan maut jalan raya berbanding pemandu yang tidak mengambil sebarang minuman keras. 

Manakala dengan BAC melebihi 0.15, kecenderungan untuk terlibat dalam kemalangan maut jalan raya adalah lebih 25 kali ganda. Terlalu bahaya, bukan? Tetapi adakah mereka yang mabuk dan memandu ini sedar tentang risiko itu?

Secara mudahnya, ia seperti semakin banyak minuman alkohol yang anda minum, semakin tinggi risiko untuk anda mengalami kemalangan dan lebih bahaya lagi, kemalangan maut. 

Kesan alkohol

Pastinya dalam kalangan individu akan mengatakan, selagi boleh melihat jalan dan tangan boleh memegang stereng untuk mengawal kenderaan, ia masih dikira boleh memandu. Tetapi adakah itu sudah memadai?

Memang benar, anda menggunakan tangan, mata dan kaki untuk mengawal kereta; tetapi tangan, mata dan kaki perlulah dikawal oleh fungsi otak anda. Pemanduan yang selamat memerlukan tahap kewaspadaan dan keupayaan untuk membuat keputusan cepat mengikut perubahan situasi dalam masa yang pantas.

Kesan alkohol kepada kemahiran dan tahap pemanduan seseorang adalah sangat teruk. Berikut dikongsikan beberapa impak negatif melibatkan kesan alkohol kepada individu:

Waktu tindak balas

Alkohol akan memperlahankan refleks. Keadaan ini sekali gus akan menjejaskan keupayaan anda sebagai pemandu untuk bertindak balas dengan pantas terhadap situasi yang berubah-ubah. 

Penglihatan 

Kesan alkohol terhadap penglihatan adalah ia akan melambatkan fungsi otot mata, mengubah pergerakan mata dan persepsi visual. Malahan alkohol mungkin akan mengakibatkan penglihatan anda kabur. Penglihatan pada waktu malam juga akan terjejas. 

Mengenal pasti

Apabila anda dipengaruhi oleh kesan alkohol, anda akan sukar untuk mengenal pasti secara tepat kedudukan kenderaan di atas jalan raya, atau lokasi kenderaan lain, garisan jalan raya atau pun sebarang tanda jalan. 

Fokus

Individu yang tidak mabuk pun kadang kala akan melayang konsentrasinya, apatah lagi jika anda berada di bawah pengaruh alkohol. Ini akan mengurangkan fokus dan tumpuan pemandu. Malahan terdapat risiko menyebabkan individu rasa mengantuk.

Rasional 

Berada dalam keadaan mabuk juga boleh menyebabkan anda membuat keputusan yang tidak rasional.

Koordinasi 

Koordinasi mata, tangan atau kaki boleh terjejas disebabkan pengambilan minuman alkohol yang terlalu banyak.

Kesimpulan 

Untuk anda yang menganuti agama lain selain Islam, tidak ada salah untuk anda mengambil minuman beralkohol. Tetapi ia haruslah diambil dengan rasa tanggungjawab. Jangan memandu jika anda di bawah pengaruh alkohol. 

Kini sudah terdapat banyak perkhidmatan pemandu berbayar tersedia yang boleh membawa anda pulang ke rumah dengan selamat tanpa membahayakan individu lain yang tidak bersalah. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://sciencenetlinks.com/interactives/alcohol/ebook/pages/drunk-driving.htm /Accessed on Nov 22, 2019

https://www.quitalcohol.com/dangers-of-drinking-and-driving.html /Accessed on Nov 22, 2019

 

https://www.verywellmind.com/drunk-driving-the-dangers-63002 /Accessed on Nov 22, 2019

 

https://www.sinarharian.com.my/article/58144/BERITA/Viral/Pemandu-mabuk-perlu-dikenakan-hukuman-mandatori /Accessed on Nov 22, 2019

 

https://www.thevocket.com/korban-pemandu-mabuk-meningkat-netizen-lancar-petisyen-haramkan-jualan-arak/ /Accessed on Nov 22, 2019

 

Versi Terbaru

02/12/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan