Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Nak Beraya Tanpa Gula Naik? Ini Tip Makan Untuk Pesakit Kencing Manis
Senarai makanan untuk pesakit kencing manis ialah jenis makanan yang boleh diambil oleh pesakit kencing manis, iaitu rendah gula dan karbohidrat. Ini juga sering menjadi pertanyaan utama apabila tiba musim hari raya, kerana kebanyakan juadah raya tinggi gula, karbohidrat dan lemak. Tanpa kawalan pemakanan yang betul, paras gula darah boleh meningkat dengan cepat dan menjejaskan kesihatan sepanjang perayaan.
Oleh itu, pesakit diabetes perlu merancang pemakanan lebih awal.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, klikdi sini.
Menu untuk pesakit kencing manis ketika hari raya
Contoh kuih yang tinggi kandungan gula.
Memilih menu untuk pesakit kencing manis semasa hari raya bukan bermaksud langsung tidak boleh menikmati juadah raya, tetapi perlu bijak membuat pilihan dan kawalan saiz hidangan.
Antara pilihan menu yang lebih selamat:
Nasi dalam kuantiti kecil dan seimbang dengan lauk
Pemilihan menu yang betul membantu mengekalkan paras gula darah lebih stabil sepanjang hari.
Sayur untuk pesakit kencing manis
Sayur untuk pesakit kencing manis memainkan peranan penting dalam mengawal paras gula darah kerana kandungan serat yang tinggi membantu memperlahankan penyerapan glukosa.
Sayur yang disarankan termasuk:
Brokoli, bayam dan sawi
Kubis, bunga kubis dan bendi
Timun dan tomato
Ulam-ulaman segar tanpa sos manis
Elakkan sayur yang dimasak dengan santan pekat atau ditambah gula kerana ia boleh meningkatkan kalori dan karbohidrat tanpa disedari.
Pesakit kencing manis boleh makan buah apa?
Buah-buahan yang sesuai untuk pesakit diabetes.
Soalan pesakit kencing manis boleh makan buah apa sering timbul kerana buah mengandungi gula semula jadi. Jawapannya, buah masih boleh diambil tetapi dalam jumlah terkawal.
Elakkan buah yang terlalu manis atau diambil dalam jumlah berlebihan kerana ia boleh menaikkan paras gula darah dengan cepat.
Adakah oat sesuai untuk pesakit kencing manis?
Adakah oat sesuai untuk pesakit kencing manis? Jawapannya ya, oat boleh menjadi pilihan yang baik kerana ia mengandungi serat larut yang membantu mengawal gula darah.
Namun, perkara yang perlu diberi perhatian:
Pilih oat jenis rolled oats atau steel-cut oats
Elakkan oat segera yang mengandungi gula tambahan
Ambil bersama sumber protein seperti kekacang atau susu rendah lemak
Kawal saiz hidangan supaya tidak berlebihan
Oat boleh dijadikan pilihan sarapan atau hidangan ringan yang lebih sihat semasa hari raya.
Senarai makanan untuk pesakit kencing manis
Senarai makanan untuk pesakit kencing manis perlu menumpukan kepada makanan yang membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mengelakkan lonjakan glukosa secara mendadak.
Antara pilihan yang disarankan termasuk:
Sayur hijau seperti bayam, brokoli dan sawi kerana rendah karbohidrat dan tinggi serat
Protein tanpa lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit, telur dan tauhu
Bijirin penuh seperti oat, beras perang dan roti gandum penuh
Buah rendah indeks glisemik seperti epal, beri, jambu batu dan pear
Lemak sihat seperti minyak zaitun, avokado dan kekacang dalam kuantiti sederhana
Panduan untuk pesakit diabetes jika hendak berpuasa.
Kesimpulan
Kesimpulannya, senarai makanan untuk pesakit kencing manis perlu dilihat dengan lebih teliti ketika hari raya bagi mengelakkan lonjakan paras gula darah.
Hari raya masih boleh disambut seperti biasa, namun ia mestilah secara sederhana terutama dalam soal pemakanan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
How to Eat Healthy. https://diabetes.org/food-nutrition. Diakses Disember 30, 2025.
10 tips for healthy eating if you are at risk of type 2 diabetes. https://www.diabetes.org.uk/about-diabetes/type-2-diabetes/preventing/ten-tips-for-healthy-eating. Diakses Disember 30, 2025.
The Worst and Best Foods if You Have Diabetes. https://health.clevelandclinic.org/top-10-worst-diet-choices-if-you-have-diabetes. Diakses Disember 30, 2025.
Diabetic Diet. https://medlineplus.gov/diabeticdiet.html. Diakses Disember 30, 2025.
Diabetes Meal Planning. https://www.cdc.gov/diabetes/healthy-eating/diabetes-meal-planning.html. Diakses Disember 30, 2025.
Versi Terbaru
02/04/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim