backup og meta

Perbezaan Cara Belajar Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan, Ibu Ayah Kena Lebih Alert!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2020

    Perbezaan Cara Belajar Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan, Ibu Ayah Kena Lebih Alert!

    Kanak-kanak lelaki dan perempuan belajar sesuatu yang baharu dengan cara yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tahu bagaimana untuk memahami kekuatan dan kelemahan anak anda dalam proses pembelajaran bagi memastikan mereka dapat belajar dengan baik.  

    Mengapa cara belajar kanak-kanak lelaki dan perempuan berbeza?

    Kajian berkaitan fungsi otak yang dijalankan menggunakan teknik imbasan jelas sekali menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan cenderung belajar dengan cara yang berbeza. Otak kanak-kanak perempuan cenderung kepada fungsi lisan. Ini menunjukkan kanak-kanak perempuan cenderung untuk belajar lebih baik sekiranya perkara yang mereka belajar itu melibatkan bahasa dan penulisan. Selain itu juga, bahagian hippocampus dalam otak kanak-kanak perempuan lebih besar daripada kanak-kanak lelaki. Bahagian ini mengawal fungsi memori, perhatian, pemikiran dan bahasa. Ini juga menunjukkan mengapa kanak-kanak perempuan lebih peka terhadap bahasa dan lebih mudah mengingati sesuatu perkara daripada kanak-kanak lelaki. Otak kanak-kanak lelaki pula cenderung kepada fungsi mekanikal dan fungsi spatial. Ini menunjukkan kanak-kanak lelaki cenderung untuk belajar lebih baik dengan bantuan gambar dan pergerakan.

    Selain itu, terdapat juga perbezaan daripada segi biokimia. Kanak-kanak lelaki mempunyai kandungan hormon serotonin dan oxytocin yang kurang berbanding wanita. Hormon ini berfungsi mengawal ketenanganan dalam diri. Disebabkan itu, kanak-kanak perempuan lebih bersifat tenang berbanding kanak-kanak lelaki yang mudah untuk gementar dan melakukan fidget. Berikut merupakan beberapa tip untuk anda gunakan dalam proses pembelajaran anak anda.

    Bagaimana untuk membantu kanak-kanak lelaki

    Di rumah:

    • Galakkan mereka berehat sebentar ketika sedang membuat kerja rumah.
    • Galakkan mereka sentiasa bergerak semasa sedang belajar. Jadikan proses pembelajaran sebagai suatu aktiviti permainan bagi mereka.
    • Jadi lebih kreatif untuk memastikan mereka kekal fokus dan seronok untuk belajar.
    • Galakkan mereka untuk mempunyai jadual belajar yang teratur.

    Di sekolah:

    • Beritahu guru tentang cara pembelajarannya pada permulaan tahun. Informasi ini dapat membantu para guru mengawal anak anda sekiranya mereka tidak mahu untuk belajar di sekolah.
    • Mencari alternatif. Jika anak anda mengalami kesukaran untuk membuat latihan di dalam buku, gunakan alternatif lain seperti belajar menggunakan komputer ataupun telefon pintar.

    Bagaimana untuk membantu kanak-kanak perempuan

    Di rumah:

    • Beri mereka permainan dan aktiviti yang membolehkan mereka memanipulasi benda seperti puzzle.
    • Anda boleh berbincang dengan mereka berkaitan pelajaran dan cara untuk menyelesaikan masalah mereka.
    • Gunakan matematik dan sains dalam aktiviti seharian. Contohnya, anda boleh mengajar topik pecahan ketika sedang memotong piza.
    • Anda boleh memperbanyakkan aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak atau bola baling untuk memastikan perkembangan motor dan skil mereka.  

    Di sekolah:

    • Sentiasa berbincang dengan guru berkenaan cara anak anda belajar.
    • Mencari alternatif. Jika anak anda tidak berminat dengan sesuatu subjek, galakkan anak anda untuk menguasai subjek tersebut dengan menggunakan cara belajar yang lain iaitu dengan penggunaan teknologi, seni, penulisan atau kerja kumpulan.
    • Galakkan anak anda menjadi ketua dalam projek-projek kumpulan untuk meningkatkan daya kepimpinan mereka.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan