backup og meta

6 Tip Menangani Persaingan Antara Adik-beradik dalam Kalangan Anak Anda

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    6 Tip Menangani Persaingan Antara Adik-beradik dalam Kalangan Anak Anda

    Persaingan antara adik-beradik akan berlaku setiap masa bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak. Satu ketika, mereka akan bermain bersama dan satu ketika lagi mereka akan bergaduh. Ini merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Ikuti artikel ini untuk mendapatkan tip menangani persaingan antara adik-beradik dalam kalangan anak anda.

    #1. Menghormati bakat setiap anak anda

    Setiap daripada anak anda pasti mempunyai kecenderungan bakat dan anda perlu menghormatinya. Jangan sesekali membanding-bandingkan keupayaan mereka dengan adik-beradik yang lain kerana ia hanya akan mendatang perasaan iri hati lalu mencetuskan dendam dan pergaduhan. Kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola. Oleh itu, tunjukkan kepada mereka bahawa anda menghormati setiap perbezaan yang ada bagi setiap anak-anak untuk menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

    #2. Beri perhatian secara sama rata

    Salah satu daripada punca utama anak-anak anda bergaduh adalah untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Mereka mungkin akan berasa terpinggir jika adik-beradik mereka mendapat lebih perhatian daripada anda. Ini menyebabkan mereka akan mencuba mendapatkan perhatian anda meskipun ia adalah perhatian yang berbaur negatif. Oleh itu, rancang masa anda untuk memberi perhatian secara sama rata dan adil kepada anak-anak anda bagi memastikan setiap daripada mereka tidak berasa terpinggir.

    #3. Jangan masuk campur jika mereka berkelahi

    Apabila anda perasan bahawa anak-anak anda sedang berkelahi, biarkan sahaja. Kadangkala, anda perlu memberi mereka peluang untuk menyelesaikan masalah sendiri.

    #4. Menenangkan konflik

    Jika anak-anak anda masih tidak berpuas hati sesama sendiri dan mula menunjukkan petanda untuk bergaduh, ini adalah masa untuk anda masuk campur. Namun begitu, jangan sesekali menyebelahi atau mempersalahkan sesiapa. Sebaiknya, dengar penjelasan dan pengakuan daripada kedua-dua pihak kemudian berikan mereka jalan penyelesaian kepada masalah itu.

    #5. Berterus terang kepada mereka

    Jika anda sedang menunggu kelahiran bayi yang baru, pastikan anda mula mengajar anak pertama anda tentang hubungannya dengan bakal adiknya. Sebagai contoh, anda boleh memberi semangat kepada mereka untuk menjadi seorang abang yang baik. Anda juga perlu berterus terang kepada mereka bahawa bayi yang bakal lahir itu kadangkala akan merimaskan mereka dan jika ia berlaku, pastikan anda mampu mengawal situasi agar anak pertama anda tidak berasa tertekan dengan kehadiran adik barunya.

    #6. Menyayangi anak dengan cara yang unik

    Kebiasaannya, ibu bapa akan mengekspresikan perasaan sayang kepada anak-anak dengan cara yang sama. Namun, ia mungkin tidak memberikan kesan. Kanak-kanak selalu beranggapan bahawa disayangi dengan cara yang sama antara mereka dan adik-beradik bermaksud rasa sayang itu telah dibahagikan. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah menyayangi setiap anak dengan cara yang unik. Ini akan membuat mereka lebih berpuas hati terhadap kasih sayang yang anda berikan.  

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan