home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Umur Mempengaruhi Kesuburan Lelaki?

Adakah Umur Mempengaruhi Kesuburan Lelaki?

Kita sering diberitahu bahawa umur adalah faktor penting yang mempengaruhi kesuburan seseorang wanita. Wanita yang berusia adalah lebih sukar untuk hamil kerana semakin meningkat usia seseorang wanita itu, semakin menurun kadar kesuburannya. Namun, bagaimana pula keadaannya dengan golongan lelaki? Anda mungkin akan terkejut jika mengetahui kebenaran tentang kaitan umur dengan kesuburan lelaki.

Jam biologi lelaki

Bukan wanita sahaja yang mempunyai jam biologi, tetapi lelaki juga ada! Jika kadar kesuburan wanita akan menurun selepas usia mereka 35 tahun, golongan lelaki pula adalah pada usia sekitar 40 tahun. Jadi, adalah perlu jika usia bapa turut diambil kira dalam menjadi faktor untuk merancang kehamilan.

Pakar mengatakan bahawa organ pembiakan lelaki tidak terlepas daripada kerosakan masa. Terdapat perubahan jelas yang berlaku kepada tubuh lelaki yang semakin meningkat umur. Sama seperti wanita, lelaki yang semakin meningkat usia akan mengalami perubahan seperti tahap testosteron, estrogen dan DHEA lebih rendah, serta peningkatan tahap FSH dan LH, yang menjadikan kegagalan reproduktif.

Punca kesuburan lelaki menurun

Walaupun banyak lelaki berusia mampu menghamilkan pasangan mereka, namun kita tidak boleh menolak bahawa peluang tersebut akan menjadi lebih sukar selepas usia lelaki 40 tahun. Antara penyebabnya termasuklah:

  • Kualiti sperma cenderung untuk menurun apabila usia meningkat. Meskipun anda mampu menghasilkan bilangan sperma yang sama seperti semasa usia anda 20-an atau 30-an, namun dari segi morfologi (bentuk) dan motiliti (pergerakan) sperma akan merosot apabila anda sudah semakin tua. Jadi, kesannya, sperma anda akan sukar untuk bersenyawa dengan telur.
  • Tahap testosteron akan berkurangan pada usia 40-an. Ini akan membuatkan anda sukar untuk melakukan hubungan seks biasa.
  • Penyakit yang biasa melanda lelaki berusia juga boleh mengurangkan kesuburan. Malahan, ubat-ubatan tertentu yang diberikan untuk merawat penyakit juga boleh mempengaruhi kesuburan lelaki.

Peluang konsepsi mengikut usia lelaki

Lelaki yang semakin berusia akan mengambil masa yang lebih lama untuk membolehkan pasangannya hamil. Bagaimanapun, ini juga bergantung kepada umur wanita tersebut. Secara amnya, peluang konsepsi yang mengambil masa lebih daripada setahun, adalah:

  • Kira-kira 8 peratus jika usia lelaki di bawah 25 tahun
  • Kira-kira 9 peratus jika usia lelaki 25 hingga 29 tahun
  • Kira-kira 12 peratus jika usia lelaki 30 hingga 34 tahun
  • Kira-kira 17 peratus jika usia lelaki 35 hingga 39 tahun
  • Kira-kira 19 peratus jika usia lelaki melebihi 40 tahun

Bagaimana untuk memelihara kesuburan lelaki yang berusia?

Terdapat beberapa cara untuk anda memelihara kesuburan, antaranya:

  • Makan makanan yang sihat.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan berhenti merokok dan tidak mengambil alkohol serta dadah.
  • Pelihara zakar anda dengan mengelakkan daripada meletakkan komputer riba pada celah paha atau elak duduk di bilik yang panas untuk tempoh yang lama.
  • Kurangkan tekanan.

Umur lelaki turut memainkan peranan dalam perancangan keluarga sesebuah pasangan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna lelaki berusia tidak boleh mempunyai anak sendiri. Sebaliknya, ia bermakna bahawa umur yang semakin meningkat akan menyukarkan anda untuk bergelar bapa. Baik lelaki ataupun wanita, kedua-duanya mempunyai jam biologi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Fertility and the Aging Male. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3253726/ Accessed February 12, 2019

Dads-to-be: how your age can affect your fertility and your baby’s health. https://www.babycentre.co.uk/a564598/dads-to-be-how-your-age-can-affect-your-fertility-and-your-babys-health Accessed February 12, 2019

Men May Have Biological Clocks, Too. https://www.webmd.com/men/features/guys-biological-clock#1 Accessed February 12, 2019

 

 

Does Age Affect Male Fertility?

 

https://www.verywellfamily.com/does-age-affect-male-fertility-1959934

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 16/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor
x