backup og meta

Risiko Kondisi Hiperglisemia Dan Hipoglisemia, Sebab Itu Kena Kerap Periksa Glukosa!

Risiko Kondisi Hiperglisemia Dan Hipoglisemia, Sebab Itu Kena Kerap Periksa Glukosa!

Tahukah anda, jadual bacaan gula dalam darah yang terlalu tinggi dan terlalu rendah boleh mengancam nyawa anda?

Jom baca artikel ini untuk tahu ketidaknormalan jadual bacaan gula dalam darah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Jadual bacaan gula dalam darah tinggi

Apakah punca hiperglisemia?

Kadar gula dalam darah yang sentiasa berada pada tahap yang tinggi adalah penyebab utama diabetes.

Kadangkala, anda juga mungkin memiliki jadual bacaan gula normal yang sedikit tinggi walaupun anda mengambil ubat-ubatan diabetes.

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang bermaksud bahawa diabetes anda tidak dikawal dengan baik. Antara sebab-sebab mengapa kadar gula anda berada pada tahap yang tinggi adalah:

  1. Anda tidak mengambil ubat-ubatan diabetes seperti yang disarankan.
  2. Tidak mengambil jumlah ubat-ubatan diabetes dengan betul.
  3. Mengambil sesetengah ubat yang meningkatkan gula darah atau menjadikan ubat-ubatan gula darah anda tidak begitu berkesan.
  4. Mengambil terlalu banyak kalori dengan memakan makanan dengan jumlah yang besar atau memakan makanan berkalori tinggi atau juga mengambil minuman yang tinggi dengan kandungan gula.
  5. Memakan terlalu banyak sumber karbohidrat seperti makanan yang terbuat daripada gula, tepung putih atau beras putih.
  6. Tidak banyak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal.
  7. Jatuh sakit termasuklah selesema, flu, jangkitan gigi, jangkitan saluran kencing, terutama sekali sekiranya anda demam.
  8. Sekiranya anda menggunakan insulin tetapi mempunyai masalah dengan insulin anda. Contohnya, penggunaan jenis insulin yang salah atau tidak berkesan disebabkan cara penyimpanan yang salah.
  9. Sekiranya anda menggunakan pam insulin tetapi pam tersebut mempunyai masalah. Contohnya, pam tersebut tidak berfungsi.
jadual bacaan gula dalam darah
Bacaan gula dalam darah tinggi.

Apakah simptom hiperglisemia?

Pada kebiasaannya, bacaan gula normal dalam darah yang agak tinggi tidak menyebabkan sebarang simptom.

Walau bagaimanapun, jika jadual bacaan gula dalam darah berada pada tahap yang terlalu tinggi, contohnya 300 miligram bagi setiap desiliter (300 mg/dl) atau lebih, dan kekal pada bacaan tersebut selama satu hari atau lebih lama, anda mungkin akan memiliki simptom-simptom berikut.

Antara simptom-simptom tersebut adalah:

  • Penglihatan yang kabur atau kurang jelas
  • Mulut yang kering
  • Rasa terlalu dahaga
  • Banyak minum air
  • Banyak membuang air kecil
  • Keletihan

Sekiranya jadual bacaan gula dalam darah berada pada kadar 600 mg/dL atau lebih tinggi, ia boleh menyebabkan koma bahkan maut.

gula dalam darah
Ketidaknormalan gula dalam darah.

Jadual bacaan gula dalam darah rendah

Apakah punca hipoglisemia?

Kadar gula darah yang rendah biasanya adalah kesan sampingan daripada rawatan diabetes. Ia juga boleh disebabkan hasil daripada ubat-ubatan atau keadaan dan penyakit-penyakit lain.

Apabila anda mempunyai diabetes, kadar gula darah yang rendah mungkin disebabkan oleh insulin yang terlalu banyak atau ubat-ubatan diabetes yang lain.

Sekiranya anda menggunakan insulin, kadar gula darah yag rendah ini mungkin berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  1. Anda secara tidak sengaja telah menggunakan terlalu banyak insulin atau jenis insulin yang salah.
  2. Insulin anda tidak lagi berkesan kerana telah luput atau tidak disimpan dalam keadaan yang baik.
  3. Memiliki pam insulin yang tidak berfungsi dengan baik.

Perkara lain yang juga boleh membawa jadual bacaan gula dalam darah rendah ketika anda menghidap diabetes ialah:

  1. Terlalu banyak melakukan senaman lebih daripada kebiasaannya.
  2. ‘Skip’ waktu makan atau melambatkan waktu makan.
  3. Makan makanan dengan jumlah yang terlalu sedikit.
  4. Diet untuk mengurangkan berat badan.
  5. Tidak mengambil ubat-ubatan diabetes mengikut waktu seperti yang disarankan.
  6. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan lain.
  7. Meminum minuman beralkohol.
  8. Masalah cirit-birit atau muntah-muntah.

Apakah simptom hipoglisemia?

jadual bacaan gula dalam darah
Bacaan gula dalam darah rendah.

Penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tahap gula darah yang rendah secepat yang mungkin sebelum ia menjadi sangat rendah dan boleh menyebabkan reaksi yang teruk.

Antara simptom-simptom kurangnya gula dalam darah ialah:

  • Berasa lapar
  • Gementar
  • Berpeluh
  • Menggeletar
  • Rasa pening kepala
  • Loya atau mual
  • Denyutan nadi yang laju
  • Badan berasa tidak sedap

Bagi sesetengah individu, jadual bacaan gula dalam darah 90 mg/dL (5 mmol/L) boleh menyebabkan simptom-simptom ini.

Manakala untuk individu lain pula, simptom mungkin tidak lagi kelihatan sehinggalah bacaan gula darah berada bawah daripada 70 mg/dL (4 mmol/L). 

Sesetengah ubat-ubatan darah tinggi yang disebut beta blockers boleh menyembunyikan simptom-simptom gula darah yang rendah.

Bertanyalah kepada doktor perubatan sekiranya ubat darah tinggi yang anda ambil itu mempunyai kesan seperti yang telah dinyatakan.

Maka, ada dua keadaan bacaan glukosa dalam darah yang anda perlu ambil tahu dan khuatiri:

  1. Hiperglisemia – apabila bacaan gula dalam darah anda terlalu tinggi.
  2. Hipoglisemia – apabila bacaan gula dalam darah anda terlalu rendah.

Dalam pada itu, anda sudah kena tahu bila waktu sesuai cek gula dalam darah agar ia kekal stabil ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetic coma. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-coma/symptoms-causes/syc-20371475. Accessed Oct 18, 2021.
  2. What is Diabetes? https://www.cdc.gov/diabetes/basics/diabetes.html. Accessed Oct 18, 2021.
  3. What is Diabetes? https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes. Accessed Oct 18, 2021.
  4. Diabetes. https://medlineplus.gov/diabetes.html. Accessed Oct 18, 2021.
  5. Diabetes Center. https://my.clevelandclinic.org/departments/endocrinology-metabolism/depts/diabetes. Accessed Oct 18, 2021.

Versi Terbaru

03/03/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!

Senarai Makanan Patut Diambil Dan Perlu Dielak Buat Pesakit Kencing Manis!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan