Sumber yang paling biasa omega-3 adalah ikan. Asid lemak omega-3 yang ditemui di dalam ikan berminyak seperti salmon, sardin, tuna dan ikan kembung, mempunyai pelbagai manfaat termasuk untuk kesihatan mata anda.
Selain daripada ikan, anda boleh cuba walnut. Ia mengandungi selenium (yang membantu dalam pengoksidaan), dan asid lemak omega-3 (yang membantu mengekalkan pengaliran saraf yang betul di dalam retina).
#4. Mangga
Seperti kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran kuning, ini adalah sumber besar vitamin A, dan juga sumber vitamin E, yang membantu mengurangkan tekanan mata.
#5. Penjagaan mata dengan kekacang
Ini antara makanan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sumber vitamin E dan zink (yang diketahui dapat membantu menstabilkan dan meningkatkan penglihatan pesakit degenerasi makular).
#6. Epal
Ia mengandungi beberapa antioksida, termasuk pigmen tumbuhan quercitin (yang melindungi mata daripada sinaran solar) dan rutin (yang diketahui membantu mengurangkan kebocoran di saluran darah kecil di dalam retina).
#7. Jagung

Ia adalah sumber litein yang baik, iaitu merupakan pigmen kuning yang dijumpai di dalam makula. Ia membantu mencegah degenerasi makula, dan melindungi rod dan kon daripada kerosakan radikal bebas disebabkan oleh cahaya UV.
#8. Brokoli
Mungkin ramai yang tidak suka sayur-sayuran hijau, tetapi ia mengandungi banyak mineral berguna untuk kesihatan mata.
Ia mengandungi lutein, zeaxanthin, selenium, asid alfa lipoik (juga ada dalam bayam; memainkan peranan yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel, dan melawan radikal bebas), CoQ10 (yang membantu sel menguraikan makanan kepada tenaga, juga terdapat di dalam bayam), vitamin C dan E, dan asid folik.
Sementara sayur-sayuran ini telah lama disebut-sebut sebagai pencegah kanser dan penyakit jantung, ia juga penting untuk kesihatan mata. Selain mengandungi lutein dan zeaxanthin, brokoli juga tinggi dengan vitamin C.
#9. Badam
Ia mengandungi magnesium (mengembangkan otot licin – seperti yang terdapat dalam mata dalam – dan membantu mencegah kekejangan otot), vitamin E, dan riboflavin (atau vitamin B2 ; membantu resepsi cahaya di dalam retina).
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen