Masalah ruam lampin biasa berlaku kepada bayi berusia bawah setahun setengah. Turut dikenali sebagai dermatitis lampin, ia adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kemerah-merahan dan berlaku radangan pada bahagian punggung, sekitar kemaluan bayi dan bahagian lipatan paha serta pada tempat lampin menyentuh kulit badan. Bahagian kulit ini akan menjadi kering, berkilat dan berbintik.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Faktor berlakunya ruam lampin bayi
Dermatitis lampin mungkin berlaku disebabkan oleh:
- Iritasi daripada air kencing dan najis
- Kulit sensitif
- Pemakaian lampin yang lama dan terlampau ketat
- Fabrik lampin tidak bersesuaian dengan kulit bayi
- Keadaan kulit yang lembap
- Penggunaan sabun mandian dan tisu basah yang tidak sesuai dengan kulit bayi

Bagaimana merawat dermatitis lampin bayi
- Cara paling penting untuk mengelak dan merawat ruam adalah memastikan lampin bayi anda sentiasa bersih dan kering. Anda perlu kerap memeriksa lampin bayi dan menukarnya sebaik sahaja mendapati terdapat air kencing atau najis. Jangan biarkan lampin bayi anda dalam keadaan kotor atau basah
- Cuci punggung bayi anda dengan menggunakan air suam. Pastikan anda membilas punggung bayi anda dengan air yang bersih dan lapkan kulit bayi dengan lembut sehingga kering
- Selepas memandikan bayi, biarkan bayi terbaring tanpa lampin selama beberapa minit bagi memberi kulitnya bernafas dan membiarkan kawasan lampin kering
- Elakkan menggunakan tisu basah bayi yang mengandungi alkohol

- Jika bayi anda mengalami ruam disebabkan alergi pada sabun mandian atau bedak mahupun losen, usah bimbang. Ruam tersebut akan hilang dengan sendirinya asalkan anda tidak lagi menggunakan produk tersebut
- Gunakan emolien yang berfungsi sebagai pelembap pada kulit yang mengalami dermatitis lampin. Anda juga boleh memilih krim atau antiseptik lembut untuk diletakkan pada kulit yang terkena ruam
- Pastikan anda menggunakan lampin yang berkualiti dan kurang kebocoran bagi memastikan punggung bayi anda sentiasa kering dan bersih
- Jangan memakaikan lampin bayi terlalu ketat. Pastikan bayi mendapatkan ruang pengudaraan yang cukup semasa dipakaikan lampin. Sekiranya anda menggunakan lampin pakai semula, pastikan bahawa anda menjemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.
Konklusi
[embed-health-tool-vaccination-tool]