Seperti mana yang kita semua mungkin boleh agak, kesan mangsa buli itu besar dan banyak. Ia bukan hanya akan menjejaskan fizikal malah mungkin merosakkan mental mereka kelak.
Kadangkala, kesan buli terhadap individu mungkin membawa kepada impak lebih buruk seperti meningkatkan potensi untuk mencederakan diri atau menamatkan riwayat mereka.
Disebabkan itu pula, adalah sangat penting untuk kita semua ambil tahu dan lebih peduli akan kesan mangsa buli!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan gejala sosial ini?
Buli bukanlah satu perkara atau isu yang boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja.

Ia sebaliknya adalah sesuatu yang sangat serius yang bukan sahaja menjejaskan fizikal tetapi juga boleh membabitkan kesihatan mental.
Perbuatan seperti mengejek, menghina atau mengugut juga termasuk dalam kategori buli, tidak terkecuali dengan memukul dan lain-lain.
Gejala ini harus segera dihentikan. Usaha yang serius harus diberikan agar masalah ini dapat dibendung sepenuhnya.
Untuk anda lebih memahami mengapa buli perlu dihentikan, sila lihat 4 kesan buli di bawah.
#1. Bully membawa kepada pelbagai jenis kondisi mental
Kajian pada tahun 2013 telah mengesahkan kaitan antara buli dan keadaan kesihatan mental.
Mangsa buli berisiko tinggi mengalami gangguan psikologi semasa dewasa termasuk kemurungan dan kebimbangan.
Pembuli juga boleh terkesan dan mengalami gangguan personaliti seperti bipolar.
#2. Buli memberi kesan kepada struktur otak manusia
Menurut kajian oleh University of Southern California dan Children’s Hospital of Los Angeles pada tahun 2014, buli mempunyai hubungan secara jelas dengan perubahan fizikal pada otak.

Bahagian otak bernama amygdala yang bertanggungjawab mengawal ketakutan, kebimbangan dan tindak balas emosi didapati lebih besar, khususnya lelaki.
Lebih parah lagi, bahagian korteks prefrontal dan temporal didapati lebih nipis, khususnya mangsa buli dalam kalangan perempuan.
Bahagian ini berfungsi mengawal tingkah laku dan bahasa.
Kesan mangsa buli #3. Kurang kawan dan cenderung merokok
Ini adalah fakta menyedihkan yang telah dibuktikan oleh kajian oleh King’s College London.
Mangsa buli secara umumnya mempunyai prestasi kehidupan yang lebih rendah.
Marilah kita bersama-sama membanteras gejala tidak sihat ini.
Kesan buli di sekolah
Buli di sekolah boleh memberi kesan serius kepada mangsa dari segi emosi, mental dan fizikal.
Mangsa mungkin mengalami tekanan perasaan, hilang keyakinan diri, rasa takut untuk ke sekolah, dan menurunnya prestasi akademik.
Dalam jangka panjang, buli boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan melampau, atau trauma.
Sesetengah mangsa juga boleh mengalami kecederaan fizikal atau mengambil tindakan berisiko akibat tekanan yang berterusan.
Kesan buli kepada keluarga
Buli bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa, tetapi juga membebankan emosi dan mental ahli keluarga.
Ibu bapa atau penjaga mungkin berasa marah, sedih, bimbang, dan bersalah kerana anak mereka menjadi mangsa.
Hubungan dalam keluarga boleh menjadi tegang akibat stres berterusan, terutama jika masalah buli berlarutan.
Selain itu, keluarga mungkin terpaksa menghabiskan masa, tenaga, dan wang untuk mendapatkan bantuan kaunseling atau rawatan bagi menyokong pemulihan anak.
Kesan buli kepada masyarakat
Buli boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan dalam masyarakat.
Ia mewujudkan rasa takut dan ketidakpercayaan di kalangan penduduk, terutama dalam komuniti sekolah.
Sikap agresif yang tidak dibendung boleh membawa kepada peningkatan jenayah atau keganasan.
Selain itu, masyarakat akan menanggung kesan jangka panjang apabila mangsa membesar dengan trauma atau masalah emosi, yang boleh menjejaskan produktiviti dan hubungan sosial.
[embed-health-tool-child-growth-chart]