backup og meta

Ada Cara Untuk Tingkatkan Fungsi Insulin, Buat 8 Tabiat Ini! Semua Orang Boleh Amalkan!

Ada Cara Untuk Tingkatkan Fungsi Insulin, Buat 8 Tabiat Ini! Semua Orang Boleh Amalkan!

Bagi penghidap kencing manis, adakah anda sudah tahu fungsi insulin dalam badan yang sebenar? Ia penting kerana hal ini amat berkait rapat dengan keadaan diabetes yang anda alami. Ini beberapa maklumat mengenai fungsi hormon insulin berserta cara untuk meningkatkan keberkesanan tindakannya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Apakah fungsi insulin?

Apa itu insulin? Insulin dihasilkan oleh pankreas dan ia merupakan hormon yang penting untuk mengawal gula darah.

Insulin merangsang sel untuk menggunakan gula dalam darah.

Jika kesan insulin pada sel tidak lagi berkesan atau tahap insulin menurun, gula tidak akan diproses dengan baik untuk kegunaan sel seperti yang sepatutnya.

Kesannya, gula dalam darah berpotensi untuk meningkat dengan mendadak.

Apabila pankreas mengesan peningkatan gula dalam darah, ia akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk menurunkan gula darah tersebut.

Tetapi lama-kelamaan, sel-sel yang menghasilkan insulin akan menjadi kurang berkesan dan rosak.

Oleh itu, adalah perlu untuk penghidap diabetes cuba mengelakkan situasi di mana kesan insulin tidak lagi berkesan dengan baik.

Jangan risau, selain peranan insulin, kami juga akan menerangkan kepada anda  tentang gaya hidup dan tabiat pemakanan yang akan menjadikan insulin lebih berkesan dalam badan.

Ini kaedah untuk tingkatkan keberkesanan insulin

Selepas anda tahu fungsi insulin, anda juga perlu tahu sedikit sebanyak perkara yang boleh meningkatkan keberkesanan fungsi hormon insulin.

Antara perkara-perkara tersebut ialah:

#1. Bersenam setiap hari

Aktiviti fizikal yang dilakukan dengan kerap adalah salah satu cara untuk menjadikan insulin lebih berkesan.

Tujuannya adalah untuk menggunakan lebih banyak gula dalam darah melalui otot ketika bersenam. Bersenam juga meningkatkan kesan insulin dalam badan.

Oleh itu, sama ada anda menghidap diabetes atau tidak, anda perlu bersenam secara teratur selama sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari.

#2. Turunkan berat badan

fungsi insulin

Berat badan berlebihan dan pengumpulan lemak di sekitar perut dan pinggang boleh mengurangkan keberkesanan insulin dan meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

Menurut kajian, jika anda boleh mengurangkan berat badan anda sebanyak 5-7%, fungsi insulin akan menjadi lebih berkesan dan risiko diabetes akan berkurangan sebanyak 50%.

#3. Makan buah-buahan dan sayur untuk tingkatkan fungsi insulin

Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan boleh membantu melindungi sel daripada radikal bebas.

Kajian menyatakan bahawa makan lebih banyak sayur-sayuran menjadikan kesan insulin meningkat.

#4. Elakkan makanan yang diproses

Makanan yang diproses biasanya mengandungi lemak trans dan gula yang tinggi. Lemak trans tidak begitu berkhasiat dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Menurut kajian, walaupun snek yang diproses memiliki rasa yang enak, tetapi ia tidak mempunyai kandungan nutrisi yang penting selain boleh meningkatkan gula dalam darah.

Ia juga mengurangkan keberkesanan insulin.

#5. Makan lebih banyak serat

Serat bukan sahaja membantu melancarkan pergerakan saluran gastro usus, tetapi juga membantu dalam keberkesanan fungsi insulin.

Serat larut air khususnya, boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah dalam saluran usus.

Bakteria baik ini dikaitkan dengan keberkesanan insulin.

#6. Kurangkan pengambilan karbohidrat

fungsi insulin

Karbohidrat adalah punca utama peningkatan paras gula dalam darah.

Ini kerana, karbohidrat yang masuk ke dalam badan akan dipecahkan menjadi gula.

Lebih banyak karbohidrat yang anda ambil, maka paras gula darah juga akan meningkat naik.

Apabila gula darah meningkat, keberkesanan insulin mungkin berkurangan.

#7. Tidur dengan cukup

Kurang tidur boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit.

Kesan insulin juga mungkin akan berkurangan, terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat tidur malam yang panjang.

Setiap orang perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk mendapat kesan insulin yang sepenuhnya. 

#8. Kurangkan stres dan tekanan

Tekanan atau stres boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk menyimpan dan menggunakan gula.

Hormon yang dikeluarkan semasa stres akan memecahkan gula yang disimpan dalam badan dan memasuki aliran darah.

fungsi insulin

Biasanya, badan hanya menghasilkan tenaga apabila diperlukan.

Tetapi jika terdapat tekanan berterusan, paras gula akan meningkat secara perlahan-lahan, yang kemudiannya mendorong kepada kekurangan insulin.

Kesimpulan

Cara-cara meningkatkan keberkesanan insulin seperti di atas ini bukan sahaja terpakai kepada penghidap diabetes, tetapi juga mereka yang tidak mempunyai diabetes.

Ini kerana, jika keberkesanan insulin menurun dalam kalangan individu yang normal, maka dia akan mula mendapat diabetes. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Insulin Resistance. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22206-insulin-resistance#:~:text=Physical%20activity%3A%20Getting%20regular%20amounts,uptake%20by%20at%20least%2040%25. Accessed on November 22, 2022.

Understanding Insulin Resistance. https://diabetes.org/healthy-living/medication-treatments/insulin-resistance. Accessed on November 22, 2022.

Brown, M. D., Moore, G. E., Korytkowski, M. T., McCole, S. D., & Hagberg, J. M. (1997). Improvement of insulin sensitivity by short-term exercise training in hypertensive African American women. Hypertension (Dallas, Tex. : 1979), 30(6), 1549–1553. https://doi.org/10.1161/01.hyp.30.6.1549. Accessed on November 22, 2022.

Insulin Resistance. https://familydoctor.org/condition/insulin-resistance/. Accessed on November 22, 2022.

Insulin Resistance and Diabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/insulin-resistance.html. Accessed on November 22, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

BAHAYA! Cepat Penat Mungkin Petanda Paras Insulin Terlalu Tinggi! Semak 6 Simptom Lain

Ini 5 Kesan Sampingan Suntikan Insulin, Risiko No. 5 Berkait Dengan Lelaki!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan