Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/03/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Pernah tak anda berdepan situasi di mana anak menangis ketika di pusat membeli belah hanya kerana anda tidak mahu menunaikan kehendaknya? Pernah tak anda berada dalam dilema dan rasa bersalah selepas memarahi anak yang meragam, sedangkan anda sedar bahawa ketika itu sebenarnya anak anda meragam kerana keletihan dan tidak cukup tidur? Apa sebenarnya yang anda mahu tanamkan dalam diri anak anda? Untuk menunjukkan kepadanya siapa yang lebih berkuasa? Atau anda ingin membantu anak anda membesar menjadi individu yang berkeyakinan dan mempercayai diri? Berikut beberapa tip menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak anda.

Prinsip menjadi ibu bapa terbaik

Siapa kata menjadi ibu bapa terbaik adalah mudah? Malah, definisi ibu bapa yang terbaik itu juga adalah sesuatu yang subjektif. Apa yang terbaik, seperti dari aspek didikan dan pergaulan, untuk anak anda belum tentu merupakan satu kaedah yang terbaik untuk anak individu lain, begitu juga dengan sebaliknya.

Bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik? Apakah ciri-ciri yang harus ada untuk digelar sebagai terbaik? Atau apa yang perlu dielakkan untuk tidak digelar sebagai ibu bapa yang tidak baik?  Secara umumnya, terdapat beberapa sifat dan ciri-ciri yang ditemui pada ibu bapa yang mengamalkan prinsip keibubapaan yang baik.

  1. Contoh ikutan

Apa yang anda lakukan, sama ada anda sedar atau tidak, akan diperhatikan oleh anak anda. Anak anda adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda gemar untuk memaki hamun, cuba periksa anak anda, bagaimanakah tingkah lakunya bersama rakan dan adik beradiknya yang lain? Dan bagaimana pula jika anda gemar berterima kasih dan menjaga tutur kata kepada individu lain yang membantu anda? Percayalah anak anda pasti akan menurut jejak langkah anda. Berubahlah jika anda mahukan yang terbaik untuk anak anda. Jadilah individu yang baik untuk menjadi contoh kepada anak.

  1. Sokongan, bukan paksaan

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tetapi memaksa, mengugut atau menghukum anak atas kegagalan yang diperolehi tidak akan membantu. Sebaliknya ia hanya memburukkan keadaan. Anak anda mungkin membesar dengan jiwa yang memberontak. Setiap anak mempunyai kelebihan yang tersendiri, berikan sokongan kepada dalam apa juga yang diminatinya dan bantunya untuk mencari kelebihan diri seandainya dia masih meragui keupayaan dirinya. Ketahui apa yang anak anda perlukan dan mahukan, bukan apa yang anda inginkan dan mahukan.

  1. Benarkan anak berdikari

Menyayangi anak tidak bermakna anda harus mengongkong segala perlakuannya. Ibu bapa yang baik pasti akan menyedari bahawa adalah penting untuk memberikan anak peluang untuk melakukan setiap perkara secara sendiri. Biarkan mereka berdikari, hadapi kesukaran dan merasa puas setelah berjaya melakukannya sendiri. Percayalah, jika sesuatu perkara itu sukar untuk dilakukan sendirian, mereka pasti akan meminta bantuan dari anda, tetapi sebolehnya galakan untuk mereka mencuba terlebih dahulu, mereka pasti akan belajar sesuatu daripadanya.

  1. Jangan memanjakan

Pernahkah anda menonton filem lakonan Tan Sri P.Ramlee bertajuk ‘Anakku Sazali’? Mengisahkan bagaimana kasih sayang seorang bapa yang keterlaluan akhirnya memakan diri sendiri, di mana anaknya menjadi anak yang besar kepala, sukar untuk ditegur dan segala sifat negatif yang kita pasti kita tidak mahu wujud pada diri anak kita. Tidak salah untuk memanjakan anak, sekali sekala. Tetapi harus punyai batasan. Manjakan anak dengan kasih sayang dan bukan sekadar bersifat material semata.

  1. Akui kesilapan diri

Pastinya anda sebagai ibu bapa akan mengajar anak untuk meminta maaf jika melakukan kesalahan, bukan? Maka, anda juga harus melakukan hal yang sama. Tiada manusia yang sempurna bukan? Dan atas sebab itu tiada ibu bapa yang sempurna. Akui kesilapan anda dan meminta maaf. Anak anda pasti akan belajar daripada apa yang anda lakukan dan akan bertanggungjawab atas segala tindakan mereka.

  1. Disiplin

Ia tidak sama dengan menghukum. Ia bertujuan untuk menjadikan anak anda lebih bertanggungjawab dalam kehidupannya. Sebagai contoh, ajarkan kepadanya bagaimana untuk menghormati masa sendiri dan juga masa individu lain, bagaimana harus menepati janji, bagaimana menjadi individu yang boleh mengikuti peraturan dan undang-undang. Percayalah anak yang tidak dididik dengan disiplin lebih cenderung untuk menjadi individu yang bermasalah pada masa hadapan.

Misalnya, anda mungkin boleh tetapkan peraturan untuk anak anda yang masih bersekolah dan berusia bawah 12 tahun, untuk pulang ke rumah selepas bermain bersama rakan pada waktu petang sebelum pukul 7 malam. Ia bukan sahaja untuk mendisplinkannya tetapi ia juga berkaitan dengan keselamatan anak. Sebaiknya untuk sebarang peraturan yang anda tetapkan, berikan penerangan kepada anak anda sebab dan kenapa anda lakukan peraturan seperti ini, agar dia akan lebih memahami tujuan peraturan diwujudkan.

  1. Melibatkan diri dalam hidup anak

Membiarkan anak berdikari tidak bermakna anda boleh melepas tangan. Sebaliknya, ambil tahu apa yang anak anda lakukan, ke mana dia pergi, dengan siapa dia berkawan dan sebagainya. Tetapi jangan mengawal. Berikan anak anda ruang untuk menikmati kehidupannya dalam cara yang masih terkawal dan selagi ia tidak melampaui batasan norma kehidupan.

Ia sememangnya memerlukan usaha dan masa untuk mengubah keutamaan dalam diri anda. Tetapi sebagai ibu bapa, ini ialah pengorbanan yang anda harus lakukan. Biarkan anak anda mengetahui bahawa anda sentiasa ada untuk mereka sama ada secara fizikal mahupun mental. Tapi jangan tersalah tafsir, melibatkan diri dalam hidup anak tidak bermakna anda harus melakukan tugasan rumah yang diberikan guru sekolah anak anda.

Untuk merapatkan hubungan anda bersama anak, mungkin anda boleh luangkan masa pada hujung minggu dengan melakukan perkara yang anak anda gemari, atau berkelah di tepi pantai atau mungkin keluar makan malam bersama keluarga dan membeli belah.

  1. Konsisten

Ada masanya sukar untuk menjadi konsisten bukan? Apatah lagi untuk sesuatu perkara yang bukan rutin harian kita? Walau bagaimanapun, jika anda mahukan anak anda untuk meletakkan baju kotor ke dalam bakul yang disediakan, sebagai contoh situasi, anda juga harus melakukan perkara yang sama. Jangan sepahkan baju kotor di merata tempat, walaupun ia masih di dalam bilik tidur anda. Ingat, anak anda memerhati apa yang anda lakukan. Jika anda inginkan anak anda balik ke rumah sebelum pukul 7 malam, pastikan jika anak anda lewat pulang, anda mendendanya. Tetapi ia bukanlah satu denda untuk menghukum, sebaliknya ia adalah untuk mengingatkan anak anda tentang tanggungjawabnya.

  1. Mendengar dan bercakap

Jika anak anda ingin meluahkan sesuatu, berikan ruang kepadanya. Jangan memotong atau menghakiminya sehingga dia selesai berkata. Ini kerana jika anda memotong atau mencelah apa yang sedang dikatakannya, ia berkemungkinan akan membuatkan anak anda berhenti untuk meluahkan dan tidak akan memilih untuk berkongsi sebarang masalah dengan anda. Berikan sepenuh perhatian. Ketepikan telefon, komputer, televisyen atau apa sahaja yang boleh mengganggu konsentrasi anda bersama anak.

  1. Raikan kejayaan

Walaupun anak anda mungkin hanya memenangi hadiah sagu hati untuk pertandingan bercerita di sekolahnya, raikanlah, mungkin dengan memberikan dia coklat kegemaran atau ice yang disukainya. Biarkan dia mengetahui anda bangga dengan apa yang dilakukannya. Ketahuilah, ia memerlukan keberanian untuk anak anda tampil di hadapan khalayak umum.

  1. Hormati dan sayangi

Hormati anak anda sebagaimana anda mahukan diri anda dihormati. Jangan pernah merendah-rendahkan atau memalukan anak anda di hadapan individu lain walaupun anda hanya berniat untuk mengajarnya atau mungkin sekadar bergurau. Kerana tindakan sebegitu cenderung menyebabkan anak anda merasa malu dan akhirnya menyimpan dendam.

Sentiasa mengucapkan rasa sayang kepadanya sedari kecil kerana ia pasti akan membantu dirinya apabila mengetahui dirinya disayangi anda. Jika anak anda masih kecil, peluklah dan katakan “Mama sayang awak” dengan kerap tanpa mengira masa dan keadaan. Tetapi untuk anak yang sudah meningkat remaja, pastikan situasi terlebih dahulu, pastinya anda tidak mahu menimbulkan situasi yang tidak diingini.

Percaya pada diri

Tidak kira sama ada anda membesarkan anak bersama pasangan atau anda memegang status ibu atau bapa tunggal, membesar anak bukanlah satu tugasan yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan. Jika anda merasa tertekan, berkongsi dan dapatkan bantuan serta sokongan dari keluarga dan rakan. Jangan pernah memendam apa yang anda rasai kerana ia akan menjejaskan dan memberi impak kepada perhubungan anak dan anda. Percayalah, anda mampu menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Pernahkah anda terfikir bahawa apa perlu dibuat jika berlaku situasi suami isteri bersetubuh dan terkantoi dengan anak? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Perhubungan yang terjalin, khususnya antara ibu dan anak ketika dalam kandungan adalah ikatan yang paling istimewa. Tetapi bagaimana untuk menunjukkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

    Selain pengambilan pil perancang keluarga, anda dan pasangan juga boleh menggunakan metode NFP untuk merancang keluarga. Sila baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    bayi julur lidah

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    ujian kehamilan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan