Kawal Simptom Kencing Manis. Makan Ubat Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/12/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Jika anda mempunyai masalah kencing manis, anda mesti mahukan ubat kencing manis paling berkesan, kan? Jika tidak, mesti teruk simptom yang akan anda hadapi. Setiap malam asyik nak terkencing je. Jadi bagaimana caranya doktor anda menyarankan jenis rawatan kepada anda ketika anda didiagnosis dengan masalah kencing manis? Apakah ubat kencing manis paling berkesan yang boleh merawat masalah anda. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut. 

Faktor saranan jenis rawatan kencing manis

Oleh sebab kencing manis jenis 2 mempunyai modal rawatan yang meluas, penulis akan memberikan tumpuan yang lebih kepada keadaan kesihatan ini. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi jenis rawatan yang akan diberikan kepada anda saat diagnosis. Antaranya:

  • Kos ubat dan insurans
  • Berat badan dan risiko untuk mendapat kesan sampingan ubat
  • Risiko untuk mendapat masalah hipoglisemia (masalah kekurangan glukosa)
  • Penyakit jantung jika ada
  • Masalah buah pinggang jika ada
  • Pilihan pesakit sendiri selepas memahami tindakan ubat terhadap fisiologi badan dan penyakit

Ujian gula HbA1c juga akan menjadi petunjuk buat doktor kerana ia memberikan gambaran berkenaan dengan kawalan gula tiga bulan sebelumnya. Secara amnya, rawatan yang diberikan mempunyai kapasiti yang berbeza untuk menurunkan kadar HbA1c individu. Ada ubat yang menurunkan kadar A1C dalam lingkungan 1 hingga 1.5 peratus. Selebihnya, mungkin akan menyebabkan penurunan sebanyak 0.5 hingga 0.8 peratus. Ujian pemeriksaan nilai HbA1c perlu dijalankan sekurang-kurangnya 90 minit selepas makan. 

Menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Diabetes Malaysia, sasaran rawatan kencing manis kebiasaannya akan meletakkan nilai HbA1c pada kadar 6.5 hingga 7%. Walau bagaimanapun, kadar tersebut bergantung kepada tahap kesihatan seseorang itu. Menurut garis panduan pengamalan perubatan klinikal Malaysia, mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah buah pinggang atau mudah mendapat masalah hipoglisemia, tahap HbA1c perlu dikekalkan di antara 7.1 hingga 8 peratus.

Ini bagi mengelakkan komplikasi akibat daripada keadaan gula dalam darah yang terlalu rendah apabila seseorang itu mudah mendapat masalah kekurangan gula dalam darah. Jika nilai A1c anda melebihi 9%, gabungan dua ubat kencing manis mungkin akan menjadi saranan doktor untuk mengawal simptom kencing manis dengan lebih baik. 

Peranan ubat bukan insulin dalam rawatan kencing manis

Ada ke ubat kencing manis paling berkesan yang dijual di pasaran? Setiap ubat-ubatan mempunyai fungsi spesifik dalam memastikan keberkesanan rawatan kencing manis. Namun, kebanyakan daripadanya (jika bukan semua) mempunyai kesan sampingan yang boleh mempengaruhi tahap kepatuhan dalam pengambilan ubat. Sebagai contoh, salah satu ubat kencing manis paling berkesan yang sering dipreskripsikan kepada pesakit, metformin. 

Kajian menunjukkan bahawa ubat metformin dapat menurunkan tahap A1c seseorang individu sebanyak 1.5%. Ia tidak mempengaruhi jumlah rembesan insulin sebaliknya bertanggungjawab dalam memastikan penghasilan glukosa oleh organ hati berada pada kadar yang rendah. Ini bermakna, metformin tidak akan menyebabkan masalah hipoglisemia seperti ubat-ubatan lain yang mempengaruhi jumlah rembesan insulin. 

Kesan sampingannya tertumpu kepada sistem gastrousus seperti loya, muntah dan cirit-birit. Jika diambil dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekurangan vitamin B12. Bagi ibu yang menyusukan anak, ubat metformin selamat untuk diberikan dalam dos yang rendah.

Berikut merupakan ubat-ubatan lain yang boleh dipreskripsikan kepada pesakit dalam rawatan kencing manis. Rawatan insulin tidak termasuk dalam topik perbincangan artikel maka ia tidak akan dibincangkan di sini.

Sulfonilurea

Jika anda pernah terdengar akan ubat yang dipanggil dengan nama gliclazide, itu merupakan ubat yang tergolong dalam kumpulan sulfonilurea. Ubat ini berperanan dalam meningkatkan tahap rembesan insulin bagi menurunkan kadar glukosa di dalam darah. Tahap keberkesanannya dalam menurunkan paras A1c mempunyai variasi di antara 0.4 hingga 1.6%. 

Jika penggunaan ubat metformin tidak dapat memberikan kesan fisiologikal yang signifikan, penukarannya dengan ubat gliclazide atau percampuran kedua-duanya dapat memberikan kesan yang lebih baik. Terdapat banyak ubat yang dikategorikan di bawah pengelasan sulphonylurea namun gliclazide dan glimepiride kebiasaannya menjadi pilihan. Ini disebabkan oleh kedua-dua ubat ini berisiko rendah dalam menyebabkan kesan sampingan hipoglisemia dan kenaikan berat badan berbanding dengan ubat sulfonilurea yang lain. 

Adakah ubat sulfonilurea dianggap sebagai ubat kencing manis paling berkesan? Mungkin, jika kena pada cara penggunaannya atau ubat metformin tidak dapat membantu dalam penurunan nilai A1c.

Alpha-Glucosidase Inhibitors (AGI)

Jika anda risau akan kesan sampingan hipoglisemia, beritahu pada doktor anda. Mereka mungkin akan memberikan ubat yang digelar Acarbose yang tergolong dalam kumpulan Alpha Glucosidase Inhibitors (AGI). Ubat ini menurunkan kadar penyerapan glukosa pada bahagian awal usus kecil. Ia kebiasaannya diambil dengan makanan berat seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Walaupun mekanisme Acarbose membuatkannya seperti ubat kencing manis paling berkesan, namun, ia kurang efektif dalam menurunkan nilai A1c (hanya pada kadar 0.5-0.8%). Jika ia diambil bersama dengan ubat kencing manis yang lain, penurunan kadar glukosa dalam darah boleh mencapai kesan yang optimum. Walau bagaimanapun, kadar dos perlu diselaraskan agar komplikasi dapat dielakkan.

Antara kesan sampingan Acarbose adalah cirit-birit, kembung perut dan ketidakselesaan pada abdomen.

Ubat yang mempengaruhi kesan Incretin

Incretin atau lebih dikenali sebagai hormon glucagon like peptide (GLP) merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam memberikan pelbagai jenis kesan fisiologikal yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat. Antaranya:

  • Meningkatkan rembesan insulin
  • Menahan tindakan hormon glukagon seterusnya menurunkan kadar penghasilan gula oleh organ hati
  • Menurunkan kadar penyerapan glukosa ke dalam darah
  • Memberikan kesan kepada sistem kawalan pusat di otak menyebabkan individu mengalami kekenyangan dalam tempoh masa yang panjang

Mereka yang mengalami masalah kencing manis mempunyai kesan incretin yang rendah berbanding dengan individu biasa. Ubat yang dapat meningkatkan kesan incretin seperti Dipeptidyl Peptidase-4 (DPP-4) inhibitors dan GLP analogue dapat memberikan kesan fisiologikal yang positif bagi membantu pesakit kencing manis.

Ia tidak menyebabkan masalah kenaikan berat badan atau menyebabkan masalah hipoglisemia namun kebiasaannya ia digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lain. Ini berikutan ia hanya berupaya menurunkan nilai A1c di antara 0.5 hingga 0.8%. 

Terdapat pelbagai jenis ubat lain yang boleh dipreskripsikan oleh doktor seperti Sodium-glucose Cotransporter 2 (SGLT2) Inhibitors, namun keberkesanannya dalam menurunkan A1c hanya pada kadar 0.2 hingga 0.8% sahaja. Ia juga mempunyai kesan sampingan yang berbahaya seperti peningkatan risiko individu terhadap jangkitan salur kencing

Konklusi

Jadi yang mana satukah ubat kencing manis paling berkesan? Secara amnya, ubat yang dapat mendorong kepatuhan dalam kalangan pengguna kerana keberkesanannya merupakan pilihan ubat yang terbaik. Ada individu yang boleh menggunakan metformin, ada yang alergi terhadap metformin. Maka keberkesanan ubat bukanlah satu ukuran yang boleh dibuat secara objektif. Ia bergantung kepada kesesuaiannya pada setiap individu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Adakah bahaya kencing manis semasa hamil benar-benar serius? Adakah kesan penyakit diabetes semasa hamil boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Komplikasi Diabetes 22/02/2021 . 3 minit bacaan

    Peria Katak Berkesan Turunkan Gula Darah Pesakit Kencing Manis, Benarkah?

    Benarkah peria katak ubat kencing manis yang berkesan? Bolehkah pesakit kencing manis mengambil peria katak untuk kencing manis mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 19/02/2021 . 3 minit bacaan

    Elak Penyakit Kencing Manis Dengan Lakukan 7 Cara Ini! Kongsikan Kepada Ahli Keluarga Anda

    Adakah anda tahu, apakah cara mencegah diabetes? Kami kongsikan beberapa cara mencegah penyakit kencing manis ini agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 18/02/2021 . 3 minit bacaan

    Semua Pesakit Diabetes Kena Ambil Suntikan Insulin? Ini Fungsi Insulin Pada Tubuh

    Dalam artikel ini, kami jelaskan kepada anda apa itu insulin dan kenapa ia penting sebagai salah satu cara mengatasi diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 16/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara berlari dengan betul

    Suka Aktiviti Berlari? Pesakit Diabetes Jenis 1, Sebelum Buat, Ambil Tahu 3 Perkara Mustahak Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 2 minit bacaan
    tips kerja shift malam

    Anda Ada Diabetes Dan Bekerja Shift Malam? Ini 15 Tip Kawal Gula Darah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kencing manis tinggi

    Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kurang gula dalam badan

    Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Ini 13 Tanda Tubuh Banyak Dan Kurang Gula

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/02/2021 . 2 minit bacaan