backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kenapa Lelaki Perlu Ereksi Di Waktu Pagi? Normal Ke Kalau Zakar Tak 'Bangun' Masa Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/02/2024

    Kenapa Lelaki Perlu Ereksi Di Waktu Pagi? Normal Ke Kalau Zakar Tak 'Bangun' Masa Ini?

    Ramai lelaki tahu bahawa ereksi waktu pagi (morning wood) selepas bangun tidur adalah normal. Namun, adakah anda tahu apakah penyebab morning wood tersebut? 

    Ada individu yang menganggap bahawa lelaki kebiasaannya berasa ghairah setelah bangun tidur namun perkara itu tidak selalunya benar.

    Ereksi atau zakar menegang tersebut tiada kaitan dengan rangsangan seksual dan ia berlaku disebabkan oleh proses fisiologi normal.

    Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, baca artikel ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Lelaki alami ereksi ketika tidur

    Menurut Pakar Perubatan Urologi di Los Angeles, Dr Adam Ramin, lelaki kebiasaannya akan mengalami ereksi sebanyak 3 hingga 5 kali ketika tidur.

    Perkara ini tiada kaitan dengan tanda lelaki stim dan mimpi basah sebaliknya merupakan tanda bahawa badan anda sedang berfungsi dengan baik.

    Ereksi tersebut biasanya akan berlangsung selama 25 hingga 35 minit dan sering dikaitkan dengan kitaran tidur rapid eye movement (REM). Pada fasa tersebut, kita kebiasaannya mengalami mimpi.

    Mungkin kedengaran mudah namun penerangannya tidak sebegitu. Ini berikutan model penerangan terhadap berlakunya fenomena ereksi ini lebih berkait rapat dengan proses parasimpatetik yang berlaku pada badan.

    Apakah penyebab morning wood?

    ereksi waktu pagi
    Punca zakar mengeras.

    Ereksi tidak berlaku disebabkan oleh rangsangan seksual semata-mata. Ia merupakan satu tindak balas kompleks yang disebabkan oleh sistem saraf dan sistem endokrin terhadap salur darah pada zakar.

    Apabila seseorang itu mengalami rangsangan seksual, signal akan dihantar kepada otak.

    Ia seterusnya akan bertindak balas dengan menghantar isyarat kimia kepada saraf yang mengawal aliran darah masuk ke dalam zakar

    Kesannya, lebih banyak darah akan mengalir masuk berbanding dengan darah yang mengalir keluar menyebabkan berlakunya ereksi.

    Model yang sama juga boleh diaplikasikan kepada konsep ereksi yang tidak disebabkan oleh rangsangan seksual.

    Lelaki mempunyai hormon yang boleh mempengaruhi tindak balas otak terhadap ereksi. Hormon tersebut adalah hormon testosteron.

    Apa yang lebih menariknya, ada juga ereksi yang berlaku tanpa melibatkan otak. Ia merupakan tindakan yang tidak boleh dikawal dan isyaratnya berasal dari saraf tunjang.

    Sebab itulah ada ereksi yang berlaku walaupun ketika tiada rangsangan seksual. Ia tidak boleh dikaitkan dengan satu punca semata-mata. 

    Kitaran tidur dan proses fisiologi parasimpatetik 

    waktu nafsu lelaki naik
    Penyebab zakar mengeras di pagi hari.

    Fasa tidur boleh dibahagikan kepada dua iaitu fasa tidur REM dan bukan REM. Apabila individu berada pada fasa REM, berlaku perubahan pada sistem yang menerajui proses fisiologikal badan.

    Ketika fasa bukan REM, badan berada dalam rangsangan simpatetik yang sering dikaitkan dengan respons lawan atau lari (fight or flight).

    Walau bagaimanapun, ketika fasa REM, rangsangan parasimpatetik mendominasi proses fisiologi.

    Ini akan menyebabkan berlakunya rembesan isyarat kimia yang dipanggil neurotransmiter mengakibatkan salur darah arteri mengembang.

    Aktiviti parasimpatetik juga akan membuatkan degupan jantung anda menjadi lebih perlahan, otot menjadi relaks dan anda akan mula bermimpi.

    Perkara ini sememangnya eksklusif pada kitaran tidur REM. Namun, adakah ereksi hanya berlaku pada kitaran tersebut?

    Terdapat juga lelaki yang mengalami ereksi pada fasa tidur bukan REM terutamanya orang tua. Namun, penjelasan di sebalik fenomena tersebut masih lagi kabur.

    Lelaki bangun dengan ereksi waktu pagi?

    Jelas bahawa bukan semua lelaki bangun dengan ereksi waktu pagi. Jika seseorang itu bangun pada fasa REM, mereka akan mengalami ereksi. Malah, ereksi mereka kebiasaannya lebih kuat memandangkan jumlah hormon testosteron pada waktu pagi tinggi.

    Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan proses ereksi yang berlaku ketika lelaki menerima rangsangan seksual, ia dikawal oleh hormon lain. 

    Kajian pada tahun 1995 yang dijalankan oleh Jabatan Endokrinologi di Modena, Itali telah menunjukkan bahawa testosteron tidak mempengaruhi tahap ereksi ketika kita sedang melihat atau membayangkan perkara yang boleh menyebabkan ereksi. 

    Dalam situasi tersebut, ia lebih dikawal oleh sistem ganjaran otak melalui hormon dopamin. Semakin tinggi dopamin yang dirembeskan, semakin ghairahlah pengalaman seksual anda.

    Oleh sebab itulah mereka yang mengalami kemurungan atau stres kebiasaannya sukar untuk mendapat ereksi. 

    Apakah maksudnya jika tidak alami ereksi waktu pagi?

    air mani lelaki
    Kualiti air mani yang subur.

    Tidak ereksi di pagi hari apakah normal?

    Bukan mudah untuk lelaki membincangkan masalah berkaitan dengan ereksi kepada orang lain. Jika anda mengalami ereksi waktu pagi, ia merupakan tanda bahawa anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengekalkan ereksi ketika bangun.

    Namun, jika zakar tidak mengeras ketika bangun tidur, ia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan. Perkara yang paling lazim didiagnosis adalah masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

    Beikut merupakan faktor zakar tidak mengeras:

    Konklusi

    Ereksi waktu pagi

    • Ereksi tidak berlaku disebabkan oleh rangsangan seksual semata-mata
    • Ia merupakan satu tindak balas kompleks yang disebabkan oleh sistem saraf dan sistem endokrin terhadap salur darah pada zakar

    Ketahuilah bahawa zakar menegang atau ereksi waktu pagi bukan sahaja mempunyai kaitan dengan fungsi seksual individu malah tahap kesihatan lelaki secara menyeluruh.

    Jika anda sudah lama tidak mendapat ereksi waktu pagi ketika bangun tidur, dapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor perubatan yang bertauliah.

    Masalah berkaitan ereksi, jika tidak dirawat, bukan sahaja boleh mempengaruhi tahap kesihatan seksual malah kesihatan mental.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan