Diabetes adalah keadaan di mana paras gula dalam darah anda cukup tinggi untuk menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Diabetes jenis 2 adalah bentuk diabetes yang paling biasa. Badan anda tidak boleh menggunakan insulin dengan betul untuk menurunkan tahap gula dalam darah anda. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2.
Umur yang lebih tua
Sekiranya anda berusia 45 tahun dan ke atas, anda mungkin mengalami peningkatan risiko diabetes jenis 2. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan berat badan dan kurang aktiviti kerana anda semakin tua, atau fungsi badan yang lebih perlahan dan lemah.
Walaupun individu berusia mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes, semakin ramain individu muda di seluruh dunia yang hidup dengan keadaan ini.
Sejarah keluarga yang menghidap diabetes dan sejarah diabetes semasa hamil
Jika anda mempunyai adik-beradik lelaki atau perempuan atau ibu bapa yang mengalami diabetes, anda juga berkemungkinan untuk mempunyai diabetes jenis ini.
Sekiranya anda menghidap diabetes semasa hamil, anda mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapat diabetes jenis 2, walaupun diabetes semasa hamil telah hilang setelah anda melahirkan anak. Anak anda juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai penyakit ini di kemudian hari.
Etnik
Jika latar belakang keluarga anda adalah Afrika Amerika, Hispanik / Latino, Amerika India, Asia Amerika atau Kepulauan Pasifik, anda berisiko tinggi mengalami diabetes.
Kurangnya aktiviti fizikal
Gaya hidup yang tidak aktif dengan senaman kurang dari 3 kali seminggu meletakkan anda berisiko tinggi untuk mempunyai diabetes jenis 2. Aktiviti fizikal adalah penting dalam membantu anda mengawal paras gula darah dan menggalakkan sel anda untuk menggunakan insulin.
Aktiviti fizikal juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga berat badan dan memperbaiki sistem pernafasan.
Faktor risiko lain
Selain faktor-faktor risiko utama di atas, anda boleh menghidap diabetes jenis 2 jika:
- Tahap gula darah anda lebih tinggi daripada biasa
- Tekanan darah anda lebih tinggi daripada 140/90 mmHg
- Anda berlebihan berat badan: indeks jisim badan anda (BMI) lebih tinggi dari 30
- Tahap kolesterol anda tidak normal. Tahap kolesterol selamat (HDL) kurang dari 35 dan paras trigliserida anda lebih tinggi daripada 250.
- Anda mempunyai masalah saluran darah yang boleh menjejaskan otak dan jantung anda.
Sekiranya menghidap diabetis jenis 2, tubuh anda mengalami keadaan yang dipanggil ketahanan terhadap insulin (insulin resistance). Terdapat banyak faktor risiko yang boleh membawa kepada penyakit ini. Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala di atas, anda harus meminta penyedia penjagaan kesihatan anda untuk diuji, dan anda boleh dirawat secepat mungkin.
[embed-health-tool-bmi]