Ketidaksuburan adalah masalah yang dihadapi oleh ramai individu pada hari ini. Ujian kesuburan ialah cara terbaik untuk mengesahkan masalah kesuburan yang mungkin anda hadapi dan mencari jalan penyelesaiannya.
Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance
Ketidaksuburan adalah masalah yang dihadapi oleh ramai individu pada hari ini. Ujian kesuburan ialah cara terbaik untuk mengesahkan masalah kesuburan yang mungkin anda hadapi dan mencari jalan penyelesaiannya.
Biasanya, setiap pasangan akan berjumpa dengan pakar kesuburan apabila mereka dalam proses mencuba untuk hamil. Anda perlu mendapatkan ujian kesuburan jika salah seorang daripada anda mempunyai sejarah jangkitan genital atau penyakit keradangan pelvik atau ibu DES (ibu yang mengambil diethylstilbestrol, satu bentuk sintetik estrogen, semasa kehamilan). Jika anda ingin mencuba hamil dengan bantuan teknologi reproduktif, seperti pembenihan in-vitro (IVF) atau pemindahan intrafallopian gamet (GIFT), ini juga idea yang baik untuk anda menemui pakar kesuburan.
Pada kebanyakan masa, pesakit yang menjalani ujian kesuburan adalah wanita yang:
Bagi lelaki pula, ujian kesuburan dilakukan untuk mengetahui jika kiraan sperma rendah, kemotilan (pergerakan) sperma lemah, morfologi (struktur) lemah atau masalah testikel.
Pada pertemuan pertama, anda akan ditanya beberapa soalan mengenai latar belakang anda. Anda perlu menyediakan beberapa maklumat seperti berikut:
Gaya hidup pasangan juga akan ditanya untuk menentukan sama ada ia menjejaskan kesuburan mereka. Anda dan pasangan boleh berisiko tinggi menghadapi ketidaksuburan jika anda bekerja dalam persekitaran yang panas atau bekerja dalam keadaan duduk pada tempoh panjang. Salah satunya boleh menjejaskan kesuburan pasangan anda kerana memberikan pemanasan terlampau. Selain itu, bekerja dengan bahan kimia atau radiasi, merokok, minum alkohol dan mengambil dadah juga boleh menjejaskan kesuburan.
Selepas melihat kepada sejarah perubatan anda, doktor akan melakukan ujian untuk memeriksa masalah kesuburan. Wanita akan melalui ujian kesuburan yang lebih banyak, tetapi doktor akan menyarankan supaya kedua-dua pasangan menjalani ujian. Beberapa ujian yang akan anda jalani adalah:
Untuk lelaki
Untuk perempuan
Jika anda tertanya-tanya mengenai siapa yang tidak subur, perkara sebenarnya ialah kira-kira 1/3 adalah lelaki, 1/3 adalah perempuan dan 1/3 lagi tidak diketahui ataupun gabungan kesemuanya. Jadi, adalah lebih baik jika anda bersama-sama mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen