home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Genetik, Gaya Hidup & Berat Badan: Adakah Ia 3 Faktor Utama Kencing Manis?

Genetik, Gaya Hidup & Berat Badan: Adakah Ia 3 Faktor Utama Kencing Manis?

Seperti mana yang ramai dalam kalangan kita sudah tahu, diabetes adalah satu penyakit yang sangat kompleks.

Ini kerana tiada satu sebab khusus yang menjadi punca utama kepada antara penyakit kronik di dunia ini.

Apa yang pasti adalah ia berlaku disebabkan kekurangan insulin atau kegagalan sel-sel di dalam tubuh badan untuk menggunakan insulin yang ada.

Namun, bagaimana ia boleh berlaku dan puncanya adalah berkaitan dengan banyak faktor diabetes.

Genetik, gaya hidup dan berat badan adalah antara kunci utama dalam memahami punca penyakit kencing manis.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

Genetik adalah faktor diabetes paling utama

Jika anda sedang menghidap penyakit kencing manis, tentu ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang mengalami perkara yang sama.

Ini kerana keterlibatan faktor genetik dalam kencing manis telah lama dikenal pasti.

Menurut Persatuan Diabetes Amerika, risiko menghidap diabetes jenis 2 adalah:

  • 1 daripada 7 jika salah seorang daripada ibu bapa disahkan diabetes sebelum umur 50 tahun.
  • 1 daripada 13 jika salah seorang daripada ibu bapa disahkan diabetes selepas umur 50 tahun.
  • 1 daripada 2, atau 50% jika kedua-dua ibu dan bapa disahkan diabetes.

diabetes

Kekuatan pengaruh genetik adalah berbeza mengikut setiap orang.

Ada yang sangat kuat, ada juga yang sederhana dan kurang.

Pengaruh ini menjejaskan gen yang mengawal penghasilan glukosa, pengawalan insulin serta bagaimana glukosa dikesan oleh sel-sel badan.

Gaya hidup

Tidak adil untuk sepenuhnya menyalahkan genetik kerana ia tidak menyebabkan kencing manis dengan sendiri tetapi berlaku dengan pengaruh persekitaran serta gaya hidup.

Interaksi antara faktor-faktor ini akan meningkatkan risiko menghidap kencing manis.

Di Malaysia, khususnya, makanan adalah cabaran utama dalam menjalani gaya hidup sihat.

Kepelbagaian makanan mungkin boleh menjadi alternatif yang baik, namun sebaliknya membuatkan pertambahan kalori secara berlebihan.

Jangan terkejut jika membaca statistik obesiti di Malaysia. 3 daripada 10 rakyat negara ini adalah obes.

Berat badan

Berat badan berlebihan meningkatkan risiko penyakit kencing manis.

Ia menyebabkan insulin gagal digunakan dengan baik oleh sel badan, satu keadaan yang dinamakan sebagai rintangan insulin (insulin resistance).

Selain pemakanan, aktiviti fizikal juga merupakan faktor yang penting.

diabetes

Kehidupan tidak aktif yang menguasai masyarakat membuatkan jumlah kalori yang dibakar kurang daripada jumlah pengambilan.

Sudah lah kerja pun hanya duduk di hadapan komputer selama 8 jam, di rumah pula tiada sebarang aktiviti fizikal dilakukan.

Gaya hidup seperti ini bukan sahaja mengundang kencing manis, malah penyakit-penyakit lain juga termasuk sakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Faktor diabetes paling utama adalah 3 perkara di atas tadi

Konklusinya, 2 perkara asas yang kami sebut tadi adalah antara punca atau sebab utama penyakit kencing manis.

Jadi, ila berwaspada dengan tiga faktor kencing manis yang paling utama ini: genetik, gaya hidup dan berat badan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://www.who.int/genomics/about/Diabetis-fin.pdf
  2. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/risk-factors.html
  3. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/symptoms-causes/syc-20351193#
  4. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/risk-factors-type-2-diabetes
  5. https://www.diabetes.org.uk/preventing-type-2-diabetes/diabetes-risk-factors

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 01/08/2018
x