Disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk merupakan kondisi perubatan bagi lelaki yang mengalami masalah untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.
Walaupun ia boleh menimpa mana-mana lelaki atas pelbagai faktor, namun mati pucuk juga boleh menjadi indikasi kepada masalah kesihatan yang tidak disedari. Jadi, apakah antara cara merawat mati pucuk?
Sebelum kita lanjut ke opsyen rawatan yang boleh kaum Adam cuba, perlu kalian tahu bahawa penderita mati pucuk juga boleh memiliki masalah kesihatan berkaitan, termasuk kegelisahan dan depresi.
Jadi, mati pucuk bukanlah 1 kondisi yang boleh diabaikan!
Namun jangan risau, kewujudan pil-pil ED di pasaran ternyata boleh menjadi antara cara merawat mati pucuk yang berkesan!
Cara merawat mati pucuk guna PDE5 inhibitors
Ubat mati pucuk yang paling kerap disyorkan digelar sebagai PDE5 inhibitors (PDE5). Ada beberapa jenis PDE5 di pasaran, antaranya merangkumi:
- Sildenafil (Viagra)
- Tadalafil (Cialis)
Pil ini berfungsi melindungi enzim tertentu, disebut sebagai cyclic guanosine monophosphate (cGMP).
Enzim ini bantu memerangkap darah di tisu zakar semasa rangsangan seksual, untuk memicu ereksi.
Apabila berlaku rangsangan seksual atau stimulasi, pil ED akan dapat membantu dengan membuatkan ereksi anda bertahan lebih lama dan kuat!
Sekarang, mari kita lihat cara merawat mati pucuk melalui opsyen pil yang boleh diperolehi di laman sesawang andSons.
Ubat pil yang boleh penderita mati pucuk cuba!
#1 Generik Sildenafil: IQNYDE
Untuk makluman, IQNYDE adalah versi generik bagi pil mati pucuk berjenama Viagra.
Bahan aktif yang terkandung di dalam pil ini, sildenafil, telah diiktiraf sebagai rawatan mati pucuk di seluruh dunia!
Ia telah terbukti membantu golongan lelaki mencapai ereksi dengan lebih mudah, lebih keras dan yang paling penting, boleh tahan lebih lama!
Sildenafil berfungsi dengan mengendurkan saluran darah dan tingkatkan aliran ke zakar.
Lebih menarik, versi generik yang ditawarkan ini mempunyai fungsi dan kesan yang sama seakan sildenafil Viagra, dengan harga yang lebih murah serta tidak mengeringkan poket anda!
#2 Sildenafil berjenama: Viagra
Ubat ED sildenafil yang cukup dikenali di seantero dunia, Viagra, telahpun membantu berjuta-juta penderita mati pucuk sejak ia diluluskan 20 tahun lalu!
Viagra juga telah terbukti membantu kaum Adam mendapat ereksi dengan lebih mudah, keras dan lebih lama, dengan mengendurkan saluran darah dan tingkatkan aliran ke zakar.
#3 Generik Tadalafil: Talis
Talis, boleh dikatakan ‘kembar’ kepada Cialis (Tadalafil sebagai bahan aktif), dalam versi generik. Satu-satunya perbezaan adalah jenama dan harganya.
Tadalafil, digunakan untuk merawat mati pucuk yang tergolong dalam kumpulan ubat-ubatan PDE5 inhibitors (PDE5).
Cara merawat mati pucuk ubat ini sama fungsinya dengan pil-pil ED lain, menghasilkan ereksi dengan mengendurkan saluran darah dan lantas memungkinkan alirannya ke zakar.
#4 Tadalafil berjenama: Cialis
Cialis, merupakan versi tadalafil berjenama. Ia mempunyai fungsi yang sama, iaitu untuk membantu anda mencapai dan mengekalkan ereksi.
Selain itu, Cialis juga telah terbukti sama efektif seperti Viagra yang dapat menimbulkan ereksi dalam kalangan penderita mati pucuk.
Bukan itu sahaja, pil ini berupaya untuk bertahan di dalam badan lebih lama berbanding ubat-ubatan lain dan berkesan sehingga 36 jam selepas digunakan!
Namun, sila berwaspada! Cialis 20mg bertujuan untuk digunakan setengah jam sebelum ‘bersama’, bukan untuk kegunaan harian yang berterusan.
Oleh itu, jika anda lebih menggemari pengambilan pil secara harian, anda boleh memilih Cialis 5mg!
Jika ragu-ragu, dapatkan khidmat doktor untuk membuat pilihan yang paling sesuai buat anda.
#5 Dapoxetine berjenama: Priligy
Priligy adalah versi Dapoxetine berjenama, yang dikenali sebagai short-acting selective serotonin re-uptake inhibitor, dengan fungsi meningkatkan aktiviti serotonin dalam sistem saraf.
Apa itu serotonin?
Serotonin adalah neurotransmitter yang terlibat dalam menyampaikan mesej antara sel saraf dan paling jelas kaitannya dengan ejakulasi.
Pil ini telah dicipta sebagai cara merawat mati pucuk dalam bentuk oral preskripsi dan hanya diambil apabila perlu untuk masalah ejakulasi pramatang (PE).
Ia berkesan membantu lelaki mengawal orgasme dan menikmati seks dengan lebih lama!
Suka kami ingatkan, walaupun ubat-ubatan ED dapat bantu mengatasi kondisi ini, perubahan gaya hidup dan pengamalan diet yang sihat juga perlu sama dipraktikkan!