Memupuk Imej Positif Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam dunia yang serba canggih ini, kanak-kanak biasa melihat kepada individu yang kelihatan menawan dengan solekan yang sempurna dan pembedahan plastik, mengakibatkan mereka menyerap persepsi yang salah tentang standard kecantikan. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anak anda faham bahawa kecantikan datang dalam semua bentuk dan saiz, serta tiada kriteria tentang bagaimana rupa seseorang itu untuk dikira sebagai cantik dan menawan. Mempunyai imej yang positif boleh meningkatkan keyakinan diri anak anda supaya mereka boleh membesar dengan yakin dan bangga.

Mengapakah kanak-kanak mengambil berat tentang badan mereka?

Semakin anak membesar, mereka mula membandingkan diri mereka dengan rakan sebaya dan selebriti, seperti mencuba fesyen pakaian baru, solekan, dan gaya rambut untuk menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal apabila baligh. Penampilan mereka merupakan cara kanak-kanak menzahirkan diri mereka, menunjukkan minat mereka, personaliti, identiti, dan kebebasan mereka. Tambahan pula, penampilan adalah penting supaya kanak-kanak boleh bergaul dengan rakan sebaya. Keinginan untuk diterima rakan sebaya memberikan impak yang besar kepada pemikiran kanak-kanak, menjadikan penampilan sebagai keutamaan. Paras rupa atau pakaian yang tertentu menjadikan ia bukan sahaja sebagai satu minat tetapi merupakan cara untuk membantu kanak-kanak rasa terlibat, sama ada bersesuaian atau menonjol atau tergolong kepada suatu kelompok sosial.

Bagaimanakah untuk memupuk imej yang sihat?

  • Meskipun jerawat dan bintik-bintik di muka yang sedikit tidak memberi makna kepada anda, tetapi ia merupakan isu besar kepada anak anda. Maka, cubalah untuk memahami dan memberi sokongan. Jangan kritik anak anda apabila mereka risau dengan penampilan mereka. Ia merupakan sebahagian daripada proses membesar. Anda juga seperti itu sebelum ini, kan?
  • Berikan keyakinan. Pujilah paras rupa anak anda dan sebagainya, terutama sekali, personaliti, kekuatannya, tenaga, budi pekerti dan lain-lain. Ini akan memberi perspektif dan pemahaman yang betul kepada anak anda. Walaupun penampilan adalah penting, tetapi ia bukanlah penentu segalanya
  • Hadkan masa bersolek. Biarkan anak anda mengambil masa untuk menjaga keterampilan mereka, tetapi di dalam had masa yang ditetapkan. Bersolek tidak sepatutnya mendatangkan masalah kepada orang lain atau mengganggu pelajaran dan tugasan harian
  • Teladan kepada imej yang positif. Jika anda tidak mahu anak anda sentiasa merungut tentang penampilan mereka, anda harus elakkan daripada melakukannya. Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan adalah lebih penting daripada bagaimana ia dilihat. Berhenti merungut tentang kaki anda yang kelihatan besar dan berbanggalah dengan mempunyai kaki yang besar dan kuat yang boleh membantu anda mendaki gunung

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan