backup og meta

Pelik, Kenapa Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi Lepas Bangun Tidur? Ada 3 Punca!

Pelik, Kenapa Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi Lepas Bangun Tidur? Ada 3 Punca!

Perasan tak, bacaan gula dalam darah akan jadi lebih tinggi daripada biasa pada waktu pagi? Bagi individu yang tidak menghidap kencing manis, peningkatan ini tidak akan membawa sebarang kesan. Namun, sebaliknya pula untuk mereka yang menghidap diabetes. Sebab itulah, bacaan gula normal waktu pagi untuk penghidap kencing manis mungkin lebih tinggi daripada biasa.

Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan punca bacaan gula anda memuncak pada waktu pagi. Jika tidak diuruskan dengan betul, masalah ini boleh menyebabkan komplikasi kesihatan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Cuba periksa, adakah bacaan gula normal waktu pagi?

bacaan gula normal waktu pagi
Bacaan gula dalam badan yang normal.

Walaupun diabetes dapat dikawal dengan baik, namun pesakit kencing manis masih akan alami peningkatan kadar gula dalam darah pada waktu pagi.

Ada 3 penyebab utama masalah ini:

  • Fenomena fajar
  • Kesan Somogyi
  • Tahap insulin yang kian rendah

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga efek di atas berlaku bukan sahaja pada waktu pagi, ia juga akan terjadi ketika pesakit bangun setelah tidur terlalu lama!

Malah, pesakit yang bekerja pada waktu malam dan tidur pada waktu siang juga bakal mengalami efek yang sama.

Untuk individu yang sihat, tahap gula dalam darah yang normal adalah:

  1. Antara 4.0-5.4 mmol/L (72-99 mg/dl) ketika berpuasa.
  2. Sehingga 7.8 mmol/L (140 mg/dl) 2 jam selepas makan.

Bagi mereka yang menghidap menghidap diabetes pula, bacaan gula normal waktu pagi adalah seperti berikut:

  1. Sebelum makan: 4 to 7 mmol/L untuk penghidap diabetes jenis 1 dan 2.
  2. Selepas makan: Bawah 9 mmol/L untuk penghidap diabetes jenis 1 dan 8.5 mmol/L untuk penghidap diabetes jenis 2.

1. Keberkesanan insulin makin menurun

Satu lagi punca tahap glukosa dalam darah tinggi pada waktu pagi adalah keberkesanan insulin yang makin menurun.

Jika badan tidak menerima insulin yang mencukupi pada waktu malam, bacaan gula dalam darah pasti akan meningkat pada keesokan pagi.

Apakah punca tahap insulin dalam badan berkurangan?

Punca tahap insulin berkurang berbeza dari individu ke individu.
Walau bagaimanapun, ia selalunya berlaku apabila pam insulin merembeskan insulin asas (basal) yang terlalu rendah pada waktu malam.
Durasi pemberian insulin turut memainkan peranan tersendiri. Jika anda menyuntik insulin terlalu awal, ia mungkin tidak dapat bertahan sehingga keesokan hari.

2. Bacaan gula dalam darah tinggi disebabkan fenomena fajar (dawn phenomenon)

bacaan gula normal waktu pagi
Bacaan gula dalam tubuh yang normal.

Badan kita perlukan tenaga untuk bekerja. Jadi, pada sekitar pukul 3-8 pagi, badan akan mula memproses glukosa yang ada dalam badan dan menukarkannya kepada tenaga.

Dalam masa yang sama, sel beta dalam pankreas pula akan mula merembeskan insulin untuk memastikan kadar gula dalam darah kekal seimbang.

Bagi pesakit diabetes, semua ini akan berlaku sebelum anda sempat mengambil ubat. Ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara drastik sewaktu anda baru bangun tidur.

Secara puratanya, hampir separuh penghidap diabetes jenis 1 atau 2 mengalami dawn phenomenon. Fenomena ini membuatkan bacaan gula normal waktu pagi atau fajar meningkat naik.

3. Kesan Somogyi 

Mendapat nama daripada Dr. Michael Somogyi, ahli kimia yang menemuinya pada tahun 1930, kesan Somogyi merupakan tindak balas badan terhadap kadar hipoglisemia pada waktu malam.

Sebagai contoh, jika anda terlupa makan malam atau ambil terlalu banyak insulin pada waktu petang, kadar gula dalam darah mungkin akan menjunam pada waktu malam.

Badan pula akan menghasilkan lebih banyak glukosa sebagai respons. Anda pula akan bangun pagi dengan bacaan gula dalam darah yang lebih tinggi daripada biasa.

Bagaimana untuk pastikan bacaan gula normal waktu pagi?

gula dalam darah
Simptom jika gula dalam darah tinggi dan rendah.

Jika bacaan gula normal waktu pagi anda meningkat, pastikan anda berjumpa doktor untuk tentukan punca yang sebenar.

Jika anda menghidap fenomena Fajar:

  1. Tukar masa atau jenis ubat diabetes yang diambil.
  2. Makan sarapan yang lebih ringan.
  3. Tingkatkan dos ubat-ubatan diabetes pada waktu pagi.
  4. Jika anda mengambil insulin, tukar kepada pam insulin dan programkannya untuk melepaskan lebih banyak insulin pada waktu pagi.

Jika anda mengalami kesan Somogyi:

  1. Rendahkan dos ubat diabetes yang menyebabkan kadar gula darah menurun.
  2. Ambil snek sebelum tidur.
  3. Jangan bersenam pada waktu malam.
  4. Jika anda mengambil insulin, programkan pam tersebut untuk merembeskan kurang insulin pada waktu malam.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Blood Sugar Level Ranges. https://www.diabetes.co.uk/diabetes_care/blood-sugar-level-ranges.html. Accessed on September 7, 2022.
  2. Blood Sugar. https://medlineplus.gov/bloodsugar.html. Accessed on September 7, 2022.
  3. Blood Sugar: Hidden Causes of High Blood Sugar Levels in the Morning. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11443-blood-sugar-hidden-causes-of-high-blood-sugar-levels-in-the-morning. Accessed on September 7, 2022.
  4. High Morning Blood Sugars. https://diabetes.org/diabetes/treatment-care/high-morning-blood-glucose. Accessed on September 7, 2022.
  5. The dawn phenomenon: What can you do? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/expert-answers/dawn-effect/faq-20057937. Accessed on September 7, 2022.

Versi Terbaru

09/07/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini 5 Jenis Ubat Kencing Manis Cara Kampung, No 1 Paling Ramai Orang Amalkan!

Carta Kencing Manis Untuk Pesakit Diabetes, Ini 3 Jenis Ujian Bantu Uruskan Diabetes!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan