brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Tak Sangka Sakit Belakang Pun Boleh Jadi Tanda Awal Kanser Prostat!

Tanda kanser prostat merujuk kepada gejala atau perubahan tertentu pada tubuh lelaki yang mungkin menunjukkan kewujudan kanser pada kelenjar prostat, yang terletak di bawah pundi kencing. 

Tak Sangka Sakit Belakang Pun Boleh Jadi Tanda Awal Kanser Prostat!

Antara masalah yang sering berlaku ialah gangguan kencing, sakit di bahagian bawah badan atau darah dalam air kencing. 

Namun, ramai lelaki tidak menyedari bahawa simptom ini mungkin berpunca daripada kanser prostat yang boleh menjadi serius jika tidak dikesan awal.

Oleh kerana simptomnya kadang-kala tidak jelas dan boleh dikelirukan dengan masalah kesihatan lain, artikel ini akan menghuraikan apakah tanda tanda kanser prostat yang unik tetapi sering diabaikan oleh lelaki.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, klik di sini.

Tanda kanser prostat: Gangguan ketika membuang air kecil

tanda kanser prostat
Apa yang dimaksudkan dengan kanser prostat.

Apakah tanda tanda prostate cancer yang paling awal? Selalunya ia berkait rapat dengan perubahan semasa kencing. 

Oleh kerana kelenjar prostat mengelilingi saluran uretra, sebarang pertumbuhan abnormal boleh memberi tekanan pada saluran tersebut.

Antara simptom kanser prostat berkaitan masalah kencing termasuk:

  • Sukar untuk mula kencing walaupun terasa ingin kencing
  • Aliran air kencing menjadi perlahan atau terputus-putus
  • Kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  • Rasa tidak puas kencing walaupun baru ke tandas
  • Sakit atau rasa terbakar semasa membuang air kecil

Lelaki sering anggap ini sebagai simptom biasa akibat faktor usia, namun ia patut diperiksa oleh doktor untuk pengesahan lanjut.

Sakit pada bahagian tertentu badan

Selain kencing, tanda prostate cancer juga boleh melibatkan rasa sakit yang tidak dijangka di kawasan tertentu seperti:

  • Bahagian belakang bawah
  • Pinggul atau pelvis
  • Bahagian paha atas

Sakit ini berlaku apabila kanser mula merebak ke tulang atau menghimpit saraf berdekatan. Jangan abaikan jika sakit ini berlaku secara konsisten tanpa sebab jelas.

Darah dalam air kencing atau air mani

tanda kanser prostat
Kerap kencing waktu malam antara tanda awal kanser prostat.

Satu lagi simptom kanser prostat yang jarang diambil serius ialah kehadiran darah dalam air kencing (hematuria) atau air mani (hematospermia). 

Ini merupakan tanda jelas bahawa saluran pembiakan atau saluran kencing telah terjejas.

Jika anda perasan perubahan warna air kencing atau air mani, segera lakukan pemeriksaan lanjut kerana ia mungkin petanda kanser yang sedang berkembang.

Tanda kanser prostat: Masalah fungsi seksual

tanda kanser prostat
Gangguan pada pundi kencing lelaki.

Kanser prostat juga boleh memberi kesan kepada fungsi seksual lelaki. Ini termasuk:

Masalah ini sering dianggap berkait dengan tekanan atau usia, namun ia boleh menjadi petanda penting kepada tanda prostate cancer.

Keletihan dan penurunan berat badan tanpa sebab

Jika anda berasa letih secara berterusan walaupun cukup tidur, atau kehilangan berat badan tanpa sebarang perubahan pada diet atau aktiviti fizikal, ini mungkin tanda badan sedang melawan penyakit dalaman seperti kanser prostat.

Kedua-dua gejala ini boleh berlaku apabila kanser telah mencapai tahap yang lebih serius dan menjejaskan sistem badan secara keseluruhan.

Kesimpulan

Tanda kanser prostat boleh muncul dalam pelbagai bentuk, termasuk perubahan semasa membuang air kecil, sakit di kawasan tertentu, kehadiran darah dalam air kencing, dan gangguan fungsi seksual. 

Walaupun ada antara simptom ini kelihatan seperti masalah biasa, lelaki tidak seharusnya mengambil ringan atau menangguhkan pemeriksaan. 

Lebih awal ia dikesan, lebih tinggi peluang rawatan berjaya. Sayangi diri anda dan jangan tunggu sehingga terlambat.
medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/08/2025