backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/08/2023

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Anda rabun? Tetapi keliru sama ada ingin memakai cermin mata atau contact lens rabun jauh? Usah risau lagi, artikel ini akan mengupas mengenai pro dan kontra kedua-duanya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Cermin mata

    Terdapat 2 jenis cermin mata. Cermin mata penglihatan tunggal membetulkan masalah jarak jauh, manakala kaca mata multifocal membantu masalah jarak dan isu penglihatan dekat, seperti membaca.

    Kanta multifocal terdapat dalam pelbagai bentuk:

    • Bifocal mempunyai pembetulan pada bahagian atas lensa untuk jarak dan separuh bawah lensa dikhaskan untuk membaca
    • Trifocal mempunyai 3 bahagian. Terdapat separuh bahagian atas untuk jarak, bahagian bawah untuk membaca, dan kawasan ketiga di antara keduanya untuk penglihatan tengah
    • Lensa progresif adalah gabungan bifocal dan trifocal tanpa garis pemisah. Mereka mempunyai peralihan yang lancar antara kawasan penglihatan

    Dahulu, lensa sering diperbuat daripada kaca. Kini, kebanyakannya diperbuat daripada plastik.

    Ini kerana, kanta plastik lebih ringan dan boleh dirawat dengan lapisan untuk melindungi mata. Tetapi material ini lebih cenderung berhadapan dengan masalah calar berbanding kanta kaca.

    Jenis-jenis cermin mata yang lain dapat memenuhi keperluan khusus:

    • Kanta polikarbonat atau Trivex sangat bagus untuk bermain sukan
    • Kanta indeks tinggi menawarkan pembetulan visual tambahan. Kanta plastik ini lebih nipis dan lebih ringan daripada lensa yang standard

    contact lens rabun jauh

    Kelebihan memakai kaca mata

    Seperti yang kita tahu, penggunaan cermin mata cukup mudah dan tidak memerlukan pembersihan khas mahupun penjagaan yang spesifik seperti contact lens rabun jauh.

    Selain itu, anda boleh memilih daripada pelbagai bentuk bingkai yang sesuai dengan gaya dan bentuk muka.

    Selain itu, anda juga tidak perlu menyentuh mata dan boleh menanggalkan cermin mata dengan mudah dan meletakkannya pada bila-bila masa yang anda mahukan.

    Kekurangan memakai kaca mata

    Cermin mata boleh ‘memutarbelitkan’ penglihatan, terutama di tepi lensa jika anda mempunyai power atau astigmatisme yang kuat.

    Di samping itu, segelintir individu mungkin tidak suka rasa berat di sekitar hidung atau tekanan pada telinga.

    Sebilangan individu pula mungkin tidak menyukai cara mereka kelihatan dengan pemakaian cermin mata, berbeza dengan contact lens rabun jauh.

    Banyak orang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan lensa progresif.

    Ditambahkan lagi dengan masalah kabus apabila beralih suhu dari satu tempat ke tempat yang lain, ataupun terpercik dalam hujan- ini boleh menjengkelkan si mata empat ini.

    Pemakaian kaca mata juga kurang sesuai apabila terlibat dengan aktiviti fizikal terutamanya yang lasak seperti bermain bola, ragbi dan sebagainya.

    contact lens rabun jauh

    Contact lens rabun jauh

    Kanta lekap atau contact lens adalah cakera plastik atau kaca nipis yang terletak tepat di mata anda untuk membetulkan penglihatan.

    Terdapat 2 jenis kanta lekap iaitu lembut dan keras, juga disebut sebagai rigid glass permeable.

    Kanta lekap yang lembut, diperbuat daripada plastik lembut, merupakan jenis yang paling popular dalam kalangan pengguna.

    Ini kerana, jenis contact lens ini dikatakan lebih selesa berbanding dengan yang keras kerana mampu mengandungi lebih banyak kandungan air dan tidak menyentuh kornea.

    Terdapat beberapa jenis contact lens lembut, antaranya:

    • Kanta pakai harian: Anda memakainya pada siang hari dan membersihkannya pada waktu malam. Anda akan menggantinya mengikut jadual yang dicadangkan oleh doktor mata
    • Daily disposables: Anda hanya memakainya sekali dan membuangnya
    • Extended-wear lenses: Anda boleh memakainya semalaman dan hanya mengeluarkannya sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk tujuan membersih

    Bagi kanta lekap keras, ia tahan lebih lama berbanding yang lembut. Ia juga mungkin lebih senang dijaga tetapi boleh menjadi kurang selesa bagi para pemakai.

    Selain itu, kanta lekap keras sering memberikan penglihatan yang lebih baik untuk masalah astigmatisme (apabila mata lebih bujur daripada bulat) dan boleh menjadi pilihan yang baik jika anda mempunyai alahan.

    Kelebihan memakai contact lens rabun jauh

    contact lens rabun jauh

    Ia mampu memberi anda penglihatan yang lebih semula jadi berbanding memakai kaca mata.

    Tambahan itu, kanta lekap untuk rabun jauh juga dapat bergerak seiring dengan mata, dan tidak akan menghalang penglihatan.

    Berbeza dengan cermin mata, pemakai contact lens juga tidak akan bergelut dengan masalah kabus pada kanta atau basah ketika hujan mahupun cuaca sejuk.

    Ia juga sesuai digunakan apabila bersukan kerana tidak akan menghalang anda apabila melakukan aktiviti fizikal.

    Kekurangan memakai contact lens rabun jauh

    Kanta lekap sememangnya memerlukan penjagaan lebih banyak dan cerewet berbanding cermin mata.

    Ini kerana, anda mesti membersihkn dan menyimpannya dengan cara betul.

    Anda boleh mendapat jangkitan mata serius jika tidak mengamalkan rutin pembersihan dengan baik atau tidak mencuci tangan sebelum memakainya.

    Sekiranya mempunyai masalah astigmatisme tinggi, penglihatan anda mungkin menjadi kabur apabila lensa bergerak.

    Baca juga:

    Contact lens rabun jauh, cermin mata… atau kedua-duanya?

    Untuk menentukan sama ada pemakaian kanta lekap atau cermin mata lebih sesuai, hanya anda yang boleh membuat keputusan!

    Ia terpulang kepada pilihan peribadi masing-masing, kerana segelintir individu mungkin tidak mahu terikat dengan rutin pembersihan kanta lekap, maka mereka lebih rela memakai kaca mata.

    Manakala bagi yan g lain, mereka inginkan kebebasan terutamanya apabila bersenam atau bersukan, justeru lebih cenderung untuk memilih kanta lekap.

    Apa pun pilihan anda,dapatkanlah khidmat nasihat daripada pakar mata terlebih dahulu untuk mengetahui pilihan mana yang paling sesuai ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan