backup og meta

Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2022

    Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

    Penyakit Peyronie memang jarang didengari, namun ia masih merupakan salah satu penyakit berkaitan alat sulit lelaki yang sangat membimbangkan. Persoalannya, apakah penyakit Peyronie berbahaya? Apa pula penyebab Peyronie? Selain itu, apa yang boleh dilakukan untuk merawatnya?

    Untuk mengetahui jawapan sebenarnya, marilah kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit Peyronie, masalah ereksi zakar lelaki

    apakah penyakit peyronie berbahaya

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan penyakit berkaitan alat kemaluan lelaki ini terlebih dahulu.

    Apakah penyakit peyronie berbahaya? Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat kerosakan pada tisu zakar lantas menyebabkan ia bengkok dan sakit ketika mengalami ereksi.

    Sebenarnya, ketegangan zakar yang membengkok sama ada ke kiri, kanan, atas atau bawah tidak menjadi masalah. Namun rasa sakit inilah yang perlu diberi perhatian.

    Bukan sahaja ia akan mengakibatkan seks sukar untuk dilakukan malahan juga kaum Adam mungkin akan mengalami masalah memulakan dan mengekalkan ereksi zakar (mati pucuk).

    Kesannya adalah terhadap institusi rumah tangga penderita dan pasangan yang pasti akan terjejas dengan teruk.

    Apakah penyakit peyronie berbahaya?

    apakah penyakit peyronie berbahaya

    Apakah penyakit peyronie berbahaya? Jawapan kepada persoalan ini adalah ya, penyakit Peyronie ini sudah tentu berbahaya jika dialami oleh mana-mana kaum Adam.

    Seperti yang kami telah nyatakan di atas, komplikasi penyakit ini bukan sahaja akan membuat hubungan seks jadi lebih sukar malah sakit.

    Dalam pada itu, ada satu lagi komplikasi yang perlu diberi perhatian oleh penderita iaitu zakar boleh menjadi lebih pendek berbanding saiz biasa.

    Ini berlaku ekoran daripada kerosakan tisu pada zakar yang membuat saiz zakar menurun secara tiba-tiba sahaja.

    Selain membuat kamar tidur menjadi hambar, tahap keyakinan dan kebanggaan diri penderita juga akan merudum.

    Baca juga:

    Simptom penyakit ini yang wajar diperhatikan

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu apakah penyakit Peyronie ini adalah berbahaya, dan jawapannya adalah ya.

    Persoalan seterusnya pula adalah bagaimana untuk mengetahui jika kalian menghidapi penyakit ini? Sila perhatikan simptom-simptom berikut:

    Sekiranya salah satu daripada tanda ini wujud pada alat sulit anda sebagai lelaki, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi ya!

    Benarkah urutan boleh membantu merawatnya?

    apakah penyakit peyronie berbahaya

    Ya, urutan batin mungkin boleh membantu merawat penyakit Peyronie ini sekiranya ia dilakukan serentak dan bersama dengan kaedah rawatan yang lain.

    Seperti mana yang kita tahu, penyebab Peyronie adalah abnormaliti pada tisu zakar yang membuat ereksi menjadi bengkok dengan begitu ketara sekali.

    Kerosakan ini akan menjadikan alat sulit lelaki tidak lagi bersifat elastik seperti keadaan yang normal.

    Disebabkan itu, urutan batin bersama tukang urut profesional mungkin boleh membantu merawatnya.

    Rawat penyakit Peyronie sebelum terlambat!

    Berdasarkan 2 jenis kategori penyakit ini, adalah wajar untuk kalian tahu bahawa segala rawatan alternatif boleh dicuba ketika ia berada pada tahap akut dan bukan kronik.

    Ini bermakna penderita mungkin boleh cuba kaedah urutan batin ketika penyakit ini berada pada tahap akut.

    Ketika ini, segala rawatan alternatif masih boleh dicuba namun sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

    Sekiranya doktor memberi kebenaran untuk anda melakukannya, sila pastikan anda kekal berwaspada, dengan cara:

    • Pergi berurut dengan tukang urut profesional (jika mendapatkan khidmat individu ketiga)
    • Urut dengan perlahan dan tidak terlalu kasar
    • Urut dengan tatacara yang diajar oleh doktor
    • Guna pelincir ketika urutan dijalankan
    • Segera berhenti jika kesakitan atau ketidakselesaan mulai timbul

    Adakah terdapat kaedah rawatan yang lain selain urutan?

    zakar bengkok

    Ya, ada dan ia bukannya berupa prosedur pembedahan sahaja.

    Untuk pengetahuan anda, penyakit ini sebenarnya mungkin boleh dirawat dengan menggunakan terapi gelombang kejutan (shockwave).

    Ia adalah sejenis rawatan yang tidak akan mengambil masa yang lama serta mungkin tidak mendatangkan rasa sakit untuk dicuba.

    Ini kerana kaedah ini tidak memerlukan pembedahan, jarum atau ubatan untuk dilakukan, sebaliknya hanya menggunakan gelombang kejutan untuk memecahkan parut pada zakar.

    Pun begitu, adalah wajar untuk kalian bertanya pendapat doktor terlebih dahulu untuk mengetahui penyebab Peyronie. Apakah penyakit peyronie berbahaya? Jawapannya ya jika sudah terlambat, maka tiada pilihan lain dan kaedah pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan