Peranan Seorang Bapa Terhadap Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan para bapa akan berasa keliru apabila tiba saat kelahiran anak mereka. Ada sebahagian dari para bapa ini yang merasakan mereka terkecuali dan tidak perlu untuk menjalinkan hubungan dengan anaknya sepertimana para ibu melakukannya. Walaupun seorang bapa tidak mampu untuk menyusukan bayi, terdapat berbagai lagi peranan yang perlu dimainkan oleh seorang bapa terhadap anak mereka.

Hubungan bapa dengan anak yang erat dikaitkan dengan perkembangan kognitif yang lebih baik

Salah satu kebaikan keterlibatan seorang bapa dalam hidup anaknya adalah menyumbang kepada perkembangan kognitif anaknya. Kajian menunjukkan bahawa apabila bayi mencecah usia 5 bulan, kebolehan kognitif mereka akan berkembang pada tahap yang terbaik sekiranya mereka mempunyai hubungan yang erat dengan bapa mereka.

Ketika mencecah usia 1 tahun, kanak-kanak yang berinteraksi secara positif dengan bapa mereka akan menyebabkan kognitif mereka berfungsi lebih baik. Sebagai contoh, mereka telah terbukti mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang lebih baik. Ketika mencecah usia tiga tahun, mereka yang mempunyai hubungan erat dengan bapanya akan mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding sebaliknya. Ketika persekolahan pula, kanak-kanak yang rapat dengan bapanya akan lebih mudah menghadapi dan menyelesaikan masalah, mendapatkan gred yang baik serta terbukti lebih aktif di sekolah. Oleh itu, seorang bapa perlulah meluangkan lebih masa untuk bermain dan melakukan aktiviti bersama anak untuk mengeratkan hubungan anda dengan anak.

Aspek sains di sebalik kasih sayang seorang bapa

Para saintis telah menemui suatu perkara yang menarik iaitu seorang bapa dapat menggalakkan anak mereka untuk lebih gemar untuk berkomunikasi dengan berbual bersama mereka di rumah. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa mereka akan mempunyai skil komunikasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang kurang berinteraksi dengan ibu bapanya.

Antara sebab lain seorang bapa perlu meluangkan lebih masa dengan anaknya adalah untuk perkembangan sosial dan emosi mereka. Setiap kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ini bertujuan untuk kanak-kanak itu mula mempercayai mereka yang menjaganya. Hakikatnya, seorang ibu berperanan memberikan penjagaan yang paling baik dan selamat buat anaknya manakala seorang bapa pula berperanan membantu anaknya mengembangkan keupayaan dan kebolehan yang terdapat dalam diri anaknya. Pendek kata, kanak-kanak akan lebih berani untuk menerokai dunia luar sekiranya mereka mempunyai hubungan yang sangat erat dengan bapanya.

Pada dasarnya, seorang bapa akan dilihat kurang berinteraksi dengan anak mereka jika dibandingkan dengan seorang ibu. Namun begitu, peranan seorang bapa terhadap anaknya tidak dapat dicari ganti. Bapa yang berjaya menjalinkan hubungan yang rapat dengan anak mereka semenjak awal minggu kelahiran lagi telah menyediakan asas untuk hubungan yang erat bersama anak mereka sekaligus mendatangkan pelbagai manfaat untuk mereka. Oleh yang demikian, seorang bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang bapa dengan lebih meluangkan masa dengan anak mereka sekerap yang mungkin bagi menjamin masa depan anak yang lebih baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan