backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ada Ketumbit Di Kelopak Mata? Ikut 4 Cara Ini Untuk Rawat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/12/2022

Ada Ketumbit Di Kelopak Mata? Ikut 4 Cara Ini Untuk Rawat

Ketumbit mata atau stye adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam, bawah atau luar kelopak mata.

Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata anda. Pembentukannya di bawah kelopak mata mungkin kurang disedari pada mulanya.

Tetapi dua keadaan ini boleh menyebabkan kelopak mata menjadi merah, bengkak dan mungkin berasa gatal dan sakit.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

2 jenis ketumbit mata

Dalam istilah perubatan ketumbit terbahagi kepada 2, iaitu:

i) Hordeolum

ketumbit mata

Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kawasan folikel bulu mata (hordeolum luaran) ataupun kalenjar meibomian (hordeolum dalaman) yang terletak di belakang kelopak mata.

Selalunya ia menyebabkan rasa sakit di bahagian yang terlibat dan mempunyai nanah.

ii) Chalazion

Benjolan pada kelopak mata yang tumbuh ketika kelenjar minyak tersumbat.

Tidak seperti stye, ia biasanya tidak menyakitkan dan berasa melekit.

ketumbit mata

Punca ketumbit bawah mata

Ia berpunca daripada bakteria staphylococcus yang menjangkiti kelenjar minyak di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata, lantas menyebabkan benjolan.

Kuman-kuman itu boleh datang dari apa-apa yang menyentuh atau menggosok mata anda, seperti tangan atau solekan mata anda.

Anda mungkin cenderung untuk mendapatkan lebih banyak ketumbit semasa musim alergi apabila mata menjadi gatal.

Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda mempunyai blepharitis, sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.

Perlu diketahui bahawa ketumbit mata hordeolum dan chalazion ini boleh berubah kepada satu sama lain.

Chalazion boleh berubah menjadi hordeolum ketika mana dijangkiti kuman.

Manakala, hordeolum pula boleh menjadi chalazion apabila nanah yang ada di dalam kalenjar tidak dibawa keluar hingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi chalazion pula.

Baca juga:

Rawatan stye

Kebanyakan ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan rawatan.

Tetapi pastikan mata anda diperiksa jika ia tidak membaik dalam beberapa hari, ia tumbuh dengan cepat, mula berdarah atau menjejaskan penglihatan anda.

Juga, jika ia mula merebak ke mata putih anda atau melihat kemerahan di pipi anda, segera berjumpa doktor kerana boleh menjadi tanda jangkitan merebak.

Anda juga dinasihatkan untuk:

i. Tidak memecahkannya

Ketumbit mata kelihatan seperti jerawat dan ia mendorong anda untuk memecahkannya.

Tetapi tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak ke kelopak mata anda.

Anda hanya perlu membiarkannya hilang sendiri dan kebiasannya mengambil masa beberapa hari atau minggu.

ii. Tuam suam

Gunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam dan pastikan air tidak terlalu panas bagi mengelakkan mata melecur.

Tekan lembut tuala di bahagian ketumbit dan urut perlahan. Pastikan tangan anda bersih.

ketumbit mata

iii. Elakkan penggunaan kosmetik

Semasa dijangkiti ketumbit, elakkan penggunaan sebarang kosmetik khususnya eyeliner, eyeshadow, maskara, dan lain-lain sehingga ia betul-betul sembuh.

Adalah lebih baik untuk anda menggantikannya setiap 6 bulan dan tidak berkongsi dengan orang lain.

iv. Elakkan memakai kanta lekap

Jika anda ingin memakainya, pastikan ia bersih. Doktor anda boleh memberitahu anda cara terbaik untuk membasmi mereka.

Ia juga penting untuk membasuh tangan anda dengan teliti sebelum setiap kali anda menguruskannya.

Namun, sebaiknya cuba untuk tidak memakai kanta lekap sepanjang tempoh ketumbit.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan