backup og meta

10 tips untuk anak cerewet makan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/06/2022

    10 tips untuk anak cerewet makan

    Normal untuk kanak-kanak bertukar tabiat makan dari hari ke hari. Malah, normal juga jika si kecil tidak mahu mencuba menu makanan baru sehinggalah anda menghidangkan beberapa kali kepada mereka. Ramai ibu bapa yang bimbang tentang apa yang anak mereka makan dan tidak makan. Walau bagaimanapun, pemakanan kanak-kanak tidak seharusnya menjadi perkara yang mengecewakan, sebaliknya ini adalah masa yang terbaik untuk anda menggunakan tips-tips di bawah kepada anak anda sebelum mereka mengikut cara mereka sendiri, dan mula untuk menolak makanan baru.

    Jangan paksa anak anda makan

    Anda perlu hormati selera anak anda. Jika anak anda tidak lapar, jangan paksa dia makan hidangan utama ataupun snek. Juga, jangan rasuah atau paksa anak anda untuk makan makanan tertentu atau menghabiskan makanan mereka. Cara ini hanya akan menguatkan pergelutan mereka terhadap makanan. Sebagai tambahan, anak anda mungkin akan mengaitkan masa makan dengan kebimbangan dan kekecewaan atau menjadi kurang sensitif kepada rasa lapar atau rasa kenyangnya sendiri.

    Hidangkan dalam posyen atau bahagian kecil untuk mengelakkan anak anda rasa muak dan berikannya peluang secara bebas untuk menambah hidangan.

    Ikut jadual hidangan

    Anda disarankan untuk menyediakan hidangan dan snek pada masa yang sama setiap hari. Anda boleh sediakan susu atau 100 peratus jus bersama makanan, tetapi jangan lupa untuk menawarkan minuman di antara makan utama dan snek. Dengan membenarkan anak anda untuk menambah jus, susu ataupun snek sepanjang hari boleh mengurangkan selera makannya untuk makan hidangan utama.

    Perkenalkan makanan baru perlahan-lahan

    Anak kecil selalunya sentuh atau bau makanan baru, dan mungkin akan merasa sedikit makanan tersebut serta meluahkannya kembali. Anak anda mungkin perlu mengulang makan makanan baru beberapa kali 10 hingga 15 kali sebelum dia mula menyukainya.

    Galakkan anak anda menyukai makanan baru dengan cara bercerita kepadanya tentang warna makanan, bentuk, aroma dan tekstur, bukannya tentang kelazatan makanan tersebut. Hidangkan makanan baru bersama dengan makanan kegemaran anak anda.

    Jadikan ianya menarik

    Terdapat beberapa cara untuk menjadikan makanan menyeronokkan buat kanak-kanak. Antaranya adalah dengan membuat bentuk menarik pada makanan yang dihidangkan. Si kecil pasti akan menyukainya dan mereka juga tidak memerlukan banyak masa untuk memotong daging, keju, buah-buahan, ataupun sayur-sayuran kerana ia dibuat dalam bentuk yang menarik. Selain itu, anda juga boleh menghidangkan pelbagai makanan berwarna terang untuk memaksimakan minat mereka terhadap makanan tersebut. Libatkan juga anak anda dalam pemilihan dan persediaan makanan.

    Semasa membeli barang dapur pula, minta anak anda untuk membantu anda memilih buah, sayur dan pelbagai lagi makanan berkhasiat. Ini adalah cara penting untuk mengajar mereka tentang pilihan makanan dan menjadikan makanan lebih menyeronokkan. Namun, janganlah membeli makanan yang anda tidak mahu anak makan seperti makanan ringan. Di rumah, galakkan kanak-kanak untuk membantu anda membasuh sayuran, memukul adunan ataupun menyiapkan meja makan.

    Jadilah role model terbaik

    Cara terbaik untuk mempengaruhi anak anda adalah dengan menunjukkan contoh tauladan terbaik. Jika anda makan pelbagai jenis makanan berkhasiat, anak anda akan lebih mudah untuk terikut cara pemakanan anda.

    Jadi kreatif

    Terdapat beberapa resipi kreatif untuk kanak-kanak, kebanyakannya mudah namun kesannya mengagumkan. Kanak-kanak pula akan seronok untuk mencuba resipi tersebut. Anda boleh mencampurkan beberapa sayuran dan buah-buahan dalam resipi tersebut, tanpa perlu memaksa anak makan semasa waktu makannya.

    Elak gangguan

    Makan di hadapan televisyen merupakan suatu jenis gangguan, dan kanak-kanak mungkin tidak akan perasan jika mereka sudah kenyang kerana tumpuan mereka teralih ke arah program di televisyen. Tambahan pula, iklan di televisyen juga boleh menarik kanak-kanak untuk makan makanan yang kurang nutrisi dan manis.

    Kawal manisan atau pencuci mulut. Jika anda menawarkan pencuci mulut sebagai ganjaran, anak anda mungkin fikir bahawa pencuci mulut adalah makanan terbaik, yang mana boleh meningkatkan keinginan anak anda untuk makan makanan yang manis. Anda mungkin boleh pilih untuk menyediakan pencuci mulut satu atau dua kali dalam masa seminggu, dan perkenalkan juga pilihan pencuci mulut yang lebih berkhasiat seperti buah dan yogurt.

    Jangan sediakan lain-lain hidangan

    Menyediakan hidangan berasingan untuk anak anda akan menggalakkan lagi kelakuan negatif mereka terhadap makanan dan menyebabkan kesan yang bahaya, termasuklah menggalakkan mereka menjadi cerewet makan. Malahan, anda perlu menggalakkan anak anda untuk tetap berada di meja makan pada setiap waktu makan, walaupun anak anda tidak mahu makan. Sentiasa sediakan anak anda pilihan makanan yang sihat sehinggalah mereka sudah biasa dan mengutamakan makanan sihat dalam diet mereka.

    Jika anda khuatir akan tabiat memilih makanan anak anda mengganggu perkembangan dan tumbesarannya, berjumpalah dengan doktor anak anda. Dan, sentiasa ingat bahawa tabiat makan kanak-kanak tidak boleh berubah sekelip mata, namun setiap langkah kecil yang anda ambil setiap hari boleh membantu menggalakkan anak mengamalkan tabiat makan yang sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan