backup og meta

Telur Kendur Jejas Prestasi & Maruah Kaum Lelaki, Apa Punca Masalah Ini Terjadi?

Pesan orang lama, “jangan mundur selagi belum kendur”. Namun, masalah ini sering terjadi termasuk kepada mereka yang masih muda. Persoalanya, kenapa telur lelaki kendur? Jom baca artikel!

Telur Kendur Jejas Prestasi & Maruah Kaum Lelaki, Apa Punca Masalah Ini Terjadi?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Bagaimana saiz dan bentuk yang normal?

Seperti ramai sedia maklum, testis, testikal atau telur adalah organ reproduktif lelaki dengan fungsi memproduksi dan menyimpan sperma selain mengawal hormon testosteron serta androgen.

Kebiasaannya, lelaki normal akan mempunyai 2 buah organ yang bersaiz kecil, berbentuk bujur dan bergerak di dalam skrotum ini namun ada juga lelaki yang memiliki hanya 1 buah telur sahaja.

Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi karakteristik testis lelaki antaranya tahap penghasilan hormon, kelainan atau kecacatan genetik serta pelbagai keadaan kesihatan tertentu.

Pun begitu, saiz, bentuk dan kuantiti testikal mungkin tidak akan mempengaruhi fungsi-fungsi organ ini lantas boleh membenarkan lelaki untuk meneruskan kehidupan seperti biasa sahaja.

Apa yang mungkin membimbangkan adalah telur lelaki kendur. Persoalannya, adakah ia satu perkara yang bahaya?

Kenapa telur lelaki kendur, adakah kerana usia?

telur lelaki kendur

Kadangkala, ada kaum Adam yang berhadapan dengan masalah testis kendur di usia muda tanpa tahu puncanya.

Ramai yang mungkin beranggapan bahawa ini adalah faktor usia. Ia logik kerana skrotum yang menempatkan testis mungkin akan hilang atau kurang sifat elastik seperti dahulu kala.

Menurut kajian terbitan jurnal Skin Research and Technology pada tahun 2014 terhadap 300 orang lelaki dan wanita, dipercayai memang benar keanjalan kulit akan menurun lalu memburuk seiring perjalanan usia.

Selain kesan daripada graviti bumi, kekenduran ini berpunca daripada kolagen di dalam kulit yang semakin menghilang sekali gus mengakibatkan segenap struktur kulit termasuk skrotum testikal mula mengendur.

Bagaimana pula jika ia berlaku di usia muda? Adakah ini bermaksud tahap kolagen anda berada di paras rendah?

Sebenarnya, ia mungkin hanya salah satu daripada punca masalah ini terjadi. Dalam pada itu, ia juga hanya berlaku di luar kulit skrotum tanpa ada kesan buruk pada organ testikal.

Kenapa telur lelaki kendur, adakah ia bahaya?

telur lelaki kendur

Untuk pengetahuan anda semua, masalah kekenduran testis juga adalah angkara kondisi varicocele di mana saluran darah pada testikal lelaki mula membengkak dan membesar.

Menurut kajian terbitan Asian Journal of Andrology pada tahun 2015, kondisi ini berlaku kepada hampir 15 peratus populasi lelaki di Amerika Syarikat yang boleh membawa kemandulan.

Selain akan menjejaskan kesuburan, ia turut boleh menyebabkan telur lelaki kendur. Sebenarnya, ia merupakan kesan daripada kebengkakan pada testikal akibat kondisi di atas.

Sekiranya kondisi ini berlaku, ia boleh membawa bahaya kerana bukan hanya menyebabkan ketidaksuburan malah menjejaskan kemampuan dan kemahuan seksual lelaki atau mati pucuk.

Maka, jangan memandang rendah jika telur anda mula mengendur kerana ia mungkin tanda masalah yang besar!

Suhu turut boleh mempengaruhi testis?

Perasankah anda jika ada ketika testis anda seperti sedang naik ke atas dan turun ke bawah akibat perubahan cuaca?

Ini adalah kesan daripada suhu yang dialami di dalam alat sulit anda. Jika suhu sedang sejuk, ada kemungkinan untuk skrotum menaik atau menguncup ke atas lalu sedikit mengeras.

Berbeza pula apabila berada di dalam suhu yang panas. Ia boleh menciptakan satu keadaan di mana telur lelaki kendur akibat skrotum yang menurun atau membesar ke arah bawah.

Namun, perubahan ini hanya seketika dan tidak kekal seperti 2 punca di atas tadi. Jadi, jangan risau jika ini berlaku!

Jaga kesihatan alat kemaluan anda dengan baik!

telur lelaki kendur

Dalam erti kata mudah, kekenduran pada skrotum mungkin boleh disebabkan oleh faktor usia atau keadaan kesihatan seperti varicocele dan macam-macam faktor risiko yang lain.

Jangan lihat pada bentuk dan saiz sahaja, beberapa perkara abnormal berikut perlu diperhatikan pada testis anda:

Gejala di atas ini mungkin menunjukkan bahawa ada kecederaan, kerengsaan, keradangan atau masalah kesihatan tertentu terjadi kepada testikal atau juga kawasan yang terdekat dengannya.

Selain daripada kanser testis, wujud kondisi berbahaya lain yang memerlukan perhatian perubatan. Maka, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor anda jika ada sesuatu yang tidak kena.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Testicles, https://my.clevelandclinic.org/health/body/23964-testicles, Accessed Jul 26 2023.
  2. Overview of the Male Anatomy, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/overview-of-the-male-anatomy, Accessed Jul 26 2023.
  3. Are my penis and testicles normal?, https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/puberty/are-my-penis-and-testicles-normal, Accessed Jul 26 2023.
  4. What should my testicles look and feel like?, https://www.nhs.uk/common-health-questions/mens-health/what-should-my-testicles-look-and-feel-like/, Accessed Jul 26 2023.
  5. What your testicles should feel like and how to check if they’re healthy, https://www.healthymale.org.au/news/what-your-testicles-should-feel-like, Accessed Jul 26 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenapa Lelaki Perlu Ereksi Di Waktu Pagi? Normal Ke Kalau Zakar Tak 'Bangun' Masa Ini?

Alamak, Betul Ke Kerap Beronani Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14 minit lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan