backup og meta

Penyakit Katarak Mata

Penyakit Katarak Mata

Bukan rahsia lagi, apabila seseorang semakin tua, mereka lebih cenderung mendapat penyakit. Katarak adalah masalah biasa terjadi dalam kalangan orang tua, yang menyebabkan kehilangan penglihatan dalam satu atau kedua-dua belah mata. Oleh itu, warga tua harus mengetahui ciri-ciri katarak mata, punca, simptom dan bagaimana untuk menjadi lebih baik selepas didiagnosis dengan katarak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Apa itu katarak mata?

Katarak adalah pengabusan semula jadi kanta mata, yang terletak di belakang iris dan anak mata (pupil).

Dalam mata biasa, cahaya melalui kanta telus ke retina. Apabila ia mencapai retina, cahaya ditukar menjadi isyarat saraf yang dihantar ke otak.

Kanta mestilah jelas untuk retina untuk menerima imej yang tepat (sharp). Sekiranya kanta berkabus akibat katarak mata, imej yang anda lihat akan kabur.

Lebih daripada 40 orang cenderung kepada katarak mata, yang mana, ia adalah sebab utama yang menyebabkan kebutaan di dunia.

katarak mata

Apakah punca katarak mata?

Kanta kebanyakannya diperbuat daripada air dan protein. Protein disimpan dengan cara yang tepat yang mana memastikan kanta jelas dan membolehkan cahaya melaluinya.

Apabila semakin meningkat usia, bilangan protein mungkin bergumpal bersama dan membentuk kabus/selaput di kawasan kecil kanta.

Ini adalah katarak, dan dari semasa ke semasa, ia boleh menjadi lebih besar dan selaput lebih banyak daripada kanta, menjadikannya lebih sukar untuk dilihat.

Punca katarak adalah:

Simptom dan tanda-tanda

penyakit katarak

  • Penglihatan berkabus atau kabur
  • Warna mungkin tidak kelihatan cerah seperti biasa
  • Cahaya, lampu, atau cahaya matahari kelihatan terlalu terang atau kelihatan Halo (lingkaran cahaya yang muncul di keliling sesuatu objek bercahaya, ter­utamanya matahari dan bulan, semasa cuaca berkabus) boleh muncul di sekitar lampu
  • Tidak dapat atau mengalami kesulitan melihat pada waktu malam
  • Penglihatan berganda atau berbilang imej dalam satu mata. Simptom ini mungkin hilang apabila katarak menjadi lebih teruk
  • Perubahan preskripsi yang kerap pada cermin mata atau kanta sentuh anda

Simptom ini juga boleh membawa kepada masalah mata yang lain. Rujuk doktor anda untuk memeriksa sama ada anda mempunyai katarak atau tidak dengan melakukan ujian mata.

Jangan teragak-agak untuk membayar lawatan doktor bagi mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan seterusnya untuk mencegah komplikasi.

Pencegahan

Diet yang sihat yang merangkumi banyak vitamin, nutrisi dan pemakanan tambahan boleh mengurangkan risiko katarak mata.

  • Vitamin E: Sayuran berdaun hijau gelap, kacang, avokado, kerang, ikan, minyak tumbuhan, brokoli, labu, dan buah-buahan
  • Lutein dan zeaxanthin: Telur, sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kale, salad, brokoli, kacang peas dan pucuk Brussels
  • Vitamin C dan asid lemak omega-3: Makanan laut dan buah-buahan

katarak adalah

Bagaimana cara merawat katarak mata

Penggunaan cermin mata baru, bifocal yang kuat, pembesaran, pencahayaan yang sesuai atau bantuan visual lain adalah berkesan dalam merawat katarak.

Juga, pertimbangkan untuk mendapatkan pembedahan apabila masalah mata menjejaskan kehidupan seharian anda.

Peningkatan usia (menjadi tua) menunjukkan bahawa kita perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menjadi sihat.

Walau bagaimanapun, jika anda menyedari perkara-perkara yang disenaraikan di atas, anda mungkin akan kurang berisiko kehilangan penglihatan dalam masa terdekat.

Jadi, segeralah dapatkan rawatan sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda yang tersenarai di atas ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Facts About Cataract. https://nei.nih.gov/health/cataract/cataract_facts. Accessed April 10, 2017.

Cataracts. http://www.allaboutvision.com/conditions/cataracts.htm. Accessed April 10, 2017.

Cataracts: Causes, Symptoms, and Treatment. http://www.medicalnewstoday.com/articles/157510.php. Accessed April 10, 2017.

Versi Terbaru

08/09/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Adakah Pembedahan Katarak Itu Selamat & Berkesan? Berikut Respon Pakar Mata!

Tak Perlu Lagi Pembedahan Untuk Rawat Katarak! Ubat Titis Mata Sudah Cukup?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan