Rasanya, semua lelaki pernah terfikir dan tertanya sama ada memang benar telur lelaki besar sebelah bukan? Ia merupakan satu persoalan tentang telur lelaki normal yang amat mengelirukan!
Rasanya, semua lelaki pernah terfikir dan tertanya sama ada memang benar telur lelaki besar sebelah bukan? Ia merupakan satu persoalan tentang telur lelaki normal yang amat mengelirukan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Testis, testikal, buah zakar atau telur lelaki adalah perkara yang serupa. Ia adalah sejenis organ berbentuk oval yang berada di dalam karung kulit (skrotum) dan bertempat di bawah zakar.
Termasuk di dalam kategori alat kelamin, alat sulit atau kemaluan lelaki, testis merupakan organ utama dalam sistem reproduktif lelaki yang tidak mungkin dimiliki oleh kaum wanita.
Fungsi utama testis adalah untuk memproduksi dan menyimpan sperma sehingga ia matang sebelum dikeluarkan.
Dalam pada itu, organ ini turut penting dalam proses penghasilan hormon lelaki terutama testosteron dan androgen yang sangat mustahak untuk fitur fizikal serta mental kaum Adam.

Persoalannya, bagaimana untuk tahu telur lelaki normal itu bagaimana? Benarkah seperti orang kata bahawa ia biasa besar sebelah? Bertenang, kami ada jawapan untuk soalan anda itu!
Untuk pengetahuan anda semua, telur lelaki normal itu memang hampir serupa atau seiras dengan telur haiwan!
Ini kerana ia mempunyai bentuk yang separa bulat dan separa lonjong dengan saiz purata sekitar 4 x 3 x 2 sentimeter (cm), di mana sedikit kecil berbanding telur haiwan seperti ayam.
Tergantung di dalam skrotum di bawah batang zakar, ia boleh bergerak bebas di dalam karung kulit tersebut namun terlekat bersama tali spermatik yang mengubungkan pelvis ke abdomen.
Disebabkan itu juga, kedudukan testis tidak akan tetap kerana ia boleh berada di atas, tengah atau bawah skrotum. Ini adalah akibat pergerakan testikal gara-gara faktor-faktor yang tertentu.
Kesannya, anda mungkin perasan testis akan sedikit besar sama ada di sebelah kiri atau kanan. Adakah ia normal?

Sekarang kita sudah tahu tentang bentuk dan saiz normal telur lelaki. Namun, adakah ia tidak sama kiri dan kanan?
Buat anda yang mungkin belum tahu, majoriti lelaki mempunyai 2 buah testis dengan kedua-duanya itu menjalankan fungsi bagi memproduksi dan menyimpan sperma sehingga ia matang.
Sekiranya testikal sebelah kiri lebih besar berbanding sebelah kanan atau sebaliknya, anda tidak perlu risau kerana ia normal dan tidak bakal menjejaskan sebarang fungsi-fungsi organ ini.
Ada kajian menyatakan bahawa persoalan testis besar sebelah ini berkaitan dengan penghasilan hormon testosteron di dalam telur lelaki yang lebih tinggi berbanding di sebelah satu lagi.
Pun begitu, perbezaan yang terlalu ketara di antara kedua-dua belah testis juga mungkin petanda penyakit yang jarang terjadi termasuk sindrom Klinefelter atau pelbagai keadaan kesihatan lain.
Dalam erti kata mudah, testis lelaki normal itu mungkin akan besar sebelah tanpa anda perlu risau dengan kondisinya kerana ia adalah sesuatu perkara yang normal bagi individu dewasa.
Jangan lihat pada bentuk dan saiz sahaja, beberapa perkara abnormal berikut perlu diperhatikan pada testis anda:
Simptom di atas ini mungkin menunjukkan bahawa ada kecederaan, kerengsaan, keradangan atau masalah kesihatan tertentu terjadi kepada testikal atau juga kawasan yang terdekat dengannya.
Selain daripada kanser testis, turut wujud kondisi berbahaya lain yang memerlukan perhatian perubatan. Jadi, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor jika ada sesuatu yang tidak kena.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor