backup og meta

Alkohol, Tiada Manfaat untuk Tubuh

Alkohol, Tiada Manfaat untuk Tubuh

Menurut laporan CNN Health, analisis baru pada 2016 mengenai penggunaan alkohol global dan risiko penyakit menyatakan tiada jumlah minuman keras, wain atau bir yang selamat untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

Menurut kajian yang diterbitkan jurnal The Lancet, alkohol adalah faktor risiko utama bagi penyakit dan kematian awal pada lelaki dan wanita antara umur 15 dan 49 di seluruh dunia pada tahun 2016, yang menyumbang hampir satu dalam 10 kematian.

Memetik laporan Kosmo semalam, 15 lelaki maut, manakala 33 lagi dimasukkan ke hospital dipercayai akibat keracunan arak di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak kelmarin.

Apa itu alkohol?

Alkohol (ethanol or ethyl alcohol) adalah ramuan yang terdapat dalam bir, wain dan minuman keras yang menyebabkan mabuk.

Alkohol terbentuk apabila fermentasi yis (rosak tanpa oksigen) gula dalam makanan yang berbeza. Sebagai contoh, wain diperbuat daripada gula dalam anggur, bir dari gula dalam barli direndam, cider dari gula dalam epal, vodka dari gula dalam kentang, bit atau tumbuhan lain.

Alkohol dikelaskan sebagai ubat ‘‘sedative hypnotic’, yang bermaksud ia bertindak untuk menekan sistem saraf pusat pada dos yang tinggi. Pada dos yang lebih rendah, alkohol boleh bertindak sebagai perangsang,  termasuk merangsang perasaan euforia dan percakapan, tetapi minum terlalu banyak alkohol dalam satu masa boleh menyebabkan rasa mengantuk, tekanan pernafasan (di mana pernafasan menjadi lambat, pendek atau berhenti sepenuhnya), koma atau mati.

Kesan alkohol terhadap tubuh

Kesan alkohol terhadap tubuh bermula dari saat hirupan pertama anda. walaupun segelas wain pada acara makan malam bukan satu asbab yang perlu diberi perhatian, kesan kumulatif pengambilan minuman alkohol boleh mempengaruhu fungsi tubuh.

Gambar ihsan healthline

Kematian akibat alkohol

Menurut AlcoRehab, kematian yang berkait dengan alkohol lazimnya dalam kalangan orang pertengahan umur iaitu dari 35 hingga 64 tahun, dan statistik kematian alkohol menunjukkan bahawa 76 peratus (%) daripada populasi ini adalah lelaki dan 24% adalah perempuan. Setiap tahun, kira-kira 88,000 orang mati akibat masalah berkaitan alkohol.

Rata-rata, kira-kira 6 orang mati akibat keracunan alkohol setiap hari. Ini seiring dengan laporan CDC pada tahun 2015 dan menyebabkan peningkatan statistik keracunan alkohol. 76% daripada kes pengambilan alkohol berlebihan dan kematian adalah biasa dalam kalangan kelas pekerja antara umur 35 dan 64 tahun.

Grafik ihsan AlcoRehab

Penyalahgunaan alkohol membawa seseorang ke arah keadaan yang berisiko. Risiko untuk meningkatkan penyakit serius. Ini kerana alkohol juga mengambil alih minda. Pengguna kronik dan penagih tidak dapat mengawal refleks, dorongan, dan fakultatif kognitif mereka, menyebabkan insiden yang berorientasikan keganasan meningkat. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What is alcohol? https://www.alcohol.org.nz/alcohol-its-effects/about-alcohol/what-is-alcohol Accessed on Sept 19. 2018.

No amount of alcohol is good for your overall health, global study says https://edition.cnn.com/2018/08/23/health/global-alcohol-study/index.html Accessed on Sept 19. 2018.

ALCOHOL ABUSE STATISTICS https://alcorehab.org/alcoholism/statistics/ Accessed on Sept 19. 2018.

The Effects of Alcohol on Your Body https://www.healthline.com/health/alcohol/effects-on-body#1 Accessed on Sept 19. 2018.

 

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan