Setelah seharian penat dengan aktiviti luar, pasti anda ingin terus lelap setelah sampai ke rumah. Namun, dalam apa jua keadaan, jangan pernah lupa untuk menanggalkan kanta lekap sebelum tidur. Satu dua kali terlupa atau malas menanggalkannya mungkin tidak terlalu bermasalah. Tetapi selalu tidur memakai kanta lekap boleh membahayakan mata anda!
Apa bahayanya tidur memakai kanta lekap?
Tidur memakai kanta lekap semalaman boleh melukakan mata anda. Bukan tidur semalaman sahaja, memakai kanta lekap terlalu lama sahaja sudah boleh membuatkan anda berisiko 7 kali lebih tinggi mengalami keradangan pada kornea (keratitis).
Walaupun sekarang ini sudah ada jenis kanta lekap yang dapat digunakan selama berhari-hari (termasuk saat tidur), tapi sebahagian besar doktor mata tetap mengharuskan anda untuk menanggalkannya sebelum tidur. Antara bahaya tidur memakai kanta lekap ialah:
1. Mata merah (konjuktivitis)
Jangan hairan jika mata anda merah di pagi harinya setelah semalaman tidur memakai kanta lekap. Mata merah atau konjuktivitis adalah salah satu masalah mata yang paling sering dialami oleh pemakai kanta lekap. Ini disebabkan pemakaian kanta lekap dapat merangsang bakteri masuk hingga menyebabkan jangkitan pada konjuktiva mata (lapisan nipis di atas bahagian putih mata).
Doktor biasanya akan memberikan ubat titis mata yang mengandungi antibiotik untuk mengurangkan simptomya. Anda mungkin juga disarankan untuk berhenti memakai kanta lekap untuk sementara waktu, setidaknya sehingga jangkitan mata berkurang.
2. Mata jadi sensitif
Kornea mata memerlukan oksigen untuk menjaga kelembapan dan mencegah jangkitan pada mata.
Namun, kebiasaan tidur memakai kanta lekap semalaman boleh menghalang oksigen menuju kornea mata dan membuatnya jadi sensitif, seperti yang disampaikan oleh Dr. Rebecca Taylor, M.D, seorang doktor mata sekaligus jurucakap American Academy of Ophthalmology (AAO), kepada Huffington Post.
Akibatnya, keadaan ini dapat menggalakkan pertumbuhan saluran darah baru di kornea dan menyebabkan keradangan. Kesan buruknya, anda mungkin tidak boleh lagi memakai kanta lekap meskipun hal ini sudah diubati dan pulih.
3. Mata merah akut
Mereka yang mempunyai kebiasaan tidur memakai kanta lekap boleh mengalami CLARE atau Contact Lens Acute Red Eye. CLARE adalah jangkitan mata merah akut akibat pengeluaran racun oleh bakteri pada mata. Hal ini mengakibatkan sakit mata, mata merah, dan sensitif dengan cahaya.
4. Ulser atau luka pada mata
Bahaya terlalu lama memakai kanta lekap, terutamanya sewatu tidur, ternyata bukan hanya sekadar menyebabkan mata merah. Gesekan antara kanta lekap dengan permukaan mata boleh melukakan mata dan membuatnya mudah terkena jangkitan bakteri atau parasit.
Kemasukan bakteri acanthamoeba, contohnya, boleh menyebabkan ulser atau luka terbuka pada lapisan kornea. Jika tidak segera diubati, hal ini boleh meningkatkan risiko kebutaan kekal, bahkan sehingga memerlukan pembedahan pemindahan kornea untuk merawatnya.
Simptom awal luka pada mata meliputi mata merah, pandangan kabur, dan sakit mata. Jika anda mengalaminya, segera menemui doktor mata terdekat untuk mencegahnya semakin parah.
5. Benjolan pada mata
Giant papillary conjunctivities (GPC) adalah kondisi yang biasa ditemukan pada orang yang memiliki kebiasaan tidur memakai kanta lekap. Hal ini ditemui dengan munculnya benjolan dalam kelopak mata bagian atas dan membuat anda tidak lagi boleh memakai kanta lekap.
Jika tertidur memakai kanta lekap
Langkah pertama yang harus anda lakukan sewaktu tertidur memakai kanta lekap adalah menanggalkannya secepat mungkin. Setelah itu, sebaiknya elakkan menggunakan kanta lekap pada hari berikutnya dan ganti dengan kacamata untuk menenangkan kornea mata anda.
Biarkan mata anda “bernafas” dan melembapkan dirinya terlebih dahulu untuk meredakan jangkitan yang mungkin terjadi. Anda juga boleh menggunakan ubat titis mata untuk membantu melembapkan mata anda yang meradang.
Yang lebih penting lagi, jangan lupa menjalani periksakan mata anda secara rutin dengan doktor mata terdekat. Doktor mungkin akan menyarankan jenis kanta lekap lain yang sesuai untuk kesihatan mata anda.