backup og meta

Jambang Tebal Sebab Kerap Bercukur? Ini 5 Punca Ada Lelaki Berjambang & Tiada Bulu Muka!

Jambang Tebal Sebab Kerap Bercukur? Ini 5 Punca Ada Lelaki Berjambang & Tiada Bulu Muka!

Pernahkah anda melihat lelaki yang kelihatan agak ‘subur’ dengan jambang pada mukanya? Agak-agak anda, mengapa ada jenis jambang lelaki dan janggut seperti ini dan ada juga yang langsung tidak mempunyai bulu pada muka? Bagi mengetahui faktor yang mempengaruhi pertumbuhan misai dan janggut pada wajah orang lelaki, anda boleh baca apa yang kami terangkan di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan jambang dan janggut

Anda rasa, mereka yang berjambang atau berjanggut tebal ini memakai produk tertentu sehingga boleh melebatkan bulu pada wajah mereka? Jawapannya tidak sama sekali.

Ada 5 sebab atau faktor utama yang boleh mempengaruhi pertumbuhan bulu pada muka seperti misai dan janggut pada wajah seorang lelaki.

Berikut adalah faktor-faktor tersebut:

#1. Faktor genetik

misai dan janggut

Ketebalan janggut dan jambang biasanya amat dipengaruhi oleh faktor genetik keluarga anda sendiri.

Jika bapa dan datuk anda mempunyai janggut yang tebal, besar kemungkinan anda juga akan mempunyai ciri janggut dan jambang yang sama dengan mereka. 

#2. Alopecia areata

Alopecia areata merupakan satu keadaan autoimun di mana tubuh badan menyerang folikel-folikel rambut.

Ia boleh menyebabkan rambut di kepala dan juga janggut anda gugur secara bertompok-tompok.

Jika anda mengalami keadaan ini, ia boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut, misai dan janggut.

Setakat ini, alopecia areata tidak mempunyai penawar.

Tetapi doktor akan mengesyorkan beberapa pilihan rawatan yang boleh membantu mengawal keadaan tersebut.

#3. Faktor umur

misai dan janggut

Faktor umur juga merupakan antara punca utama yang menentukan jumlah kemunculan bulu pada muka seorang lelaki.

Bagi remaja atau mereka yang berumur 20-an, jambang atau bulu seperti misai lelaki akan tumbuh secara perlahan-lahan pada wajah.

Ia juga akan menebal sehinggalah anda memasuki usia 30-an.

Selepas berumur 30 tahun ke atas, pertumbuhan bulu pada muka akan mulai perlahan.

#4. Etnik 

Latar belakang etnik turut memainkan peranan dalam pertumbuhan misai dan janggut orang lelaki.

Sebagai contoh, penduduk yang berasal dari negara-negara Mediterranean seperti Turki cenderung untuk mempunyai janggut dan jambang yang tebal berbanding etnik lain.

Ada juga kajian menyatakan bahawa lelaki Cina mempunyai pertumbuhan bulu muka yang lebih sedikit berbanding lelaki Eropah.

#5. Tahap testosteron yang rendah

Selain itu, dalam sesetengah kes, tahap testosteron yang rendah juga mungkin menjadi punca pertumbuhan jenis jambang lelaki yang sedikit.

misai dan janggut

Individu yang mempunyai tahap testosteron yang sangat rendah hampir tidak mempunyai bulu muka mereka. 

Kebanyakan produk atau formula menumbuhkan jambang yang anda jumpa di pasaran sebenarnya tidak terbukti keberkesanannya secara saintifik.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang keadaan kesihatan yang menghalang pertumbuhan bulu pada muka, anda masih boleh melebatkannya dengan cara menukarkan gaya hidup anda.

Cara melebatkan misai dan janggut

Antara perkara yang boleh anda buat ialah:
  • Makan diet yang sihat dan seimbang
  • Tunggu dengan sabar sehingga umur mencapai 30-an
  • Kurangkan stres yang dialami
  • Dapatkan tidur yang cukup setiap hari 
  • Berhenti merokok dengan segera

Cukur boleh lebatkan misai dan janggut?

Anda pasti pernah mendengar dakwaan yang menyatakan, cukur misai atau janggut boleh menyebabkan ia tumbuh lebih banyak dan tebal.

Sebenarnya, rutin mencukur bulu langsung tidak mempengaruhi akar bulu yang berada di bawah lapisan kulit, sekali gus tidak menyebabkan bulu tumbuh dengan lebat.

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka yang berbulu lebat mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi berbanding mereka dengan jambang yang agak nipis.

Walaupun tahap testosteron memainkan peranan dalam pertumbuhan bulu muka, testosteron yang rendah amat jarang menjadi punca pertumbuhan bulu muka yang nipis. 

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa, faktor genetik merupakan faktor utama yang menentukan ketebalan janggut dan jambang anda.

Anda tidak boleh mengubah genetik yang ada, tetapi anda masih boleh menukar gaya hidup seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi meningkatkan pertumbuhan bulu muka.

Jika anda masih belum berusia 30 tahun, potensi untuk jambang tumbuh dengan lebat pada muka adalah masih tinggi.

Jadi, bersabarlah dan tunggu ia tumbuh dan berkembang secara semula jadi. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Can’t Grow a Full Beard? There’s an Explanation for That. https://health.clevelandclinic.org/cant-grow-a-full-beard-theres-an-explanation-for-that/. Accessed on October 28, 2022. 

Does shaving unwanted body hair makes it grow back thicker and darker?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/hair-removal/faq-20058427. Accessed on October 28, 2022.

Keeping Your Pandemic Beard? Solve Skin Problems Caused by Your Facial Hair. https://www.yalemedicine.org/news/beard-mustache-skin-problems. Accessed on October 28, 2022.

Are Beards Good or Bad For Men’s Health? https://healthcare.utah.edu/healthfeed/postings/2015/04/042215_cvarticle-beard-health.php. Accessed on October 28, 2022.

10 Benefits of Beard Most People Don’t Know. https://www.lifehack.org/299301/its-not-just-cooler-but-also-healthier-10-reasons-why-men-should-grow-beards. Accessed on October 28, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ternyata Kaum Hawa Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berjambang! Ini Alasan Saintifiknya

Tampil Berjambang Atau 'Babyface', Benarkah Kaum Lelaki Lebih Sihat Jika Bela Bulu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan