Apakah itu Helicopter Parenting?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah itu Helicopter Parenting?

Istilah “helicopter parent” pertama kali digunakan oleh remaja yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka diibaratkan seperti ‘terbang di atas mereka seolah-olah sebuah helikopter’ untuk melindungi anak mereka. Istilah ini lazim digunakan sehingga dimasukkan ke dalam entri kamus pada tahun 2011. Istilah yang sama seperti “lawnmower parenting”, “cosseting parent”, atau “bulldoze parenting”. Helicopter parenting merujuk kepada sekelompok golongan ibu bapa yang terlalu menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Mereka biasanya akan berasa terlalu bertanggungjawab terhadap keadaan anak mereka terutamanya tentang kejayaan atau kegagalan anak mereka.

Siapakah yang boleh menjadi helicopter parent?

Meskipun istilah ini seringkali diguna pakai oleh pelajar sekolah menengah atau menengah atasan terhadap ibu bapa yang melakukan tugasan yang perlu dilakukan oleh anak mereka dengan sendirinya (sebagai contoh, menelefon profesor tentang keputusan yang gagal, menguruskan jadual kelas, menguruskan masa bersenam), helicopter parenting juga boleh dilihat pada sebarang usia. Semasa anak kecil, helicopter parent mungkin akan sentiasa mengikuti anak mereka, selalu bermain dengan mereka dan mengarah tingkah laku mereka, dan tidak memberikan masa untuk anak bersendirian. Semasa sekolah rendah, helicopter parenting boleh dilihat sebagai ibu bapa yang sentiasa memastikan anak tersebut mempunyai guru atau jurulatih yang tertentu, memilih rakan dan aktiviti kepada anaknya atau membantu anaknya melakukan kerja atau projek sekolah dengan berlebihan.

Mengapakah ibu bapa memayungi anak mereka?

Helicopter parenting boleh terjadi dengan pelbagai sebab. Empat sebab utama termasuklah ketakutan kepada apa yang mungkin berlaku, perasaan gelisah, terlalu membandingkan dan tekanan daripada ibu bapa yang lain.

Apakah akibat daripada helicopter parenting?

Kebanyakan helicopter parenting bermula dengan niat yang baik. Penjagaan yang baik membawa manfaat yang banyak kepada anak-anak seperti meningkatkan kasih sayang, membina keyakinan diri, dan memberi panduan dan peluang untuk membesar. Masalahnya, apabila penjagaan ini didorong oleh rasa takut dan membuat keputusan berlandaskan apa yang mungkin terjadi, ia adalah sukar kepada anak-anak untuk belajar apabila kita berada di sisinya atau memberi arahan kepada setiap langkah. Di antara keburukan helicopter parenting termasuklah:

  • Mengurangkan keyakinan dan jati diri anak
  • Mengurangkan kemahiran pengurusan anak
  • Meningkatkan kemurungan anak
  • Anak rasa terkongkong
  • Kemahiran hidup anak yang tidak berkembang

Bagaimanakah anda boleh mengelak daripada menjadi helicopter parent?

Jadi, bagaimana ibu bapa boleh menjaga dan menyayangi anak mereka tanpa menghalang keupayaan mereka untuk belajar kemahiran untuk hidup? Sebagai ibu bapa, kita mempunyai tugas yang sukar, dalam erti kata lain, ini bermakna membiarkan anak-anak bersusah payah, membiarkan mereka kecewa, dan apabila kegagalan berlaku, bantulah mereka menghadapinya. Anda harus biarkan anak anda melakukan tugas yang boleh dilakukan secara fizikal dan mental mengikut usia. Menyediakan tempat tidur kepada anak berusia 3 tahun bukanlah memayungi anak anda. Menyediakan tempat tidur kepada anak anda yang berusia 13 tahun adalah dikira sebagai memayungi anak anda. Sentiasa beringat untuk mencari peluang berundur setapak daripada menyelesaikan masalah anak anda akan membantu anda meningkatkan keyakinan, ketahanan yang diperlukan anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    gigit kuku

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan