backup og meta

7 Tip “Bonding” yang Mampu Membantu Perkembangan Otak Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    7 Tip “Bonding” yang Mampu Membantu Perkembangan Otak Anak Anda

    Sejurus selepas kelahiran, bayi yang baru lahir secara semulajadinya akan mendambakan sentuhan, belaian, dakapan, pelukan, ciuman, pujian serta dodoian daripada ibu bapanya. Ini bukan sahaja dapat membantu mengeratkan “bonding” ataupun ikatan antara anak dengan ibu bapa malahan dapat membantu perkembangan otak anak mereka.

    Jalinan ikatan yang kukuh antara ibu bapa dengan anak sangat penting untuk perkembangan intelektual, rohani dan fizikal anak-anak. Sesetengah ibu bapa mungkin akan merasakan jalinan ini secara semulajadi dengan bayi mereka manakala setengah lagi mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengukuhkan jalinan ini. Pakar menyatakan bahawa ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian yang secukupnya kepada anak mereka selain memastikan keperluan dan keinginan mereka dipenuhi.

    Berikut merupakan 7 tip “bonding” yang anda boleh gunakan untuk membantu perkembangan otak bayi secara positif dan efektif:

    Kesihatan pranatal

    Paling asas, sentiasa pastikan anda mendapatkan nutrisi, melakukan senaman dan penjagaan pranatal yang secukupnya ketika hamil. Ini sangat perlu memandangkan otak anak anda akan berkembang dalam lingkungan 100 bilion sel di antara minggu keenam dan kelima kehamilan.

    Sentuhan dan belaian

    Ini sangat membantu untuk menunjukkan kepada anak anda bahawa mereka disayangi dan diperlukan oleh anda. Ini sekaligus membuat mereka mudah berasa tenang dan kurang stres apabila bersama anda. Si kecil yang bersikap tenang mudah mengadaptasi persekitaran, bunyi, tekstur dan bau di sekeliling mereka.

    Respons terhadap setiap kelakuan anak anda

    Kukuhkan pengetahuan emosi anak anda. Sebagai contoh, jika anak anda senyum kepada anda, balas senyuman mereka, anggukkan kepala dan berbual dengan mereka. Ini dapat membantu mengajar anak anda untuk berkomunikasi dengan individu lain kelak. Ini juga sekaligus dapat membantu anak anda berasa lebih selamat di samping anda.

    Bantu anak anda menjalinkan ikatan dengan individu penting selain ibu bapa

    Bantu anak anda menjalinkan ikatan yang kukuh dengan beberapa individu yang penting dalam hidup mereka contohnya sepupu atau ibu bapa saudara mereka. Ini dapat membantu anak anda belajar dan memahami kepentingan mempunyai jalinan ikatan yang kukuh terhadap individu yang disayangi.

    Berbual bersama anak anda

    Saintis menekankan bahawa masa yang paling sensitif untuk otak anak anda bertindakbalas dengan bahasa adalah ketika mereka berusia lima tahun. Oleh itu, gunakan peluang ini untuk memperkenalkan pelbagai perkataan kepada mereka. Kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan yang baik mengenai perkataan akan berkembang menjadi pembaca dan penulis yang baik kelak.

    Membaca bersama anak anda

    Apabila anda membaca bersama anak anda, ini tidak langsung akan membuat otak mereka bertindakbalas dengan anda. Dudukkan mereka di riba anda dan bacakan cerita yang menarik untuk didengar oleh anak anda. Jadikan cerita kegemaran mereka sebagai rutin anda bersama bagi menguatkan lagi tindakbalas otak mereka dengan anda.

    Bermain bersama anak anda

    Seni, muzik serta pergerakan dalam tarian dapat membantu anak anda mengembangkan skil motor, memupuk kreativiti serta merangsang kedua-dua belah otak mereka yang digunakan untuk belajar.

    Anda tidak perlu risau atau berasa serba salah sekiranya anda tidak mampu menjalinkan ikatan antara anda dengan anak anda dengan cepat. Tidak semua ibu bapa yang dapat melakukannya. Anda perlu bersabar kerana ikatan itu akan menjadi kukuh dari masa ke semasa.

    Mencipta ikatan yang kukuh dengan anak anda memerlukan usaha, pembelajaran serta pemahaman yang baik. Kadangkala, ia akan menyebabkan keletihan, kerisauan dan kegusaran. Akan tetapi, ia akan mendatangkan hasil yang memusakan sekiranya anda mampu bersabar dalam proses menjalinkan ikatan dengan anak anda.

    Jika anda masih mempunyai sebarang kesulitan atau kebimbangan terhadap permasalahan ini, segera berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan