Jika anda dan pasangan sedang berusaha untuk dapatkan anak, pasti ada kebimbangan jika amalan berpuasa akan mengembangkan masalah kesuburan. Kebimbangan ini cukup berasas kerana adanya kemungkinan kekurangan nutrisi makanan pada badan disebabkan puasa.
Jadi, adakah benar puasa mempengaruhi kesuburan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Amalan berpuasa punca masalah kesuburan wanita?
Pada sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Harvard yang bekerja sama dengan Massachusetts General Hospital (MGH), didapati bahawa mengehadkan pengambilan kalori pada tikus betina dewasa dapat mencegah berlaku kecacatan pada kehamilan.
Dalam kajian ini, para saintis memantau dua kumpulan tikus betina dewasa berusia tiga bulan hingga satu tahun. Usia tersebut adalah usia di mana kualiti sel telur dan kesuburan tikus berkurang secara drastik.
Satu kumpulan diberi makan sebanyak-banyaknya sepanjang usia dewasa, manakala kumpulan lain dihadkan pengambilan makanannya selama tujuh bulan, kemudian baru diberi makan menjelang kajian berakhir.
Hasilnya, kumpulan tikus yang dibenarkan makan dengan bebas mengalami penurunan jumlah sel telur yang dihasilkan saat ovulasi.
Sedangkan, sel telur dari kumpulan tikus yang dihadkan pengambilan makanannya lebih mirip sel telur tikus betina dewasa yang sihat pada usia emas bagi reproduksi.
Kajian pada haiwan lain, seperti monyet betina juga menghasilkan kesimpulan yang sama. Dengan ini, para penyelidik pun menjangjakan perkara yang sama boleh berlaku pada manusia, terutamanya wanita dewasa, berkaitan dengan kesuburan.
Jadi, kemungkinan besar amalan berpuasa tidak akan memberi kesan kepada kesuburan wanita.
Sebuah kajian menyatakan bahawa puasa mempunyai banyak manfaatnya, termasuk di antaranya adalah memanjangkan masa subur wanita dan bahkan memperbanyak jumlah sel telur yang dihasilkan.
Ini adalah kerana mengurangkan pengambilan kalori pada tubuh anda ketika berpuasa menyebablan pengurangan kadar gula dalam darah dan kemudian mempengaruhi hormon pembiakan.
Justeru, memberikan kelancaran pada kitaran haid dan pengeluaran sel telur.
Baca juga: