Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Bulan Ke-15

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anak anda kini berumur 15 bulan dan mungkin sudah boleh berjalan atau mula mengambil langkah pertama. Sediakan tempat untuk anak anda berjalan. Tidak mengapa jika terjatuh kerana dia akan belajar dan mengadaptasi diri dengan persekitarannya.

Anda mungkin melihat anak anda menjadi lebih berdikari. Dia sudah tidak ingin duduk di atas kerusi tinggi, tetapi ingin duduk bersama anda di meja makan. Dia juga mungkin akan menjadi semakin degil terutamanya ketika anda ingin cuba menukar lampin, memberus gigi atau duduk di kerusi mereka di dalam kereta. Jangan rasa tertekan. Anak anda sedang meluahkan sifat berdikarinya. Perkara yang paling penting adalah untuk terus bertenang dan cuba mengubah arahan anda kepada soalan. Sebagai contoh, gunakan ayat “Jom buat sesuatu yang menyeronokkan. Kita berus gigi sama-sama” berbanding “Pergi berus gigi!” Anda akan melihat perubahan pada mod anak anda.

Apabila anak anda berumur 15 bulan, dia mungkin boleh melakukan perkara berikut:

  • Katakan sekurang-kurangnya 3 perkataan;
  • Memahami arahan mudah (“tidak”, “tolong berikan saya”);
  • Menunjukkan bahagian-bahagian badan;
  • Menconteng menggunakan krayon;
  • Membaling bola, berlari, memanjat;
  • Berjalan dengan sendiri;

Apakah yang anak saya patut bersedia lakukan?

Cara terbaik untuk membantu pembesaran anak anda ialah dengan sentiasa membacakan anak anda buku. Memandangkan sesetengah bayi mampu untuk duduk dan dengar bacaan buku tersebut manakala sesetengahnya pula tidak, jangan putus asa. Terus dedahkan anak anda kepada buku supaya akhirnya mereka akan suka duduk dan mendengar cerita-cerita dari anda. Dalam jangka masa panjang, membaca berkemungkinan merupakan salah satu aktiviti yang paling berharga yang dikongsi oleh anda dan anak anda. Bayi kebiasaannya ingin mendengar cerita yang sama berkali-kali. Pengulangan membantu mereka belajar perkataan tersebut dan mereka akan rasa seronok apabila sudah tahu apakah yang akan berlaku seterusnya.

Jika anak anda adalah jenis yang menyembunyikan personalitinya, elakkan melabelnya sebagai “pemalu”. Dia mungkin sedikit perlahan untuk bergaul dengan orang lain tetapi sebenarnya kebanyakan bayi kadangkala berasa malu terutamanya dalam situasi baru. Kebimbangan perpisahan (seperation anxiety) bukan sahaja boleh berlaku dalam bayi yang berani, tetapi juga mereka yang malu dan pendiam.

Dalam situasi sosial yang tertekan, pastikan mereka tahu bahawa anda memahami mereka. Pegang tangan mereka dan katakan “Majlis ni bising, kan?” Berikan mereka lebih masa untuk mendapatkan mod tanpa terlalu memaksa dan berikan pujian apabila mereka berjaya berbanding menyalahkan mereka ketika gagal. Untuk menggalakkan anak anda, anda harus membeli sebiji bola. Baling bola tersebut dan apabila ia melantun kepada anda, tunjukkan kepada anak anda bagaimana ingin menangkapnya. Dia mungkin tidak berjaya menangkapnya tetapi akan berasa gembira semasa mengejarnya.

Untuk mengelakkan menggigit menjadi tabiat, pertama sekali adalah untuk memastikan orang yang digigit itu dalam keadaan yang baik. Sila bertenang. Menengking atau mendenda bayi yang menggigit tersebut tidak memberikan banyak kebaikan. Dia sedang dipenuhi oleh emosi yang tidak mampu dikawalnya. Malah, yang menggigit itu mungkin menangis lebih kuat dari yang digigit. Katakan sahaja “jangan gigit lagi” dan alih perhatian mereka. Kenal pasti apa yang berlaku semasa insiden tersebut. Adakah anak anda diugut atau tempatnya diganggu? Adakah hampir dengan waktu tidur? Anda boleh menyelesaikan masalah tersebut jika dapat mengenal pasti apa yang merangsangnya.

Temu Janji Doktor

Apa yang harus saya berbincang dengan doktor?

Doktor anda mungkin bertanya soalan berikut:

  • Bagaimanakah selera anak anda? Berapa banyak makanan dan snek yang diambil sehari?
  • Adakah dia membuang air secara berkala? Adakah terdapat perubahan dengan makanan tertentu?
  • Bagaimana jadual tidurnya? Bayi berumur 1 hingga 2 tahun masih memerlukan 13 ke 14 jam waktu tidur sehari.

Soalan-soalam ini akan membantu doktor menilai pembesaran dan kesihatan anak anda. Anda harus berbincang tentang sebarang kebimbangan lain yang anda mungkin alami.

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Semasa bulan ini, anak anda mungkin mengalami pembesaran yang cepat (growth spurt). Semasa 15 bulan, anak anda mempunyai bacaan ukuran berikut:

  • Berat: 9.2 kg ke 13.6 kg (lelaki), 8.6 kg ke 12.5 kg (perempuan);
  • Tinggi: 74 cm ke 84 cm (lelaki), 73 cm ke 83 cm (perempuan);
  • Ukut lilit kepala: 45 cm ke 50 cm (lelaki), 44 cm ke 48 cm (perempuan);

Carta pembesaran akan menunjukkan pandangan umum bagi pembesaran fizikal anak anda. Doktor pakar kanak-kanak terbabit akan mengukur ketinggian dan ukur lilit kepala anak anda untuk memastikan dia sedang membesar dengan sihat dan pada kadar yang baik. Doktor akan melihat adakah ukuran anak anda normal bagi bayi berumur 15 bulan.

Apa yang diharapkan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang bagaimana ingin mengawal anak anda yang suka menggigit. Ini sudah pastinya bukan tingkah laku yang baik. Sebab mengapa anak anda menggigit mungkin kerana dia rasa terancam. Dia tidak tahu bagaimana ingin berkomunikasi. Naluri yang paling semula jadi ialah dengan menggigit.

Cara terbaik untuk mengawalnya ialah pertamanya dengan memastikan orang yang digigit itu dalam keadaan yang baik. Kemudian, katakan dengan tegas kepada anak anda “jangan gigit lagi.” Tidak perlu untuk menengking. Anak anda boleh tahu dari tona suara anda bahawa perbuatan itu adalah tidak baik. Kemudian, cuba untuk memahami kenapa anak anda berasa terancam. Kadangkala, yang menggigit itu menangis lebih kuat dari yang digigit. Jangan cuba untuk gigit anak anda untuk menunjukkan bagaimana rasanya digigit. Ia memberikan mesej yang mengelirukan bahawa menggigit itu adalah tidak mengapa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 16/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 25/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

anak

Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
pergaulan dengan keluarga ipar

Batas Pergaulan Keluarga Besar, Ipar-Duai Jangan Sampai Berlaga Pipi Lain Jantina

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/02/2020 . 4 minit bacaan
wujudkan-hubungan-sihat-dengan-ibu-bapa

Mak Ayah ‘Kaki Kontrol’? Ketahui 7 Tip Wujudkan Hubungan Sihat Dengan Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/02/2020 . 3 minit bacaan
Rahsia Ibu Tunggal yang Perlu Anda Ketahui

Rahsia Ibu Tunggal yang Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/09/2019 . 4 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Kekal Cergas? Bagaimana Jika Anda Lakukannya Bersama Ahli Keluarga

Melakukan aktiviti kecergasan fizikal bersama ahli keluarga boleh meningkatkan keyakinan diri anak anda. Apakah kepentingan kecergasan fizikal yang lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Tips Keibubapaan 20/09/2019 . 3 minit bacaan

8 Sebab Kenapa Lagu Kanak-Kanak Seperti ‘Baby Shark’ Penting Untuk Tumbesaran Anak Anda

Lagu kanak-kanak adalah sangat penting buat perkembangan mereka. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 27/07/2019 . 4 minit bacaan

Sekitar 30 Juta Bayi Pramatang dan Sakit Memerlukan Rawatan Setiap Tahun

Kira-kira 30 juta bayi dilahirkan terlalu awal, kecil atau dalam keadaan sakit setiap tahun dan memerlukan penjagaan khusus untuk hidup, menurut laporan oleh satu pakatan global termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Berita, Berita Antarabangsa 14/12/2018 . 2 minit bacaan

Bagaimana Ingin Bercuti Tanpa Stres?

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai dalam 2 minggu sahaja lagi, cuti sekolah juga bakal berakhir. Dengan berbaki cuti yang ada, tentu anda ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 13/12/2018 . 2 minit bacaan