backup og meta

Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

Bagi setiap makhluk yang bernama lelaki, sperma berkualiti dan berkuantiti adalah perkara yang sangat penting.

Tanpanya, maka hasrat untuk mereka menambah zuriat keturunan mungkin akan terbantut dan terjejas teruk.

Pun begitu, inilah masalahnya kerana semakin ramai lelaki kini yang mengalami masalah sperma ekoran gaya hidup yang tidak sihat.

Kaum Adam tidak sepatutnya membiarkan perkara ini terus berlaku dengan meruncing dan sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera.

Salah satu daripada usaha yang boleh diikhtiarkan adalah dengan kerap melakukan senaman. Kenapa? Jom ikuti artikel!

Lelaki & masalah sperma

Setiap kali berbicara tentang hal ketidaksuburan, sudah pasti golongan wanita yang akan selalu dipersalahkan.

Tidak, ia bukanlah 100% salah mereka kerana anda sebagai lelaki juga memainkan peranan yang sangat penting.

Tanpa sperma berkualiti dan berkuantiti dari lelaki, mana mungkin pasangan anda mampu untuk hamil kandungan yang sihat dan kuat?

kualiti dan kuantiti sperma

Namun inilah keadaannya. Terdapat banyak masalah sperma yang dihadapi lelaki zaman sekarang seperti:

Oligozoospermia

Masalah kuantiti sperma dalam air mani yang sangat rendah lantas mengurangkan kemungkinan membuat pasangan mengandung.

Asthenozoospermia

Masalah mobiliti sperma yang akan menyebabkan hanya sekitar 50% dari sperma mampu bergerak secara aktif.

Teratozoospermia

Masalah morfologi sperma yang akan menyebabkan rupa dan bentuk sperma mengalami kecacatan yang abnormal.

Oligoasthenoteratozoospermia

Gabungan masalah kuantiti dan 2 lagi aspek kualiti sperma iaitu mobiliti dan morfologi sperma yang tidak normal.

Azoospermia

Ini adalah masalah sperma yang paling teruk dialami oleh lelaki ekoran tiada langsung terdapat sperma di dalam air mani yang dihasilkan.

Persoalannya, apa perlu dibuat oleh lelaki dengan kondisi-kondisi seperti yang kami nyatakan di atas ini?

Apa yang individu perlu lakukan?

Pertama sekali, kalian perlu ambil tahu tahap kesuburan diri masing-masing terlebih dahulu buat pasangan lelaki dan wanita.

Cara yang paling mudah untuk mengukurnya adalah dengan cuba untuk hamil dalam tempoh satu tahun.

Sekiranya ia gagal, maka ada kemungkinan bahawa anda atau pasangan mengalami masalah ketidaksuburan.

Selain itu, anda juga boleh terus berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesuburan kalian berdua.

Lakukan ujian air mani, ovulasi dan sebagainya dan dapatkan saranan doktor mengenai rawatan lanjutan yang anda dan pasangan boleh buat selepas itu.

ujian sperma

Ramai pakar yang akan mencadangkan pasangan tidak subur – sama ada lelaki, perempuan atau kedua-duanya sekali untuk menjalani prosedur in-vitro fertilisation (IVF).

Buat anda yang mungkin belum tahu, prosedur yang lebih dikenali sebagai bayi tabung uji ini adalah kaedah persenyawaan sperma dan telur terpilih di luar tubuh badan individu.

Pun begitu, kenapa perlu pilih IVF jika ada cara untuk mendapatkan sperma berkualiti dan berkuantiti?

Senaman adalah kunci sperma berkualiti dan berkuantiti?

Sebenarnya, sperma yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat. Bagaimana untuk mendapatkannya? Sudah tentu melalui gaya hidup yang sihat!

Tidak dapat dinafikan bahawa tabiat buruk seperti menghisap rokok, meminum alkohol serta diet tidak seimbang adalah musuh ketat kesuburan individu.

Bukan setakat itu sahaja, senaman juga adalah kunci sperma berkualiti dan berkuantiti.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Human Reproduction, aktiviti fizikal mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan lelaki.

“Senaman yang kerap mungkin mampu membantu meningkatkan parameter kualiti sperma dalam kalangan lelaki. Namun adalah agak sukar untuk menyatakan jenis dan tempoh senaman yang optimum untuk dilakukan”, jelas Dr. Yi Xin Wang dari Tongji Medical College of Huazhong di Wuhan, China.

senaman

Pun begitu, kajian tersebut memberi gambaran bahawa aktiviti fizikal seperti berlari atau berbasikal ternyata lebih bagus daripada aktiviti ringan seperti berjalan, berjoging atau melakukan kerja rumah.

Ini kerana aktiviti fizikal yang lasak dan kerap mampu menepati piawaian metabolic equivalent of task (MET) dalam masa seminggu – ia adalah sangat penting untuk sperma berkualiti dan berkuantiti.

Dalam erti kata yang lebih mudah, kajian ini menyimpulkan bahawa lebih tinggi kadar MET dalam masa seminggu, maka peluang untuk lelaki menjadi subur adalah lebih tinggi.

Jadi, bersenamlah sekerap, seaktif dan selasak yang mungkin bagi menepati piawaian ini dalam usaha mengatasi masalah sperma dan kesuburan lelaki ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/fertility/art-20047584
  2. https://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/male-infertility
  3. https://www.news-medical.net/health/Sperm-Production-Problems.aspx
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5675222/
  5. https://www.nhs.uk/news/lifestyle-and-exercise/moderate-exercise-better-for-sperm-than-high-intensity-exercise/
  6. academic.oup.com/humrep/article-abstract/34/12/2330/5681530?redirectedFrom=fulltext

Versi Terbaru

21/07/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

7 Sebab Orang Lelaki Kena Buat Ujian Kiraan Air Mani, Boleh Tahu Subur Ke Tidak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan