backup og meta

Bengkak di Skrotum

Definisi

Apa itu Bengkak di Skrotum?

Kebengkakan Skrotal adalah disebabkan kantung skrotal menjadi besar. Ia  boleh berlaku akibat kecederaan atau keadaan kesihatan. Ia mungkin disebabkan oleh pengumpulan cecair, keradangan, atau pertumbuhan yang tidak normal dalam skrotum. Skrotum adalah kantung yang mengelilingi buah zakar. Ia adalah tempat di mana penghasilan, penyimpanan dan penghantaran sperma dan hormon seks lelaki.

Apakah kebarangkalian Bengkak di Skrotum?

Kebengkakan skrotal boleh berlaku pada mana-mana umur. Anda boleh meminimumkan kemungkinan mengalami hernia dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bengkak di Skrotum?

Sebagai tambahan kepada pembesaran kantung skrotal yang kelihatan, anda mungkin mengalami simptom tambahan. Simptom-simptom yang anda alami bergantung kepada punca pembengkakan. Simptom-simptom umum yang mungkin dialami di samping pembengkakan skrotal termasuklah benjolan di dalam testis dan kesakitan pada buah zakar atau skrotum.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika:

  • Anda mendapati pembengkakan skrotal yang tidak dapat dijelaskan.
  • Bengkak yang menyakitkan.
  • Anda mempunyai ketulan testis.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Bengkak di Skrotum?

Kebengkakan skrotal boleh berlaku kerana banyak sebab. Punca bengkak skrotal mungkin termasuk:

  • Kecederaan
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Kanser testis
  • Kilasan testis
  • Epididymitis
  • Hernia
  • Orchitis
  • Varicocele
  • Pembedahan di kawasan kelamin

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bengkak di Skrotum?

Faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda terhadap  bengkak skrotal:

  • Rasa jangkitan seksual yang disebarkan;
  • Mempunyai seks yang tidak selamat
  • Mempunyai hernia inguinal;
  • Mempunyai orchitis.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Bengkak di Skrotum didiagnosis?

Doktor anda akan melakukan diagnosis melalui pengumpulan maklumat mengenai simptom dan pemeriksaan fizikal scrotum anda. Doktor juga boleh menjalankan ultrasound pada skrotum untuk mengesan keabnormalan.

Bagaimana pesakit Bengkak di Skrotum dirawat?

Pilihan rawatan untuk kebengkakan skrotal bergantung kepada puncanya. Jika jangkitan menyebabkan bengkak, doktor anda akan memberikan antibiotik untuk melawan jangkitan. Jika ini tidak mencukupi untuk melegakan keradangan, doktor anda juga boleh memberikan ubat anti-keradangan.

Ubat-ubatan yang sesuai akan diberikan untuk melegakan simptom dan pembengkakan yang berkaitan dengan penyakit lain. Walau bagaimanapun, pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan keadaan jika puncanya adalah varicocele, hernia, atau hidrokokel.

Kanser testis mempunyai beberapa pilihan rawatan. Pilihan yang ditawarkan kepada anda bergantung pada tahap kanser, sama ada seperti penyebaran, dan berapa lama ia tidak dapat dikesan. Pilihan rawatan biasanya terdiri daripada kemoterapi, terapi radiasi dan pembedahan (digunakan untuk membuang tisu kanser dan tumor kanser dari kantung skrotal).

Rawatan di rumah: Selain menerima rawatan dari doktor anda, rawatan di rumah mungkin disyorkan, termasuk:

  • menggunakan ais pada skrotum untuk melegakan bengkak: kaedah rawatan ini biasanya digunakan dalam 24 jam pertama bengkak kelihatan.
  • mengambil ubat tahan sakit di kedai; tetapi beritahu doktor anda dengan segera jika sakit menjadi semakin teruk
  • menggunakan mandi sitz (mandi cetek) untuk mengurangkan bengkak
  • mengelakkan aktiviti berat

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bengkak di Skrotum?

Gaya hidup dan rawatan di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi bengkak skrotal:

  • memakai alatan sokongan sukan semasa bermain sukan berbahaya
  • mengekalkan seks yang sihat dan selamat
  • menggunakan ais di atas skrotum untuk melegakan bengkak
  • menggunakan mandi sitz (mandi cetek) untuk mengurangkan bengkak
  • mengelakkan aktiviti berat

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Porter, R. S., Kaplan, J. L., Homeier, B. P., & Albert, R. K. (2009). The Merck manual home health handbook. Whitehouse Station, NJ, Merck Research Laboratories. Print edition. Page 1472.
Scrotal Swelling. http://www.healthline.com/symptom/swelling-of-scrotum. Accessed October 6, 2015.
Scrotal Swelling. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003161.htm. Accessed October 6, 2015.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Naveen Rajeev

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Hendak mengurut? Ini 5 Jenis Urut Lelaki Yang Confirm Berkesan!

Tanda Jangkitan HIV Lelaki Pada Seluruh Tubuh Badan, Bukan Alat Sulit Sahaja!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Naveen Rajeev · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan