backup og meta

Aktiviti Fizikal Ditentukan Oleh Kesejahteraan Mental Semasa Umur Pertengahan

Aktiviti Fizikal Ditentukan Oleh Kesejahteraan Mental Semasa Umur Pertengahan

Lelaki dan wanita yang mempunyai kesejahteraan mental yang tinggi pada usia 42 tahun, lebih aktif secara fizikal pada usia 50 tahun berbanding dengan mereka yang mendapat skor yang lebih rendah dalam kesejahteraan mental pada usia 42 tahun. Aktiviti senaman yang berbeza berkait dengan dimensi kesejahteraan yang berbeza dalam pertengahan umur.

Kesejahteraan mental diteroka melalui tiga dimensi: kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial.

  • Kesejahteraan emosi menunjukkan kepuasan keseluruhan yang berkaitan dengan kehidupan dan kecenderungan untuk mempunyai perasaan positif.
  • Kesejahteraan psikologi pula merujuk kepada pengalaman pertumbuhan peribadi dan tujuan hidup.
  • Kesejahteraan sosial pula berkaitan dengan hubungan dengan individu lain dan masyarakat.

Penemuan penyelidikan menemukan bahawa aktiviti fizikal pada masa lapang tidak menyebabkan berlakunya kesejahteraan mental atau kesihatan subjektif pada masa hadapan, tetapi sebaliknya, kesejahteraan mental menyebabkan berlakunya aktiviti fizikal. Menurut Dr Tiia Kekäläinen dari Gerontology Research Center dan Faculty of Sport and Health Sciences, University of Jyväskylä, Finland, berdasarkan kajian tersebut, kesejahteraan mental adalah sumber penting untuk mengekalkan gaya hidup aktif secara fizikal dalam kalangan remaja.

Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang kita fikirkan mengenai kesan aktiviti fizikal keatas kesejahteraan mental adalah bersifat sebaliknya. Kesejahteraan mental yang baik akan mendorong kita meneruskan dan mengekalkan aktiviti fizikal pada masa lapang semasa berada pada umur pertengahan kehidupan.

Aktiviti fizikal yang pelbagai adalah baik untuk kesejahteraan

Penyelidikan keatas pelbagai aktiviti fizikal pada masa lapang menunjukkan bahawa aktiviti yang berlainan dikaitkan dengan dimensi kesejahteraan pada lelaki dan wanita yang berusia 50 tahun. Berjalan dikaitkan dengan kesejahteraan emosi, melibatkan diri dengan alam semula jadi dikaitkan dengan kesejahteraan sosial dan latihan daya tahan pula dikaitkan dengan kesihatan subjektif.

Menurut Kekäläinen, walaupun senaman tidak menyebabkan berlakunya kesejahteraan mental pada masa hadapan atau kesihatan subjektif dalam penyelidikan ini, senaman adalah penting untuk kesejahteraan mental dan kesihatan semasa.

Perkaitan ini ditemui dalam kalangan kedua-dua lelaki dan wanita. Tambahan lagi, penglibatan diri dengan alam semula jadi dikaitkan dengan kedua-dua kesejahteraan emosi dan kesihatan subjektif, tetapi hanya dalam kalangan golongan lelaki.

Menurut Kekäläinen lagi, kemungkinan besar bahawa alam semula jadi adalah perkara yang berbeza bagi golongan lelaki dan wanita. Sebagai contoh, ia berkaitan dengan kekerapan latihan secara bersungguh-sungguh hanya dalam kalangan lelaki, dan bukannya bagi golongan wanita.

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tiia Kekäläinen, Alexandra M. Freund, Sarianna Sipilä, Katja Kokko. Cross-Sectional and Longitudinal Associations between Leisure Time Physical Activity, Mental Well-Being and Subjective Health in Middle Adulthood. Applied Research in Quality of Life, 2019; DOI: 10.1007/s11482-019-09721-4
  2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190503112740.htm

Versi Terbaru

10/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan