Tentunya hampir semua orang pernah mengalami kondisi ini tidak kira tumbuh ketumbit bawah mata ataupun atas pada kawasan kelopak.
Mungkin ada juga yang turut menyangka di mana ketumbit tumbuh akan menyebabkan bahaya dan komplikasi yang juga berbeza.
Persoalannya, adakah ketumbit tak hilang pada bawah atau atas lebih berbahaya di antara satu sama lain? Jom teruskan membaca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kondisi ketumbit?
Buat anda yang belum tahu, ketumbit (stye) adalah sejenis kondisi di mana wujud benjolan atau ketulan yang muncul pada kawasan kelopak mata.
Kondisi ini seringkali dikaitkan dengan tabiat mengintai namun tentu sekali ia hanyalah sekadar satu kepercayaan karut yang tidak ada kena mengena.
Ia boleh terjadi pada kawasan kelopak mata tidak kira di luar, dalam, atas dan bawah bahagian tersebut lantas menyebabkan ketidakselesaan.
Untuk pengetahuan anda, wujud 2 jenis ketumbit yang mungkin boleh terjadi iaitu:
Chalazion
Kondisi ini berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata menjadi tersumbat tanpa adanya sebarang jangkitan kuman.
Keadaan yang tersumbat itu selanjutnya akan menyebabkan isi minyak dalam kelenjar terkumpul dan mendorong keradangan pada kelopak mata.
Berbeza dengan jenis yang satu lagi, kondisi ini tidak akan mendatangkan rasa sakit, pedih dan gatal namun masih memerlukan rawatan lanjutan.
Hordeolum
Kondisi ini berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman bernama Staphylococcus aureus pada 3 kawasan kelopak mata yakni kelenjar Zeis, Moll, dan Meibom.
Jangkitan pada kelenjar Zeis dan Moll akan mengakibatkan kondisi bernama Hordeolum Eksternal yang akan menyebabkan ketumbit pada luar kawasan kelopak mata.
Manakala jangkitan pada kelenjar Meibom pula akan menyebabkan kondisi bernama Hordeolum Internal yang akan mengakibatkan ketumbit pada dalam kawasan kelopak mata.
Jika terjangkit kuman pada kelopak mata, ia akan menyebabkan rasa sakit, pedih dan gatal selain dipenuhi dengan nanah.
Ia boleh berlaku pada mana-mana kawasan kelopak?
Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, memang benar bahawa ia boleh berlaku pada mana-mana kawasan kelopak mata.
Kebiasaannya, jangkitan ini boleh berlaku kepada dua bahagian luar pada kelopak mata yakni di bawah dan di atas.
Ia juga selalu terjadi pada sebelah mata sahaja namun ada kemungkinan boleh berlaku pada kedua-duanya secara serentak.
Berfokuskan pada ketumbit bawah mata serta atas pada kelopak, ia adalah kondisi yang bernama Hordeolum Eksternal.
Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman dan berikut adalah simptom-simptomnya:
- Kelopak mata menjadi sakit dan pedih
- Kelopak mata menjadi bengkak
- Kelopak mata menjadi gatal
- Kelopak mata menjadi merah
- Mata menjadi berair dan bertahi
- Radang kelopak mata (luaran)
- Sensitif terhadap cahaya
Meskipun kebanyakan simptom hanya wujud pada kawasan luar kelopak mata (sama ada di bawah atau atas), ia masih boleh membawa kepada jangkitan lebih teruk di bola mata.
Persoalannya, yang mana satu lebih berbahaya di antara ketumbit tak hilang pada bahagian kelopak bawah dengan atas?
Ketumbit bawah mata atau atas lebih berbahaya?
Dalam kebanyakan kes, ketumbit bawah mata atau atas yang berlaku pada kelopak boleh hilang dengan sendirinya.
Ia juga mungkin tidak akan mendatangkan sebarang bahaya dan komplikasi lain sekiranya jangkitan tersebut dirawat segera.
Untuk menjawab persoalan ini, kedua-dua jenis ketumbit bawah mata atau atas pada kelopak adalah mungkin tidak berbahaya.
Meskipun begitu, ini bukanlah bermakna kalian hanya perlu membiarkannya sahaja kerana ada kemungkinan ia adalah gejala ppenyakit berbahaya yang lain.
Jadi, apa yang anda boleh lakukan jika terjadinya ketumbit tak hilang pada kawasan sekitar kelopak mata ini?
Apa yang penderita boleh lakukan?
Paling penting, anda perlu terus berjumpa doktor untuk menjalani diagnosis bagi menentukan jenis ketumbit yang dialami.
Ujian pada mata akan dilakukan dan kemudiannya anda mungkin akan diberikan ubatan atau rawatan bergantung pada jenisnya.
Kebiasaannya, masalah ini di bawah mata atau atas mata pada kelopak akan pulih dengan sendiri selepas beberapa hari.
Sementara itu, ada beberapa tip umum yang kalian boleh cuba untuk merawat kondisi ini iaitu:
- Elak picit untuk pecahkan ketumbit
- Tuam dengan tuala suam
- Tuam dengan beg teh
- Sapu salap antibiotik
- Urut dengan cermat dan perlahan
- Cuci dengan air dan putik kapas
- Elak menggunakan kanta lekap
- Elak menggunakan alat solek
Sekiranya ketumbit pada luar kelopak mata ini masih tidak hilang selepas beberapa hari, prosedur pembedahan untuk membuangnya mungkin perlu dilakukan.
Untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain akibat ketumbit bawah mata atau atas, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan okay!