backup og meta

Anak Tidak Suka Sayur? Cuba Tips Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/09/2021

    Anak Tidak Suka Sayur? Cuba Tips Ini

    Mendidik anak makan sayur adalah cabaran yang sering dialami oleh ramai ibu bapa. Meskipun anda selalu hidangkan sayur dalam hidangan keluarga anda, namun bukan semua anak anda menggemari sayuran; terutamanya sayuran hijau. Sayur-sayuran adalah jenis makanan yang perlu ada dalam diet setiap orang, jadi penting untuk anda mengajar anak makan sayur, (dan juga menyukainya). Bagaimana? Teruskan membaca!

    Apa ada dalam sayur?

    Sayur-sayuran memberikan anak anda tenaga, vitamin, antioksidan, serat dan juga air. Makan sayur-sayuran dapat membantu melindungi badan kanak-kanak daripada semua jenis penyakit. Panduan Pemakanan Australia menyarankan kanak-kanak di bawah umur lapan tahun mengambil sayur 2-4½ hidangan setiap hari. Jadi, bagi membantu anda mengamalkan tabiat pemakanan  yang sihat, anda perlulah mengajarnya untuk mula makan sayur sejak kecil lagi.

    Bila anak perlu mula makan sayur?

    Menurut kajian yang dijalankan di luar negara, anak kecil perlu diajar mula makan sayur sebelum usia mereka mencecah satu tahun. Pengenalan lebih awal digalakkan kerana kanak-kanak selepas usia 12 bulan akan mula pandai menolak dan memilih makanan. Jadi, latihlah anak anda untuk makan sayur seusai dia sudah boleh makan makanan separa pejal lagi. Bayi dan kanak-kanak yang diperkenalkan dengan sayur lebih awal akan mudah menyukainya kerana deria rasa mereka sudah terbiasa dengan rasa sayur dalam makanan. Pelbagaikan sayuran dalam menu puri anak anda dengan menawarkannya sayuran seperti keledek, bayam, lobak merah, brokoli dan ubi kentang.

    Tips Didik Anak Gemar Makan Sayur

    Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan bagi menggalakkan kanak-kanak menggemari sayur-sayuran:

    Tunjukkan contoh yang baik

    Jika anda sendiri tidak gemar makan sayur, bagaimana ingin melatih anak menyukai sayur? Oleh itu, tunjukkan bahawa anda juga menggemari sayur dan menjadikan ia sebagai amalan. Sentiasa hidangkan sayur-sayuran sebagai menu harian keluarga anda.

    Masak bersama anak

    Ini salah satu teknik berkesan dalam mengajar anak menggemari makanan. Kanak-kanak gemarkan aktiviti yang dapat mengotorkan tangan mereka. Jadi, memasak adalah salah satu daripada cara untuk mereka bereksperimentasi. Ajak anak anda turun ke dapur dan menyertai anda untuk menyediakan menu sekeluarga. Sambil memasak, anda boleh perkenalkan nama sayur-sayuran dan kebaikannya untuk tumbesaran anak anda.

    Jadilah ibu bapa yang kreatif

    Kanak-kanak gemar bermain dengan warna. Jadi, praktikkannya dalam menyediakan hidangan untuk si manja. Pelbagaikan warna dalam makanan si manja anda supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk makan. Selain itu, anda juga boleh membentuk sayur-sayuran dengan rupa yang menarik seperti menyediakan lobak merah dengan bentuk bintang ataupun lada benggala sebagai mulut kartun.

    Sorokkan khasiat sayur-sayuran dalam diet anak anda

    Kanak-kanak tentunya menggemari snek. Apa kata, anda sediakan snek seperti sandwic, donut atau roti dengan tambahan kandungan sayur-sayuran. Sedikit-sebanyak anak anda akan terbiasa dengan rasa sayur-sayuran yang terselit dalam snek kegemaran mereka.

    Jangan memaksa atau guna kekerasan

    Meskipun makan sayur-sayuran amat penting untuk tumbesaran anak anda, namun jangan sekali-kali memaksa anak anda dengan menggunakan cara kekerasan. Cara tersebut hanya akan membuatkan si manja lebih ‘benci’ dengan sayur-sayuran. Selain itu, berikan motivasi kepada anak anda dan tunjukkan ‘keghairahan’ memakan sayur-sayuran. Kanak-kanak gemar mengikut apa yang orang tuanya lakukan.

    Melalui buku cerita

    Ada pelbagai buku yang berkisarkan sayur-sayuran boleh diberikan kepada anak-anak. Contohnya, anda boleh membacakan buku cerita mengenai akibat kanak-kanak yang tidak makan sayur. Selain itu, anda juga boleh membeli buku jenis sayur-sayuran supaya anak anda akan mengenali sayur yang dimakan. Ajar anak anda juga tentang setiap khasiat sayur yang dimakan, seperti “Adik nak kulit licin tak? Tomato boleh buat kulit adik licin dan lembut”

    Jangan mengalah

    Salah satu sebab anak-anak tidak makan sayur-sayuran adalah kerana ibu bapa sudah ‘jemu’ memujuk anak untuk makan sayur. Percayalah, selera kanak-kanak akan berubah-ubah seiring dengan peningkatan usia mereka. Ada juga kanak-kanak yang mula makan sayur-sayuran kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan sebayanya yang menyukai sayur. Jadi, jangan berhenti memujuk anak untuk makan sayur.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan