Ramai yang sering terkena tapi asyik terlupa untuk cari tahu apa dia rawatan mata pedih bukan?
Ramai yang sering terkena tapi asyik terlupa untuk cari tahu apa dia rawatan mata pedih bukan?

Mata pedih mempunyai banyak sebab, dari keadaan yang ringan hingga kompleks.
Biasanya, keadaan ini berlaku dengan simptom seperti rasa gatal dan sakit mata.
Namun dalam beberapa kes, ia tidak mempunyai sebarang simptom.
Untuk memahami apa itu mata pedih dan bagaimana untuk melegakan keadaan ini, mari rujuk pada maklumat berikut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.
Sebenarnya, mata pedih berlaku kerana sebab mudah.
Hampir setiap bahan yang bersentuhan langsung dengan mata anda akan memedihkan mata, tetapi tidak semuanya adalah masalah yang serius.
Kadang-kadang mata anda bersentuhan dengan sabun, syampu, minyak wangi dan ia tidak berbahaya sama sekali jika anda segera membilas dengan air.
Antara punca lain termasuk:
Apabila mata anda pedih, ia mempunyai beberapa isyarat seperti di bawah:
Langkah pertama rawatan mata pedih yang disebabkan oleh bahan kimia atau haba, adalah membilas mata dengan air sejuk.
Keluarkan kanta anda sekiranya anda memakainya.
Untuk membilas mata anda, isikan sinki atau mangkuk dengan air dan letakkan muka anda di dalam air.
Apabila melakukan itu, anda perlu membuka dan menutup kelopak mata anda supaya air boleh mencuci semua bahagian mata anda.
Bagi kanak-kanak, sukar untuk menggunakan langkah pertolongan cemas untuk kecederaan mata.
Ia bergantung kepada umur, saiz, dan keupayaan anak untuk bekerjasama.
Anda dinasihatkan untuk meminta orang dewasa lain untuk membantu anda di dalam rawatan mata pedih ini.
Kanak-kanak akan tetap tenang dan bekerjasama dengan pergerakan perlahan dan lembut.
Sekiranya sukar untuk kanak-kanak itu menjadi tenang, dia mungkin perlu dipegang dengan kuat jika kecemasan.
Selepas langkah-langkah rawatan mata pedih diambil, cuba untuk mengelaknya dengan lebih awal.
Beberapa cadangan termasuk:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Eye- Flash Burns, https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/eyes-flash-burns, Accessed on March 14, 2017.
Burns to the eyes, http://www.uofmhealth.org/health-library/chbey, Accessed on March 14, 2017.
Versi Terbaru
25/03/2026
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid