Berfikiran negatif mungkin akan membuatkan anda keletihan dan menjauhkan anda dari kehidupan realiti. Lebih banyak perkara negatif yang anda fikirkan, lebih kuat fikiran negatif itu menguasai anda. Ia bagaikan imej sebiji bola kecil yang bergolek di tanah, semakin lama ia bergolek, semakin besar saiznya. Artikel di bawah akan membantu anda untuk menjadi seorang individu yang sentiasa berfikiran positif.
Berikut adalah 5 cara untuk mencegah dan mengatasi pemikiran negatif dalam diri anda:
Tip 1, Persoalkan kembali
Ketika wujud pemikiran negatif yang cuba untuk berkembang di dalam minda anda, satu perkara yang anda perlu lakukan anda mempersoalkan pemikiran itu; “Perlukah saya mengambilnya secara serius?” Sudah tentu jawapannya; “Pastinya ia bukan perkara penting untuk diambil serius.”
Ada masanya persoalan begini membantu anda menyedari, walaupun anda mungkin melakukan satu kesilapan kecil, ia tidak bermakna anda telah merosakkan segalanya. Malah, satu kesilapan kecil tidak bermakna anda tidak boleh menjadi optimistik dan mencuba untuk tidak mengulangi kesilapan anda pada masa hadapan. Soalan begini membantu anda untuk kekal berada dalam realiti.
[embed-health-tool-bmi]
Tip 2, Jangan perbesarkan perkara remeh
Cuba elakkan dari memperbesarkan satu isu kecil dengan mengganggap ia sebagai satu masalah yang terlalu besar dan membebankan anda. Tanyakan pada diri anda; “Adakah perkara ini penting untuk 5 tahun akan datang? 5 minggu atau mungkin 5 hari?” Pastinya anda akan menyedari bahawa isu yang anda hadapi tidaklah begitu besar yang perlu anda fikirkan sehingga merosakkan emosi anda panjang hari.
Tip 3, Luah dan bincangkan
Luahkan apa yang anda rasa dan berbincang dengan individu yang rapat dengan anda. Anda mungkin hanya memerlukan masa beberapa minit untuk membantu anda mencapai penyelesaian baru.
Tip 4, Kembali kepada realiti
Apabila anda memikirkan sesuatu yang negatif, anda biasanya memikirkan tentang sesuatu yang telah berlaku ataupun mungkin berlaku, ada masanya kedua-duanya sekali. Penting untuk anda keluar dari ilusi tersebut dan meletakkan diri anda dalam realiti masa kini. Cuba untuk elakkan diri anda dari mengelamun tentang masa lampau.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengekalkan diri anda sentiasa dalam dunia realiti:
- Fokus pada pernafasan. Bernafas melalui perut dan menghembuskan nafas melalui hidung. Pada ketika ini, cuba untuk fokus hanya pada pernafasan anda.
- Berada dalam dunia di sekeliling anda. Ambil masa rehat 1-2 minit, kosongkan minda anda dan tumpukan perhatian tentang apa yang berlaku di sekitar anda; bunyi bising di luar tingkap, bau, dan cahaya matahari.
Tip 5, Mulakan hari esok dengan menetapkan sesuatu yang positif
Cara anda memulakan hari anda merupakan salah satu cara untuk memastikan bagaimana hari anda akan berlaku, dan sesuatu yang positif pasti akan membuatkan segalanya lebih mudah sehinggalah ke waktu untuk anda tidur nanti.
Beberapa cara untuk membantu memulakan hari dengan lebih positif adalah:
- Sediakan satu peringatan mudah selepas anda bangun, ia mungkin petikan yang memberikan inspirasi kepada anda. Atau sesuatu yang berkaitan impian atau semangat anda. Anda boleh tulisnya di atas kertas atau taipkan pada telefon pintar anda.
- Biarkan beberapa maklumat atau perbualan positif berlegar dalam minda anda.
- Dengarkan radio, baca buku yang memotivasikan anda, atau yang dapat membuatkan anda tersenyum.
- Berbuallah sesuatu topik menarik dengan pasangan, keluarga atau rakan sekerja.
Sebagai kesimpulan “adalah lebih baik menjadi individu optimis yang mungkin ada masanya tersalah, daripada menjadi individu pesimis yang selalu benar.”
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.