Penggunaan Telefon Pintar boleh Menjejaskan Hubungan bersama Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sebagaimana telefon pintar dan tablet mengaburkan garis sempadan di antara tempat kerja, rumah, dan kehidupan sosial, ibu bapa menghadapi kesukaran untuk menyeimbangkannya. Penggunaan teknologi telefon oleh ibu bapa di sekitar anak kecil boleh mengakibatkan ketegangan dalaman, konflik, dan hubungan negatif dengan anak mereka, menurut satu kajian.

Bagaimanakah penggunaan telefon mudah alih yang berleluasa boleh menjejaskan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak?

Peserta menunjukkan konflik dalaman yang berterusan di antara penggunaan teknologi telefon bimbit serbaguna, kerja dan anak-anak. Maklumat yang terlampau banyak dan ketegangan emosi di sekeliling menjejaskan rutin keluarga seperti waktu makan. Ia digambarkan seperti seluruh dunia di atas riba anda. Sesetengah ibu bapa juga melaporkan kesan trickle-down. Sebagai contoh, tindak balas emosi mereka terhadap apa sahaja yang dibaca mereka pada telefon bimbit, malahan emel kerja atau berita buruk, kadangkala mempengaruhi bagaimana mereka bertindak balas kepada anak mereka. Ibu bapa juga digambarkan dengan tingkah laku inginkan perhatian daripada anak-anak apabila ibu bapa terlalu menumpukan perhatian kepada telefon bimbit, yang mana menimbulkan hubungan negatif seperti memarahi anak-anak.

Kebaikan

Pada masa yang sama, penjaga berkata teknologi mudah alih memberikan “satu pelepasan” daripada kebosanan dan tekanan menjaga anak dan keperluan hidup. Faedah lain termasuklah berupaya untuk bekerja dari rumah (sekiranya hubungan digital ke tempat kerja boleh dipastikan), memudahkan komunikasi dengan ahli keluarga yang jauh dengan membolehkan ibu bapa melihat kehidupan mereka “yang ditapis”, dan menjadi alat yang menjaga suasana di rumah tenang dan aman. Anda tidak perlu berada di sisi anak anda setiap masa. Bahkan, amat berfaedah kepada mereka untuk berdikari. Ia juga penting kepada ibu bapa untuk mempunyai hubungan dengan tempat kerja dan aspek lain di dalam kehidupan mereka.

Keburukan

Para pengkaji melakukan kajian dengan lebih mendalam selepas melakukan kajian pemerhatian terhadap penjaga yang makan dengan anak kecil di restoran makanan segera. Di dalam kajian tersebut dan kajian video susulan, mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit ibu bapa berkaitan dengan beberapa hubungan verba dan bukan verba bersama anak mereka. Teknologi telah merubah cara penggunaan media digital di sisi anak mereka. Berbanding hiburan tradisional seperti buku, teknologi mudah alih dipercayai lebih memerlukan perhatian yang tidak boleh diramal dan memerlukan pelaburan emosi yang besar. Menyeimbangkan tugas menjaga anak dan teknologi boleh menyebabkan emosi dan mental keletihan.

Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?

  • Mempunyai masa menonton yang terkawal
  • Meletakkan had. Bina rutin keluarga termasuklah ruang tanpa teknologi atau masa yang khas untuk keluarga
  • Rekodkan penggunaan telefon bimbit. Pertimbangkan untuk menggunakan aplikasi penapis atau penghalang pada telefon anda bagi menghalang keinginan untuk menggunakannya di rumah
  • Kenal pasti aplikasi yang menyebabkan anda stres. Fikirkan tentang bahagian manakah di dalam telefon bimbit anda yang menyebabkan stres terhadap anda. Dengan ini, anda boleh mempunyai ruang masa kepada anda dan ruang untuk memproses maklumat tanpa mengganggu masa bersama anak-anak yang mungkin akan bertindak balas terhadap emosi negatif anda dengan perlakuan mereka yang negatif

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Tabiat gigit kuku ini bukan hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Anda perlu tahu keburukan menggigit kuku ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    bendasing dalam mata

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan