backup og meta

Senarai Buah-Buahan Yang Baik & Perlu Dielak Oleh Penghidap Diabetes

Senarai Buah-Buahan Yang Baik & Perlu Dielak Oleh Penghidap Diabetes

Adakah pengambilan buah boleh beri kesan buruk kepada paras gula darah pesakit diabetes? Bagi penghidap diabetes, ada beberapa jenis buah untuk diabetes yang boleh dimakan.

Ada juga buah untuk kencing manis yang mungkin perlu dikawal pengambilannya.

Apakah rekomendasi buah tersebut?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Buah untuk diabetes: Patut ambil atau tidak jika mempunyai diabetes?

Mungkin ada yang mencadangkan kepada pesakit diabetes bahawa mereka perlu mengelak daripada memakan buah.

Namun, pengambilan buah-buahan sebenarnya adalah sebahagian daripada pelan pengurusan diabetes yang sangat baik.

Terdapat satu kajian menyatakan bahawa, pesakit diabetes yang mengambil buah-buahan segar sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami komplikasi vaskular dan juga risiko kematian.

Tetapi perlu juga difahami bahawa tidak semua buah-buahan itu sesuai kepada mereka yang menghidap diabetes.

Ini kerana setiap buah-buahan mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang berbeza yang boleh mempengaruhi paras gula darah.

gula dalam darah
Cara kurangkan gula dalam darah.

Begitu juga dengan jumlah pengambilan buah-buahan tersebut.

Bagaimana untuk memahami nilai GI dalam buah-buahan?

Bagi penghidap diabetes, buah yang sesuai dimakan perlulah dilihat dari segi nilai indeks glisemik (GI).

GI adalah satu penilaian makanan yang bermula daripada nilai 1 hingga 100.

Semakin tinggi nilai GI makanan tersebut, maka semakin cepat makanan tersebut meningkatkan paras gula darah.

Sebagai contoh, makanan dengan nilai GI 40 lebih baik daripada makanan dengan nilai GI 70.

Semakin rendah nilai GI makanan tersebut, maka semakin lambat paras gula darah meningkat naik.

Anda perlulah melihat kepada jenis buah dengan nilai GI yang rendah.

Buah dengan nilai GI yang rendah sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak mempengaruhi paras gula darah dengan begitu cepat. 

Jenis-jenis buah untuk diabetes mengikut nilai GI

buah untuk diabetes
Jenis buah-buahan untuk kencing manis.

Bagi anda yang ingin mengetahui apakah jenis buah yang mempunyai nilai GI yang tinggi atau rendah, sila lihat senarai ini:

Buah untuk kencing manis dengan GI rendah

Buah-buahan ini memiliki nilai GI 55 dan ke bawah:

  • Buah pic
  • Oren
  • Ceri
  • Pisang
  • Avokado
  • Epal
  • Anggur
  • Kiwi
  • Buah beri

Buah dengan GI sederhana

Buah-buahan ini memiliki nilai GI antara 56 hingga 69:

Buah dengan GI tinggi

Buah-buahan ini memiliki nilai GI lebih daripada 70:

Ini cara untuk anda tentukan jumlah hidangan buah 

Perlu diingat, walaupun buah yang anda makan itu rendah nilai GI, tetapi ia masih boleh meningkatkan paras gula darah anda dengan cepat jika dimakan terlalu banyak.

Oleh sebab itu, anda masih perlu mengawal jumlah atau bahagian buah yang ingin anda makan.

Anda disarankan untuk mengambil satu hidangan buah setiap kali waktu makan.

Satu hidangan buah bersamaan dengan 15 gram karbohidrat.

Berapa banyak jumlah buah yang boleh dimakan dalam satu hidangan itu bergantung kepada jenis buah itu sendiri.

Berikut adalah jumlah buah untuk diabetes dalam satu hidangan mengikut jenis buah:

  • Buah epal / oren / pic / pir: 1 potong buah
  • Buah pisang: Setengah biji pisang yang bersaiz sederhana
  • Aprikot: 4 biji bersaiz kecil
  • Kiwi: 2 biji bersaiz kecil
  • Tembikai / tembikai susu: 1 cawan 
  • Anggur: 17 biji bersaiz kecil
  • Mangga: ⅓ biji
  • Bluberi: ¾ cawan
  • Strawberi: 1 cawan suku

Jenis buah untuk diabetes yang perlu dielakkan

buah untuk diabetes
Buah-buahan yang segar untuk diabetes.

Apakah buah yang tidak sesuai untuk pesakit kencing manis?

Bagi penghidap kencing manis, anda hanya disarankan untuk mengambil jenis buah-buahan segar sahaja.

Ini kerana buah-buahan segar masih mengandungi kandungan serat yang baik untuk mengawal paras gula darah anda.

Sebarang jenis buah-buahan yang telah diproses tidak disarankan untuk diambil.

Berikut adalah antara buah yang tidak sesuai untuk pesakit kencing manis:

Buah yang tidak sesuai untuk pesakit kencing manis#1. Buah-buahan kering

Buah-buahan kering adalah antara jenis snek yang sering diambil oleh masyarakat kita.

Ada yang dimakan begitu sahaja dan ada juga yang menggunakannya dalam resepi kek dan juga kuih-muih.

Kebanyakan buah-buahan kering ini ditambah dengan gula tambahan semasa ia diproses.

Ia bukan sahaja tinggi kandungan gula, malah kekurangan kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk pesakit diabetes.

Antara jenis buah-buahan kering yang perlu dielakkan adalah seperti kismis, aprikot dan kundur kering. 

#2. Jus buah untuk diabetes

Walaupun jus buah untuk diabetes dihasilkan daripada jenis buah-buahan segar, ia tidak lagi mempunyai khasiat seperti anda memakan buah-buahan segar.

Fakta

Jus yang diperbuat daripada 100% buah tanpa tambahan gula juga boleh meningkatkan paras gula darah dengan cepat.

Ini kerana, apabila anda mengisar buah untuk dijadikan jus, hampir kesemua serat buah akan hilang dan dibuang.

Oleh itu, tubuh badan anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mencerna buah tersebut.

Ini akan menjadikan ia lebih cepat diserap ke dalam darah sekali gus meningkatkan paras gula darah dengan pantas. 

Kesimpulan 

Kini anda telah mengetahui apakah jenis buah yang sesuai untuk anda.

Perlu diingat, buah-buahan ini sememangnya memberikan manfaat kepada penghidap kencing manis.

Namun, jenis buah serta jumlah pengambilannya perlulah diperhatikan agar tidak menyebabkan kenaikan paras gula darah secara mendadak. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Carbohydrate choice list.https://www.cdc.gov/diabetes/managing/eat-well/diabetes-and-carbs/carbohydrate-choice-lists.html. Accessed 19 May 2022.
  2. Diabetes.https://journals.plos.org/plosmedicine/article?id=10.1371/journal.pmed.1002279. Accessed 19 May 2022.
  3. Fruit.https://www.diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition/eating-well/fruit. Accessed 19 May 2022.
  4. Fruits. https://www.myplate.gov/eat-healthy/fruits. Accessed 19 May 2022.
  5. Best fruits for diabetes. https://mantracare.org/diabetes/diet/best-fruits-for-diabetics/ Accessed 19 May 2022.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tidak Perlu Krim Pemutih, Makan Saja 10 Buah-Buahan Ini Untuk Kulit Cantik! #StayAtHome

Makan Lebih Buah-buahan dan Sayuran Mampu Tingkatkan Kesejahteraan Mental


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan