backup og meta

Pesakit Diabetes Ambil Perhatian! Ini 5 Pantang Kena Ikut Kalau Nak Luka Cepat Sembuh

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/11/2022

    Pesakit Diabetes Ambil Perhatian! Ini 5 Pantang Kena Ikut Kalau Nak Luka Cepat Sembuh

    Terdapat beberapa pantang larang kencing manis yang perlu anda tahu jika mengalami luka diabetes. Ini kerana, ubat luka kencing manis jadi tidak berkesan jika pantang larang ini tak dipatuhi.

    Ini senarai pantang larang yang perlu diikuti jika mahu luka kencing manis cepat sembuh. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Mengapa penjagaan luka amat penting untuk pesakit diabetes?

    Luka yang kecil mungkin tidak memberikan sebarang kebimbangan kepada individu normal yang lain.

    Namun, bagi penghidap penyakit diabetes, ia boleh memberikan satu episod yang mengerikan jika tidak diurus dengan baik. Ini kerana, luka yang bersaiz kecil boleh menjadi semakin besar dan parah jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan yang tepat.

    Malah, ia turut boleh menyebabkan komplikasi kesihatan lain yang lebih buruk jika dibiarkan terlalu lama. 

    Pantang larang jika ambil ubat luka kencing manis

    Jika penghidap diabetes mahukan luka cepat sembuh, ada beberapa pantang larang kencing manis yang perlu dipatuhi.

    Jika tidak, luka yang dialami bukan sahaja tidak pulih, malah mungkin akan menjadi lebih teruk.

    Ini pantang larang jika alami luka kencing manis:

    #1. Jangan ambil makanan tinggi gula

    ubat luka kencing manis

    Makanan yang tinggi kandungan gula merupakan musuh nombor satu bagi mereka yang mempunyai luka kencing manis.

    Perlu diingat, gula yang tinggi bukan sahaja berada dalam makanan tetapi juga minuman yang anda ambil.

    Antaranya termasuklah minuman tin, minuman bergas dan jus buah-buahan.

    Ini kerana, gula yang tinggi boleh mengganggu fungsi komponen darah untuk menyembuhkan luka yang anda alami.

    Oleh sebab itu, pastikan anda mengawal pengambilan gula jika mengalami luka diabetes.

    #2. Hendak ubat luka kencing manis? Kurangkan tekanan pada kawasan luka kaki

    Sekiranya luka yang dialami itu berada pada kawasan kaki khususnya tapak kaki, kurangkan aktiviti berjalan atau sebarang aktiviti lain yang boleh memberikan tekanan pada luka tersebut.

    Tekanan yang kuat dan berpanjangan pada kawasan luka tapak kaki hanya akan melambatkan penyembuhan disebabkan aliran darah yang terganggu.

    Oleh itu, jika ada luka pada tapak kaki anda, banyakkan berehat dan hanya berjalan apabila perlu sahaja.

    Jika boleh, minta bantuan ahli keluarga yang lain untuk mendapatkan sesuatu.

    #3. Jangan balut luka dengan ketat

    Bagi mereka yang merawat luka kecil di rumah, pastikan anda sentiasa membalut luka terbuka anda dengan menggunakan kain kasa.

    Ini kerana, luka yang terbuka tanpa sebarang balutan akan mendedahkannya kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi.

    Namun, dalam masa yang sama, pastikan balutan luka tersebut tidak dilakukan dengan begitu ketat.

    Balutan luka yang terlalu kuat akan mengganggu aliran darah sehingga boleh melambatkan proses penyembuhan luka.

    Cukup sekadar balutan tersebut boleh menutupi luka anda. 

    #4. Ubat luka kencing manis lebih cepat kalau makan makanan tinggi protein

    Jika mahu luka sembuh dan tidak merebak, pesakit diabetes disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi protein.

    Ini termasuklah ayam, ikan, susu, kekacang, daging dan juga tauhu.

    Makanan yang tinggi kandungan protein juga boleh membantu menyembuhkan luka badan dengan lebih cepat.

    ubat luka kencing manis

    Hal ini kerana protein berfungsi mempercepatkan proses pemulihan tisu tubuh.

    Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan makanan yang tinggi protein setiap kali waktu makan anda. 

    #5. Jangan sesekali berkaki ayam!

    ubat luka kencing manis

    Bagi mereka yang sihat, berkaki ayam ketika berjalan mungkin tidak begitu merisikokan kesihatan.

    Namun untuk pesakit diabetes, hal ini tidak boleh dipandang remeh.

    Ini kerana, penghidap diabetes biasanya mengalami kehilangan sensasi atau deria rasa pada bahagian kaki.

    Oleh itu, sekiranya mereka mengalami luka kecil atau terpijak sesuatu yang tajam, besar kemungkinan ia tidak begitu disedari.

    Kesannya, luka tersebut akan lebih mudah dijangkiti dan menyebabkan ulser kaki diabetik.

    Ingin ubat luka kencing manis itu juga akan jadi lebih lambat.

    Pakai kasut dan stoking setiap kali keluar rumah jika anda mempunyai luka pada bahagian kaki.

    Kesimpulan

    Apa yang kami nyatakan di atas ini merupakan antara pantang larang kencing manis yang paling penting.

    Selain itu, jika mahu ubat luka kencing manis dengan cepat, pastikan juga anda tidak merokok dan elakkan merawat luka sendiri jika luka tersebut agak besar.

    Dikhuatiri anda akan merosakkan pembuluh darah dan menyebabkan luka menjadi lebih teruk.

    Berjumpalah dengan doktor untuk pengurusan luka diabetes yang lebih baik dan teratur. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan