Definisi
Apa itu Kongjungtivitis?
Konjungtivitis dikenali sebagai mata merah, adalah keadaan dimana selaput membran diantara kelopak mata dan putih mata (pada bahagian dalam mata) membengkak dan meradang, menyebabkan kemerahan dan kesakitan. Mata merah juga boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua mata sekaligus.Walaupun mata merah menyebabkan ketidakselesaan dan tidak cantik untuk di pandang tetapi ia jarang memberi kesan terhadap tahap penglihatan anda.
Apakah kebarangkalian Kongjungtivitis?
Konjungtivitis biasa berlaku dan selalunya akan pulih tanpa ubat-ubatan. Semua orang tidak kira usia boleh terkena mata merah dan selalu berlaku pada musim luruh.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Kongjungtivitis?
Seperti namanya, apabila anda mengalami mata merah, lapisan putih dalam mata anda akan memerah akibat saluran darah konjungtiva meradang. Sekiranya anda mengalami mata merah akibat alahan, mata anda merasa gatal. Penyumbang kepada kemerahan mata dan alahan termasuklah debunga, haiwan peliharaan, dan habuk debu di dalam rumah.
Bagi kes jangkitan virus, mata anda akan terlihat bengkak dan kering sehingga banyak air mata mengalir. Dengan jangkitan bakteria, anda akan merasakan sakit, dan tidak selesa, sakit di dalam mata.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti disenaraikan yang anda yakin menyebabkan mata merah. Mata merah akan berjangkit dalam tempoh dua minggu selepas gejala yang pertama muncul. Oleh itu, rawatan awal bukan sahaja membantu anda untuk pulih dengan lebih cepat, tetapi mampu menghalang orang yang tersayang daripada terkena jangkitan mata merah:
- Anak anda mempunyai kesan sampingan terhadap ubat-ubatan
- Apabila ubat juga tidak dapat membantu, dan anda perlu mendapatkan rujukan ke fisioterapi atau pakar terapi fizikal dan carakerja.
Jika anda mempunyai tanda atau simptom seperti yang dinyatakan atau mempunyai soalan yang lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor. Setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza-beza.Jadi sangat tepat untuk berbincang dengan doktor apakah yang bersesuaian dengan situasi anda.
Punca
Apakah Punca Kongjungtivitis?
Terdapat banyak sebab terjadinya mata merah. Ia terbahagi kepada sebab utama iaitu alahan, jangkitan, dijangkiti dan akibat objek asing. Punca mata merah adalah seperti:
- Jangkitan masalah pernafasan seperti jangkitan Staphylococcus dan Streptococcus;
- Jangkitan virus, yang selalunya menyebabkan selsema biasa;
- Alahan pada debunga atau debu, bulu haiwan;
- Termasuk bahan kimia dalam mata;
- Saluran air mata tersekat bagi bayi baru lahir.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kongjungtivitis?
Anda harus mengetahui risiko mata merah bagi mengelakkan penyakit ini menjangkiti orang lain dan menjaga kesihatan diri sendiri. Faktor-faktor ini meningkatkan risiko mata merah termasuklah:
- Sentuhan secara langsung dengan air mata atau jari, sapu tangan orang yang mempunyai mata merah;
- Terdedah kepada penyumbang alahan;
- Kerap menggunakan kanta lekap, terutamanya jenis kaca yang boleh dipakai berterusan selama tujuh hari tanpa dibuka sebelum tidur.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kongjungtivitis didiagnosis?
Doktor selalunya mendiagnosis mata merah melalui pemeriksaan klinikal mata untuk mengetahui penyebab mata merah. Jika anda tidak mengetahui penyebabnya, doktor mungkin menyarankan anda untuk melakukan ujian untuk mengetahui faktor yang lebih tepat menyumbang kepada mata merah.
Bagaimana pesakit Kongjungtivitis dirawat?
Jika anda mempunyai mata merah akibat bakteria, doktor anda akan memberikan anda ubat titis mata dan ubat antibiotik. Anda boleh menuam mata dan menekap kelopak mata yang menonjol. Mata merah yang disebabkan bakteria akan beransur pulih dalam masa 48 jam selepas rawatan dan sembuh dalam masa seminggu.
Manakala mata merah disebabkan virus, ubat titis mata dan antibiotik tidak mujarab. Doktor akan memberikan anda ubat titis yang membantu meningkatkan kelembapan di dalam mata dengan gabungan tuaman untuk menyurutkan bengkak. Mata merah jenis ini akan membaik dalam 1-2 minggu tetapi boleh juga memakan masa yang lebih lama.
Jika anda alahan, doktor akan memberikan anda ubat titis mata dan antihistamin bagi mengurangkan keradangan pada saluran hidung yang tersumbat untuk melegakan gejala alahan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kongjungtivitis?
Gaya hidup yang baik adalah cara terbaik untuk membendung masalah mata merah. Walau anda sakit, dengan tabiat gaya hidup yang baik akan membantu mata merah anda pergi dan tidak dihantar ke badan.
Anda boleh mengawal penyakit ini jika anda mengambil berat beberapa perkara:
- Jauh dan elakkan sentuhan secara langsung dengan orang yang menderita mata merah;
- Basuh tangan dengan kerap;
- Menggunakan tuala, kain lap, dan bantal yang berasingan dengan ahli keluarga yang lain;
- Buang semua kosmetik mata yang lama di dalam simpanan dan jangan berkongsi kosmetik mata dengan orang lain;
- Menjauhkan penyebab alahan, jika boleh;
- Mengambil ubat mengikut tetapan yang diberikan;
- Jangan menyentuh kawasan yang dijangkiti atau menggosok mata anda;
- Tidak menggunakan kanta lekap sehingga semua rawatan yang diperlukan selesai. Anda juga perlu menukarkan bekas kanta lekap dengan yang baru.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.